READ.VOTE.COMMENT - Votes help me to continue this story. Loves and hugs <3
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Nanti aku cari kau.."
'Bayang-bayang ni lagi?!'
"Hoii!! Sape kauu!! Bape banyak kali kau muncul dalam mimpi aku ni!!"
**
Mimpi ni lagi?? Apa maksudnya?.. Isma duduk termangu di atas katil. Jari-jemarinya bermain dengan rambut kusutnya. Ahh lantak lah! Mainan tidur je ni. Isma bingkas bangun menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Rambutnya kelihatan seperti watak cerita kartun Brave. Kusut betul!
"Isma~" Isma yang sedang fokus menilik mukanya terhenti sebaik sahaja terdengar suara itu. Hm? Abang? Isma keluar daripada bilik air. Bam! Isma hampir tergolek akibat terlanggar abangnya. "Weee surprisee!!" Isma membuat muka tidak puas hati. "Apa benda surprise nya ni kalau orang jatuh cemana!! Ish.."
Izz Fairuz. Abang kepada Isma. Hah! Tak sangka bukan? Ye Isma anak kedua. Fairuz sangat sayangkan adiknya Isma, boleh dikatan sister complex! haha! Over-protective. Tapi, semua tu terhenti apabila Fairuz perlu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Macam-macam dia pesan kat Isma sebelum dia pergi. Sayang betul!
"Bila abang balik ni? Tak bagitau pun.." Isma manja dengan Fairuz! Dah mula tarik muka. "Alolo adik abang ni, abang saje nak buat surprise! Tak suka ke abang balik ni?" Fairuz pula dah reti merajuk sekarang! hmm. Isma pandang dengan muka tidak beriak. Yalah, Isma mana suka pujuk-pujuk orang ni. "Dah la malas merajuk. Jom turun bawah. Breakfast dah ready." Fairuz menarik tangan Isma keluar bilik lalu menuruni anak tangga.
**
*
"Hey dah dah la kamu berdua ni, duk berkepit je! Ha Fairuz, Isma tu nak pegi sekolah. Dah dah." Mama mereka masuk ke ruang tamu. Melihat dua orang anak kesayangannya ni sedang asyik berborak, kalau tak suruh berhenti ni ntah bila lah nak berhenti! "Ala mama, Ruz rindu sangat dengan Isma ni.." Isma menolak tangan Fairuz yang menyentuh rambutnya. Hey! kan dah kusut! "Heish orang nak gi sekolah lah bye! Akira jomm." Isma bingkas bangun meninggalkan Fairuz. Fairuz hanya tersenyum melihat gelagat adiknya. Comel! Bisik hatinya. Sedang Fairuz asyik memerhatikan gelagat Isma yang kalut memakai kasut, ada hati yang terguris! Siapa?
**DI SEKOLAH**
"Ahh kenapalah aku nak sangat pegi sekolah tadi.. Patutnya stay je rumah. Malas pulak.." Isma tiba-tiba mengeluh. Dia dan Akira masih duduk di dalam kereta yang dibawa oleh Uncle Samad, driver mereka.
Keadaan di hadapan sekolah kelihatan sesak. Murid-murid terutamanya perempuan sibuk berkerumun. Ada gula agaknya! Desis hati kecil Isma. Apalah yang kecoh sangat. Isma turun dari kereta. Langkah demi langkah diatur. Hmm? Hatinya rasa sesuatu. Apa ni? Dia menoleh ke arah pelajar-pelajar perempuan yang sibuk tergedik-gedik. Huh? Seperti dalam movie cinta, Isma menoleh perlahan-lahan. Air mukanya berubah serius. Dan berhenti. Masa seakan berhenti. Di celah-celah manusia, sepasang mata memandangnya. Isma mengecilkan sedikit mata, kerana sukar untuk melihat di celahan orang, dengan jarak yang agak jauh. Lelaki. Dia pasti itu lelaki.
**
Faizal Mikhail's POV
Asal perempuan tu pandang aku pelik?
"Awak awak, sape nama awakk." Seorang pelajar perempuan bertanya.
"Eh emm Mikhail." Jawabnya selamba. "Tumpang sikit nak lalu." Mencuba sedaya-upaya untuk tidak bersentuhan dengan pelajar-pelajar perempuan.
Fuh, akhirnya, dapat gak keluar -,- hmm? perempuan tadi.. Mikhail memerhati Isma yang berjalan melewatinya. Aik? Tak nak pandang pulak? Hmm sukati lah.. Mikhail mengekori langkah Isma, dengan jarak yang selamat dan jauh haha!
.
.
.
.
YOU ARE READING
Who? (malay)
RandomHighest rank in random #120 Kisah seorang gadis yang suka cari pasal dan timbulkan masalah untuk menghilangkan bosannya. Isma Faziana, nama secantik orangnya. Tidak ramai kawan, tapi ramai musuh. Sentiasa berkelakuan tenang dan otaknya cerdik, tapi...