L-Day 4

112 22 1
                                    

Akira memukul dan menendang gengster-gengster yang digelar elite itu bagai watak dalam drama The K2. Pergerakannya cukup tangkas. Tumbukannya cukup padu. Matanya penuh dengan kebencian, api kemarahan kelihatan jelas. Topek mula gentar. "P-pe-pegi belasah pompuan tu!!" Arah Topek kepada gengster-gengster yang lain. Akira menjeling tajam ke arah topek, dia mula kecut perut.

Topek mengangkat Isma dan berlari keluar daripada rumah agam itu. Dia berlari sepantas mungkin supaya Akira tidak sempat untuk mengejarnya.

Akhirnya Topek tiba di pintu pagar rumah agam itu. "Fuh lega. Nasib dia tak ikut!"

"Kau nak bawak aku pegi mana?" Soal Isma dengan nada yang bersahaja.

"Ey! Kau boleh tak jangan buat nada relax macam tu!? Sakit hati aku denga lah! Buat lah takut sikit!" Topek meluahkan ketidakpuasan hatinya. Topek meneruskan langkahnya.

*BAM*

"HOI! Buta ke ha??" Topek terlanggar seorang lelaki.

"Ops Sorry."

Topek meneliti si jejaka yang kini berdiri di hadapan dia. Hm? Bukan ke ni budak baru tu?

"Kau buat ape ha kat sini?!" Herdik Topek.

"Balik." Mikhail menunjukkan arah ke rumahnya. Dia pun meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan keadaan yang tegang di antara Isma dan Topek.

"Woi budak baru tak nak tolong aku ke woi!!" Laju Isma bercakap bagai machine gun. Nampaklah yang dia takut!

"Err kena ke?" Soalan dungu apakah yang Mikhail tanya ni?!

"KENALAH!!" Isma bersuara keras.

Mikhail mencampakkan begnya ke tepi. Lalu dia membuka kekuda. Lagak orang biasa berlawan.

"Heh! Bedebah! Kau tak kenal sape aku! Kau akan menyesa-"

Sebiji tumbukan dilayangkan ke perut Topek. Padu. Senak perut Topek. Dia terundur ke belakang. Dia cuba untuk membetulkan posisinya ke posisi asal, namun Mikhail lebih cekap, kaki Topek ditendang sehingga tersungkur. Isma terjatuh ke tepi. Dia memerhati sebentar keadaan Topek, tiada tanda untuk meneruskan lagi pergaduhan. 

Mikhail mendekati Isma. Membuka tali yang mengikat kakinya, kemudian tangannya. Mata mereka bertentangan. Mikhail bangun membetulkan bajunya. Dicapai beg yang dilemparkan tadi, dan terus berjalan tanpa menoleh lagi.

'Terima kasih..' hanya terluah di dalam hati Isma sahaja.

"ISMA!!"

"Abang!"

Fairuz berlari ke arah Isma yang masih terduduk di tepi jalan. Fairuz mendakapnya. Mengusap rambutnya lembut.

"Isma okey tak?" Lembut je suara Fairuz. Isma mengangguk. Fairuz bangun dan menuju ke arah Topek yang masih terbaring. Direnung dengan tajam, aura membunuh itu sangat kuat.

"Berani kau.." Nada suara Fairuz seperti menahan marah.

"Usik dia lagi, kau tengok apa jadi kat kau, kawan kau, family kau. Ingat. Buat benda lain kali pakai otak."

Fairuz meninggalkan Topek yang terkulat-kulat ketakutan.

"Jom Isma." Fairuz membantu Isma untuk bangun.

"Eh abang, Akira kat dalam."

"Oh, kalau macam tu Isma pegi balik dulu dengan Uncle Samad, abang pegi tolong Kira dulu." Isma mengangguk lalu terus menuju ke arah kereta Uncle Samad. 

Akira's POV

"Aghh!!!" bedebah! Kenapa tiba-tiba diorang jadi kuat ni?! Aduh susah ni! Aku harap abang Fairuz dah tolong Isma..

"Mati kau pompuan!!" Seorang lelaki menghayunkan sebilah pisau ramboo ke arah Akira yang telah lunyai dibelasah.

*ZAP*

Darah merah mengalir..

**

*

Isma's POV

Hmm Faizal Mikhail.. Hatinya berzikir nama Mikhail.

Hmm? Ehhh tu bukan dia ke?!

Kereta yang dinaiki Isma lalu bersebelahan dengan Mikhail.

*Thump thump*

Sekali lagi, masa seakan-akan diperlahankan, apabila terlihat Mikhail.

Mikhail menoleh perlahan-lahan. Dia senyum. Isma mengerutkan sedikit dahinya, mulutnya sedikit terbuka. Entah kenapa Isma tidak boleh membalas senyuman Mikhail. Kalut Isma memalingkan muka apabila tersedar apa yang dilakukan olehnya. Kini dia hanya memandang lantai kereta.

Fuh, apa tadi tu??? Kenapa rasa macam...

-------------------------------------------------------------------

**A bit short, the next chapter will be longer than this! 

READ.VOTE.COMMENT- your precious votes can help me write this story <3 Thank you !

COMMENT  "Strong"  if you see this.

Who? (malay)Where stories live. Discover now