BAB 01 - I

452 25 0
                                    


KELUHAN berat, Dewi helakan bila melihat kotak-kotak di hadapannya. Sudah dua hari mengemas, masih juga belum selesai. Lumrah jika berpindah ke rumah baru. Kerja-kerja mengemasnya memakan masa.

Buat seketika dia memandang seluruh sudut bilik itu yang bakal menjadi bilik tidurnya selepas ini.

"Banyak lagi nak kena kemas," keluhnya lalu mengabaikan kotak-kotak di hadapannya.

Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Waktu sekarang sudah menunjukan pukul 7.03 malam. Cahaya di luar rumah sudah semakin kelam. Langkah diatur menuju ke muka tingkap yang terbuka luas. Saat kaki menghampiri bingkai tingkap, angin senja terus menyapa kulit wajahnya. Segar dan mendamaikan. Buat seketika, dia menikmati udara senja seadanya.

Cahaya di kaki langit kelihatan berwarna jingga. Metahari yang memancarkan sinar dan bahangnya beberapa jam lalu sudah hilang di sebalik awan tipis yang menyelaputi langit. Hari ketiga dia berada di banglo ini. Banglo lama yang telah dibeli oleh ibunya.

Disebabkan banglo itu dibina di atas bukit, dari bilik itu Dewi dapat melihat pemandangan kawasan perumahan berhampiran. Jauh dari hiruk pikuk bandar dan suasananya tenang. Suara unggas dari bukit berhampiran pun kedengaran jelas dari bilik itu.

Pandangan Dewi tiba-tiba terheti ke arah pintu pagar utama banglo. Dari tingkap biliknya itu dia dapat melihat seperti ada seorang perempuan berjubah hitam dan berselendang di kepala sedang melangkah meninggalkan berada.

"Siapa tu?" tertanya Dewi sendirian dalam kehairanan.

"Dewi, dah siap kemas ke?"

Pertanyaan dari arah pintu bilik itu membuatkan Dewi tersentak terkejut. Keluhan berat dia helakan selepas melihat ibunya di muka pintu.

"Terkejut Dewi," keluh Dewi sambil mengusap dada, meredakan detak jantung yang tiba-tiba berdegup pantas.

Azizah hanya tersenyum.

"Jauh termenung?" tanya Azizah lagi sambil melangkah menghampiri Dewi.

Dewi tidak terus menjawab.

"Dah siap kemas?" ulang Azizah sambil memandang ke arah barang-barang milik anak tunggal kesayangannya itu yang masih berselerak di atas lantai.

"Belum bu, masih banyak lagi nak kena kemaskan," jawab Dewi dengan satu keluhan malas.

"Tak apalah, sambung esok. Sekarang, pergi mandi, solat, lepas tu bersiap. Kita makan malam kat luar hari ni. Ibu malas nak masak."

"Okey," akur Dewi, lemah.

"Dewi harap kita tak pindah rumah lagi lepas ni ya?" ujar Dewi sebelum sempat ibunya melangkah meninggalkan kamar itu.

Azizah yang baru sahaja mahu meninggalkan kamar itu terus berpaling memandang Dewi.

"Dewi pun tahu kan, sebab apa kita pindah? Rumah tu bukan rumah kita."

"Tahu, tapi kan kita boleh bincang dengan Pak Long Man tu pasal..."

"Dewi," potong Azizah sebelum sempat anak gadisnya itu menghabiskan kata-katanya.

"Ibu tak naklah cakap pasal hal tu lagi. Yang penting banglo ni memang dah sah-sah jadi rumah kita. Tak perlu risau nak kena halau ke apa. Manusia ni, kadang-kadang disebabkan duit, darah daging sendiri pun dia sanggup tentang. Ya, ibu tahu banglo ni banglo lama. Tapi masih elok, kan? Dewi tak suka banglo ni? Banglo ni lebih dekat dengan kampus Dewi, kan?" sambung Azizah, panjang berjela. Sempat dia bertanya di hujung kata-katanya.

"Bukan macam tu bu, tapi rumah tu kan banyak kenangan."

"Dewi," sekali lagi Azizah memotong kata-kata Dewi. Dia menghampiri anak gadisnya itu lalu bahu Dewi dirangkul dari belakang.

"Bukannya ibu nak kita lupakan kenangan kat rumah lama tu. Kalau tinggal kat sana tapi hati tak senang pun, tak guna jugakan? Kenangan tu boleh aje simpan dalam ingatan. Yang penting hidup kita semakin hari semakin baik. Okey?"

Tiada balasan dari Dewi selain anggukan lemah. Akur dalam terpaksa. Kenangan di rumah lamanya terlalu banyak. Dia membesar di sana. Banglo ini masih belum berjaya menarik rasa selesanya.

"Dah, tak perlu fikir lagi. Mandi, solat, lepas tu siap-siap untuk keluar makan malam ya?"

Dewi angguk lemah.

Azizah menepuk bahu Dewi sekali. Memberi kekuatan pada anak gadisnya itu lalu melangkah meninggalkan kamar itu menuju ke biliknya.

Selepas kelibat ibunya hilang di sebalik pintu bilik itu, Dewi kembali memandang ke luar tingkap. Hari semakin gelap. Lampu jalan yang ada di sekitar kawasan banglo itu sudah menyala. Saat dia mahu menutup daun tingkap, sekali lagi pandangannya terarah ke arah pintu pagar utama banglo. Wanita berjubah labuh dan berselendang hitam itu muncul lagi! Sedang berdiri betul-betul di hadapan pintu pagar.

"Siapa perempuan tu?" tertanya Dewi sedirian.


Bersambung....

===========================================

Sedutan bab akan datang....


"Ono jopo sewu, jopo siji datan tumomo. Sing mandi japaku dhewe."

Satu bisikan halus yang sukar didengar dengan jelas tiba-tiba menyapa pendengaran Dewi dan membuat langkhanya terhenti betul-betul di muka pintu utama banglo.

============================================

============================================

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CERMIN (2017)Where stories live. Discover now