Start 7

102 20 3
                                    


'Dah pagi .. Kejap lagi nak pegi sekolah .. Kejap lagi jumpa Mikhail ..'

Isma masih terlentang di atas katil. Fikirannya melayang. Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang. Ohmai dah gila. 

Ketukan di pintu yang agak kuat mematikan lamunan Isma. Dia bingkas bangun. 

"Adui kacau siot."

"ISMAAA CEPAT WOI DAH PUKUL BERAPA NIII!" Akira terpekik terlolong di sebalik pintu.

Jam loceng dicapai. 

"Ow shit apebenda pulak jam ni dah meninggal rupanya!" Isma berlari mencapai tuala, mandi koboi je lah jawabnya!

_______________________________________________________

Roti bakar di atas meja disambar oleh Isma. 

"Sorry ma dah lewat teruk ni babai." Kasut sekolah disarung sambil berlari. Akira mengekorinya dari belakang.

"Nak kena hantar tak?" Mamanya bertanya.

"Nope senam pagi ma. bye!" Tanpa menoleh, Isma mengangkat tangan, dan terus berlari keluar rumah.

Jarak ke sekolah hanyalah 2km. Nasib baiklah sekolah Private so masuk pukul 8 pagi. Sekarang baru 7.35, masih sempat sampai kalau berlari. Mereka lari sepantas yang boleh. 

"Isss, apahal kau takmau berhantar pulak harinii pelik jee." Tercungap-cungap Akira bercakap. Isma hanya tersenyum, larian diteruskan. Nasib baiklah uniform sekolah mereka ni skirt paras lutut. Kalau tak mau koyak agaknya mereka berlari macam tu. Sekolah mereka ada dua jenis uniform, satu uniform untuk pelajar yang tidak memakai hijab, dan satu lagi untuk mereka yang berhijab, iaitu baju kurung sekolah. Bagi Isma dan Akira, mereka memilih untuk memakai uniform skirt paras lutut. 

"Fuhh sempat pun sampai!" Jam di tangan dikerling sekilas. 7.54 Akira masih tercungap-cungap. Isma kelihatan biasa sahaja. Banyak betul tenaga dia.

..

....

...

DING DONG DING DONG

Isma's POV

Fuuh akhirnya, rehat jugak.. penat siak. Tekun habis aku harini..

Mikhail disebelah dicuri pandang. Dia ni taknak cakap apa-apa ke.. 

eh ehhh dia toleh pulak adumak! Adui nak cakap apa ni ohmak.. Err err... 

"Mi-"

"Saye nak kasi balik payung awak ni." 

Ha? payung? Payung ape pulak ni.. 

--------------------------------------------------------------------------------------------

Mikhail menghulurkan payung berwarna hitam kepada Isma. 

"Thanks eh." 

Isma kelihatan terpinga-pinga. Mikhail yang seolah-olah memahami apa yang bersarang di dalam kepala Isma terus menjelaskan.

"Semalam abang awak suruh pinjam payung ni. Ni payung kat rumah awak. So, saye cakap dengan dia, saye pulangkan kat awak nanti."

"Ow oo aaa o-okay.. Sama-sama.." Isma mencapai payung yang dihulur oleh Mikhail.

"Hm.. by the way.. Thanks.. Tolong saye sem-sem-semalam.." Tergagap-gagap Isma menutur kata. Mikhail tergelak sedikit melihat muka Isma yang agak merah itu. Isma tertunduk malu.

"Kenapa muka merah ni? Demam lagi ke?" Isma memegang pipinya. Memang panas. 

'Adui, apahal pulak laa nak malu-malu ni. Lek Isma lek lekk.' Isma terdengar Mikhail ketawa. Dia mengangkat muka memandang Mikhail. Aduh, muka Mikhail masa ketawa memang boleh buat orang gila!

"Sorry sorry.." Mikhail mengangkat tangannya tanda meminta maaf. 

"Ermm.. Mikhail, sebagai tanda terima kasih kat awak sebab dah tolong saya dua kali semalam... apa kata saye treat  awak kat cafe?"

"Oh.. ermm.. maaflah.. saye puasa harini. Esok-esok lah ye." Isma membuat muka pelik. Keningnya terangkat sebelah.

"Puasa?" Soal Isma.

Mikhail mengangguk. Lama mereka berpandangan. 

"Oh! Ha saye bukan puasa ganti. Hahaha, saye puasa sunat hari selasa je." Mikhail tersenyum, dia ingatkan Isma salah faham yang dia ganti puasa bulan ramadhan.. rupanya..

"Puasa sunat? Puasa ganti?" Muka Isma semakin pelik.

Mikhail lagi terkejut.

Mikhail's POV

No. No.. jangan cakap dia tak tau ape tu puasa?

"Awak.. taktau.. puasa ke?" Cermat-cermat Mikhail menyusun kata.

"Tak tak, puasa saye tau la. Bulan puasa. Tapi tak tau pulak puasa lain."

Laaaaaa.....

Biar betul dia ni.. huhu cemana aku nak cakap ni. Hmm...

Takpelah share je ilmu. 

"Haa macam ni. Puasa bulan Ramadhan tu memang wajib bagi semua umat Islam! Pastu kalau awak ade tertinggal puasa atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan tu, awak kena ganti. Yang tu dipanggil puasa ganti. Macam saye harini, saye puasa sunat hari selasa. Selasa dengan khamis sunat puasa.. Faham?" 

Fuu.. cemana kalau dia tak faham ni.. lama dia nak respon. Alamak, dia kecik hati ke..

hm diam jee

..

...

"Ooo.. baru tau .. thanks bagitau, and sorry sukati je ajak hee."

Oh ingatkan dia marah. Nasib baik..

"ehh takpe, benda baik kena kongsi. Sorry jugak ye, salah timing pulak awak ajak ahaha."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mereka berdua memenuhkan masa rehat dengan berbual sahaja. Nampaknya hubungan Isma dengan Mikhail dah ada progress . 'Hmm ingatkan Mikhail ni pendiam.. Bila dah borak lelame rase macam best pulak :)' Desis hati Isma. Sampai terlupa dia nak pegi makan berborak dengan Mikhail punya pasal. 

"Hmm Mikhail, can I  have your phone number?" Mikhail terdiam seketika.

'Alamak! over sangat ke mintak number ni?'

"Oh, sure!" Mikhail mengeluarkan telefon pintarnya. Oh ya, sebab ni sekolah private so, boleh bawak telefon , laptop sesuka hati. 

"Give me yours first, i'll miscall ." 

"Oh ok, 010xxxxxx" 

*lagu MCR*

Isma kalut mencapai telefonnya. 

'Alamak! Lupa pulak ringtone lagu MCR!'

"Hahaha, awak suka band tu jugak ke?" Soal Mikhail.

"Uh oh haah. saye suka tapi diorang kan dah disband.."

"Tulah.. kenapalah disband ek. Sedap kot lagu diorang."

Sedang mereka berdua asyik berborak. Ade mata yang memerhati. Tiba-tiba.. Ade seorang gadis bertudung menghala ke arah mereka berdua.

"Err, maaf ganggu." Perempuan itu bersuara.

Perbualan Isma dan Mikhail terhenti. Mereka serentak menoleh ke arah pemilik suara itu. Siapakah geranngannyaa????


Who? (malay)Where stories live. Discover now