SITI dan Sham membantu Dewi melangkah menuju ke gazebo yang ada berhampiran dengan kawasan parkir kereta kampus bila kawan baik mereka itu tiba-tiba mengadu sakit kepala. Risau pula mereka dengan keadaan Dewi sejak semalam. Sikapnya berubah aneh secara tiba-tiba.
"Kau okey tak ni?" tanya Siti sambil membantu Dewi melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang ada di dalam gazebo itu.
Sham melabuhkan punggungnya di sebelah kanan Dewi. Siti pula duduk di sebelah kiri Dewi.
Tiada jawapan dari Dewi. Dia terus memicit hujung dahinya untuk seketika. Kepalanya masih terasa pening. Berdenyut-denyut sampai ke otak.
"Kau nak aku hantar ke klinik tak?" tanya Sham pula, risau yang teramat sangat. Bimbang pening kepala yang dialami Dewi bukan pening kepala biasa.
"Tak perlu, aku ada bawa ubat sakit kepala dalam beg aku," jawab Dewi, lemah.
Tanpa menunggu lama, Siti mengorek isi beg sandang Dewi, mencari ubat sakit kepala yang dimaksudkan.
"Nasib baik aku bawa air," ujar Sham sambil mengeluarkan botol minumannya lalu dihulur pada Dewi.
Siti mengelurkan dua buji ubat sakit kepala milik Dewi lalu diberikan kepada kawan baiknya.
"Thanks Sham," ucap Dewi selepas menelan ubat sakit kepala yang diberi Siti tadi. Botol air diserahkan semula kepada Sham.
"Ibu kau tahu pasal sakit kepala kau ni?" tanya Siti lagi, sekadar ingin tahu.
Dewi angguk dalam perit. Menanti ubat sakit kepala yang ditelannya tadi mula bertindak balas di dalam tubuhnya.
"Kau dah pergi klinik?"
Kali ini Dewi menggeleng kepala.
"Kau ada migrain ke, sebelum ni?" Sham pula bertanya akan kemungkinan lain punca sakit kepala Dewi.
Dewi mengeleng. Buat masa ini hanya isyarat bukan lisan sahaja yang mampu Dewi berikan sebagai jawapan. Perlahan-lahan dia menyandarkan tubuhnya pada penyandar kerusi yang didudukinya.
"Apa dah berlaku tadi?"
Siti dan Sham saling berpandangan. Mereka juga masih bingung dengan apa yang telah berlaku. Mereka mula merasakan telah berlaku sesuatu yang sukar untuk dijelaskan terhadap kawan mereka itu.
"Tak ada apa-apa. Kau tiba-tiba sakit kepala masa dalam perjalanan nak ke kereta kau," jawab Siti, memilih untuk tidak bercerita hal sebenar. Dia tidak mahu membebankan fikiran Dewi.
Sham faham dengan jawapan yang Siti berikan. Jika dia berada di tempat Siti pun, pasti dia akan memberi jawapan yang sama.
"Puan Sabariah apa cerita? Aku kena tindakan disiplin ke?"
Sekali lagi Sham dan Siti saling berpandangan. Semakin risau dia dengan keadaan Dewi ketika ini.
"Tak. Dia kata tindakan yang kau buat tu betul. Nak pertahankan diri. Cuma dia pesan, lepas ni elakan hal macam tu berlaku lagi."
Siti terpaksa menipu lagi. Semakin yakin dia yang Dewi ada masalah yang sukar untuk dirungkaikan.
Perbualan mereka tergendala. Apa yang pasti Sham dan Dewi semakin tidak faham dengan situasi yang sedang Dewi alami ketika ini. Dewi pula kelihatan masih cuba melawan sakit kepalanya yang beransur hilang.
"Okey dah?" tanya Sham, seketika kemudian bila Dewi kembali menegakan tubuhnya.
"Lega sikit lepas makan ubat."
YOU ARE READING
CERMIN (2017)
TerrorKarya ini diinspirasikan 100% dari karya CERMIN saya yang telah diterbikan pada tahun 2010 oleh PENERBITAN FAJAR PAKEER. Jalan cerita masih sama, cuma situasi masa dan latar cerita sahaja yang diubah. Jika ada rezeki, versi 2017 ini akan menmui and...