Music - sedetik lebih by Anuar Zain
Isma
"Hatta.. kenapa.. Mika macam.."
Hatta memandang aku dengan mata yang sayu.. Aku tiba-tiba berasa gusar. Pandangan Hatta tu menunjukkan yang sesuatu tragedi pahit telah berlaku antara Mikhail dan Juliana.
Aku tak mampu bertanya lagi, kepalaku tertunduk.
"Adik dia..."
"Juliana yang bunuh.."
What? Juliana.. bunuh...?
Suasana menjadi tegang. Aku ingin berdiri dan pergi mencari Iskandar, tapi kakiku terasa sangat longlai.. Tidak seperti biasa, aku terasa sangat lemah sekarang. Walaupun selama ini bergaduh merupakan perkara biasa kepadaku, tapi ini lain!
Nyawa menjadi taruhan!
Bukan nyawa aku, tapi nyawa adik dan kawanku Mikhail!
Ya Allah! Kau lindungilah adik kembarku Iskandar, dan kawanku Mikhail!
Sebaik sahaja aku menadah tangan dan berdoa bersungguh-sungguh, langit mulai gelap. Guruh mula sabung-menyabung.
Aku mendongak ke langit, setitis air hujan mengenai pipiku. Aku pejamkan mata.
"Hatta, mari kita sama-sama doa semoga Iskandar dan Mikhail pulang dengan selamat." Kataku dengan mata yang tertutup.
Hujan lebat mula membasahi bumi.
Mikhail
Ya Allah! Sesungguhnya, tiada yang lebih berkuasa daripada Mu Ya Allah.
"Iskandar!" Akhirnya, aku berjaya mendapatkan Iskandar. Dahan tu macam dah nak patah! Aku kena cepat ni!
Aku membuka ikatan di mulut Iskandar.
"Weh kau okay tak?" Aku bertanya.
"Aku okay, thanks bro."
"Cepat weh, kita kena turun, Juliana dah on the way tu." Aku bangun. Nasib baik pokok ni besar, I mean like besar gila. Hari pula dah hujan, so agak payah nak turun sebab licin, takut tergelincir je ni.
"Baik-baik Is, licin ni." Aku memberikan amaran. Aku turun dulu. Sangat mencabar.
"Haaaa jumpaa pon korangg.."
Pergerakanku terhenti. Jantung berdegup kencang. Belum separuh pun lagi aku turun, cepat betul dia ni sampai!
"Kau ni Mika, nak turun ye? Biar aku tolong. NAH RASAKAN!!"
Aku sempat menoleh ke arah Juliana, namun dah terlambat.
"ARRGHHHHHHHHHH!!!!"
"Mikhail!" -Iskandar
Dia melemparkan dagger yang di tangannya ke arahku, dan terkena di betisku. Bukan biasa-biasa, tercucuk ni. Tepat pula dia baling!
Ya Allah! Sakit sungguh!
Aku menahan sakit, tanganku terketar-ketar, darah mengalir dengan laju.
"Alaa, tahan pula dia ni, ingatkan lembik." Juliana mencebik.
"Hmm, aku rasa ada lagi satu, tapi kecil punya. Nak tak?"
Cis! Tak guna, habis lah aku kalau terkena lagi ni! Aku memberi isyarat kepada Iskandar. Taktaulah dia faham ke tak.
Aku lepaskan cengkaman tanganku, dan badanku terhempas ke bumi. Sakit. Tangan kiriku meraba untuk mencabut dagger yang tertusuk di betisku. Aku rasa tangan kanan aku terkehel ni.
Juliana mendekatiku.
"Alalala, siannya dia ni...." Dia mengusap-usap rambutku.
Aku tepis. "Jangan sentuh aku."
"Wah sombong! Masih macam dulu! Kau tu bodoh! Kenapa tak terima je aku dulu?? Ha kenapa?? Kenapa!!? Hodoh sangat ke aku!? Ha hodoh sangat ke sampai surat aku pun kau tak penah baca?!? Kenapa Mika kenapa!!!?"
"Padan muka kau, sebab kau lah adik kau mati. Faham MATI!!! Sekarang ni, aku nak pegi bunuh adik Isma kesayangan kau tu pulak. Okay? Sebab kau jugak. Kau memang punca semua orang mati. Tak guna!!!!!!!"
Alamak! Iskandar!
Iskandar dah berjaya turun dari pokok tu, Juliana mengerling ke arah Iskandar. Aduh, aku memang dah takde kudrat lagi nak berdiri ni. Juli membuka langkah.
Ya Allah, kau bantulah kawanku, Mikhail, berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi dugaan.
Langkahnya terhenti, aku menarik kakinya menggunakan tangan kiriku.
Dia menyeringai.
Dagger yang aku campak ke tepi dikutipnya.
"Bodoh kuasa 2" -juli
Tanganku dicucuk dengan dagger.
"AAAAARRGHHHHHHHH!!!!" cengkamanku terlepas. Pandanganku mula kabur.
"HEHEHEHEHEHE" Juli ketawa dengan kuat.
Juli dah berdiri berhadapan dengan Iskandar. Dia mengangkat daggernya, seakan-akan ingin menikam Iskandar.
Ya Allah, kau lindungilah mereka.
Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh yang sangat kuat, diikuti dengan panahan petir tepat ke dahan pokok besar tu.
Dahan pokok tu patah dan jatuh tepat mengenai Juliana.
Ya Allah..
Aku menutup mataku perlahan-lahan...
-----------------------------------------------------------------------------
"Sesungguhnya Allah itu maha Besar, percayalah bahawa doa merupakan senjata mukmin."
**
*
***Read.Vote.Comment***
Thank you for reading, and sorry for the late update <3 I think this chapter is a bit short huhu, sorry again! Enjoy!
xoxo, honey
YOU ARE READING
Who? (malay)
RandomHighest rank in random #120 Kisah seorang gadis yang suka cari pasal dan timbulkan masalah untuk menghilangkan bosannya. Isma Faziana, nama secantik orangnya. Tidak ramai kawan, tapi ramai musuh. Sentiasa berkelakuan tenang dan otaknya cerdik, tapi...