BAB 03 - I

217 16 0
                                    

HELMI memandang ke arah pandangan Randy. Dia perasan kawan baiknya itu kerap memandang ke arah yang sama sejak tadi.

"Tak habis lagi?" tanya Helmi, bosan. Selepas melihat ke arah pandangan Randy, tahulah dia apa yang bermain di dalam fikiran Randy ketika ini.

"Apa?" balas Randy dengan pertanyaan. Tidak pasti pura-pura tidak tahu atau dia memang tidak tahu apa yang Helmi cuba maksudkan.

"Macamlah aku baru kenal kau semalam," jawab Helmi lalu menyedut minumannya.

"Apa maksud kau?"

"Sudah-sudahlah tu Andy. Sampai bila kau nak permainkan hati junior-junior kita? Salina tu pun kau tak settlekan lagi, kan?"

Randy menyedut minumannya. Keadaan kafeteria kampus yang agak sesak ketika ini sedikit pun tidak diendahkan. Maklumlah waktu makan tengah hari.

"Relakslah. Walaupun aku permainan hati banyak perempuan, tapi aku tak rosakan dia orang tau?" Randy membela diri.

Helmi tergelak sinis.

"Memanglah kau tak rosakan dia orang. Tapi, dia orang tu tetap ada hati dan perasaan. Kau ingat aku tak perasan kau dah lama perhatikan budak tu?"

"Siapa?" Kali ini Randy pura-pura tidak tahu.

"Budak baru tu lah. Dewi nama dia, kan? Bukan main beria kau jaga budak tu masa dia orang dalam minggu induksi dulu."

Randy tersengah. Tidak sangka pula dia yang Helmi perasan akan perilakunya terhadap juniornya itu selama ini.

"Bawa-bawalah insaf Andy. Satu hari nanti, kalau hal yang sama berlaku pada kau, baru kau tahu rasanya. Sekarang, kau belum rasa, memanglah kau tak kisah."

"Tapi Mi, aku dengan budak tu lain tau? Aku rasa macam aku dah..."

"Tersuka dia?" pantas Helmi memintas. Yakin dia dengan tebakannya itu.

"Errr..." sukar untuk Randy mengaku. Bimbang dia bakalan ditertawakan.

"Boleh ke Randy yang terkenal dengan title playboy ni jatuh cinta?" Helmi mempersoal.

"Jadi kesalahan ke, kalau aku jatuh cinta?"

"Bukan jadi kesalahan cuma..."

"Siapa yang dah jatuh cinta ni?"

Pintas satu suara tidak jauh dari situ.

Serentak Helmi dan Randy menoleh ke arah itu. Buat seketika mereka berdua terkedu melihat insan itu.

"Siapa?" tanya Salina, musykil.

Helmi mengambil langkah mendiam diri lalu menyedut minumannya. Rady pula kelihatan mula mengelabah. Salina dengarkah perbualan mereka tadi?

Bersambung...

=============================================

Sedutan bab seterusnya...


"Mana kau beli cermin ni?"

"Beli? Bila masa pulak aku beli? Cermin ni memang ada dalam stor bawah tu. Aku syak, pemilik banglo ni punya sebelum mereka jual banglo ni. Dia orang tinggal."

"Oh."

==============================================

CERMIN (2017)Where stories live. Discover now