BUM!
Pintu dihempas kasar. Buat seketika Aishah bersandar di belakang pintu sambil menarik nafas laju. Dadanya laju turun naik mengawal nafas yang terasa singkat. Dada semakin menyendat, jantung semakin laju mengepam darah. Makhluk apakah yang sedang mengganggunya ketika ini?
Keadaan yang agak tegang tadi beransur tenang. Waktu sekarang baru pukul 2.34 pagi. Masih jauh pergerakan mentari menuju ke ufuk timur. Setiap saat yang berlalu terasa bagai bertahun-tahun lamanya!
Buat seketika dia cuba meredakan nafas kencangnya. Bilik itu hanya diterangi cahaya lampu jalan dari luar bilik itu sahaja. Seketika kemudian, telefon pintar didalam poket seluarnya dikeluarkan. Nombor seseorang didail lalu telefon tanpa wayar itu ditekap pada teling.
"Mimi, jawablah. Kau kat mana?" bebelnya, ketakutan.
Sudah berkali-kali dia maklumkan pada Mimi, cermin antik yang rakan serumahnya itu jumpa di bilik belakang itu berpuaka! Tapi rakan serumahnya itu tidak pernah mahu percaya!
"Jawablah! Semua ni sebab kau! Kalau kau buang cermin tu, semua ni tak akan jadi!" makinya bila talian terus disambungkan ke peti simpanan suara.
Sekali lagi nombor Mimi didail. Tubuhnya sudah mengeletar. Dia sudah cuba untuk keluar dari rumah sewanya ini berpuluh kali. Namun tidak berjaya! Setiap kali dia membuka pintu utama rumah, dia akan kembali semula ke ruang tamu. Sepertinya dia terperangkap dan dibelenggu di dalam rumah ini oleh sesuatu yang dia tidak dapat lihat dengan mata kasar!
"Argh!"
Dia terjerit bila timbol pintu biliknya tiba-tiba diputar dari luar. Telefon bimbit di tangannya tercampak entah ke mana. Nafas yang kembali tenang tadi, kembali mengelojak. Matanya tepat memandang ke arah pintu bilik itu. Tombol pintu masih cuba diputar dari luar. Makhluk tadi muncul lagi!
Teragak-agak langkah diatur secara mengudur menjauhi pintu. Dia berharap makhluk yang dia masih tidak tahu sama ada hantu atau bukan itu tidak berjaya membuka pintu biliknya.
Langkahnya mendadak terhenti bila belakang kaki kanannya seperti tersandung sesuatu. Membeku tubuhnya serta-merta. Liur ditelan, kesat. Bermacam-macam andaian mula bermain di sanurbarinya ketika ini. Adakah makhluk itu kini berada di belakangnya?
Dengan sisa keberanian yang ada, dia memusingkan tubuhnya ke belakang dalam keadaan tergak-agak. Tubuhnya semakin mengeletar pantas. Katakutan yang semakin reda tadi kembali mengila!
Terbuntang matanya bila melihat cermin antik milik Mimi berada di hadapannya ketika ini! Dia jatuh terduduk di atas lantai kerana terkejut. Dia yakin, dia berlari masuk ke bilik tidurnya tadi. Tapi sekarang, bagaimana dia boleh berada di bilik Mimi pula? Sekali lagi ilusinya dipermainkan.
Nafas semakin kencang. Perlahan-lahan dia mengesot ke belakang menjauhi cermin antik berbingkai kayu itu. Di sebelik permukaan cermin itu, dia dapat melihat sesosok tubuh hitam sedang berdiri menghadap ke arahnya!
Prak!
Tiba-tiba cermin berbingkai kayu itu retak dengan sendirinya. Semakin lama semakin banyak jalur retaknya.
Nafasnya semakin laju.
Bunyi retakan pada cermin antik itu semakin jelas kedengaran menandakan retakan pada permukaannya semakin banyak.
Kaki bagai terpasung. Lidah bagai tertelan. Tubuh bagai lumpuh tidak bisa digerakan. Dia tidak mampu hendak melarikan diri!
Piar!
Separuh dari cermin antik yang terlentak di atas meja solek Mimi itu jatuh lalu berderai ke lantai.
Terenjat tubuhnya kerana terkejut.
Beberapa saat kemudian, dengan jelas kelihatan sosok tubuh hitam di dalam cermin itu menghampiri permukaan cermin yang sudah tinggal separuh pada bingkainya. Muncul sebatang tangan dari sebalik cermin yang tinggal.
Dia semakin tidak tentu arah. Dengan kudrat yang ada, dia bangkit berdiri lalu berlari menuju ke pintu bilik. Sampai sahaja, tombol pintu diputar. Tersekat! Dia terkunci di dalam bilik itu!
"Tolong! Tolong!!!" jeritnya dalam cemas sambil menumbuk kasar pada pintu. Sedaya upayanya tombol pintu diputar, namun dia gagal!
Jika tadi sebatang tangan, tetapi kini, dengan jelas kelihatan mahkluk berambut panjang, bertangan runcing sedang merangkak dari cermin antik itu!
Pintu terus diketuk dan ditumbuk. Puas ditumbuk, diterajang pula sekuat hati dengan harapan dia bisa membuka pintu itu. Ditendang semahunya. Namun pintu tetap juga tidak berjaya dibuka.
Makhluk berambut panjang persis jerangkug itu sudah merangkak turun dari meja solek Mimi menuju ke arahnya! Jelas matanya merah menyala sambil menyeringai sehingga menampakan barisan giginya yang tajam, membusuk dan berlendir!
Terpaku Aishah selepas mendengar suara menyeringai dari arah belakangnya. Pantas dia menoleh ke belakang. Sekali lagi dia jatuh terduduk dek rasa terkejut. Tersandar dia di belakang pintu sambil memandang ke arah makhluk persis jerangkung berambut panjang itu yang sedang merangkak mendekatinya. Ini kali pertama dia melihat makhluk sebegitu!
Terasa darah ditubuhnya semakin tersejat! Nafasnya semakin pendek. Makhluk itu pula semakin dekat menghampirinya. Jelas kedengaran bunyi seperti tulang belulang yang dipatah-patahkan semasa makhluk itu begerak menghampirinya. Sungguh menyilukan!
Makhluk persis jerangkung itu menyeringai kuat sebelum melompat dan menerkam ke arahnya.
"Argh!!!" jerit Aishah sekuat hati sebelum pandangannya menjadi, gelap!
Bersambung...
============================================
Sedutan babak akan datang...
Pandangan Dewi tiba-tiba terheti ke arah pintu pagar utama banglo. Dari tingkap biliknya itu dia dapat melihat seperti ada seorang perempuan berjubah hitam dan berselendang dikepala sedang melangkah meninggalkan berada.
=============================================
YOU ARE READING
CERMIN (2017)
HorrorKarya ini diinspirasikan 100% dari karya CERMIN saya yang telah diterbikan pada tahun 2010 oleh PENERBITAN FAJAR PAKEER. Jalan cerita masih sama, cuma situasi masa dan latar cerita sahaja yang diubah. Jika ada rezeki, versi 2017 ini akan menmui and...