"EH, kau biar betul? Kau yakin kau dah masukan dalam beg kau tadi? Ke kau tertinggal kat dalam?" tanya Siti, cemas bila Dewi maklumkan, buku notanya tiada di dalam begnya.
Dewi memeriksa isi beg sandangnya sekali lagi. Memang buku notanya tiada!.
"Macam aku dah masukan tadi."
"Macam? Tu jawapan tak yakin ke apa?"
"Tak apa, macam ni lah. Kau orang gerak ke dewan kuliah dulu, nanti aku menyusul. Aku masuk library sejap, cari buku nota aku tu, okey?" ujar Dewi.
"Okey, cepat sikit tau? Kita dah lambat ni. Marah pulak Encik Rahim nanti."
"Okey," akur Dewi lalu berpatah balik ke perpustakaan kampus. Mujur mereka masih belum melangkah jauh.
Sham hanya mengeleng kepala lalu menyambung langkahnya semula seiringan dengan langkah Siti menuju ke kafeteria kampus.
Sampai di meja yang didudukinya tadi di dalam perpustakaan itu, Dewi terus mencari buku notanya yang dia yakin dia telah tertinggal sebentar tadi. Namun, tiada sebuah buku pun di atas mahupun di bawa meja di hadapannya itu. Jika buku notanya hilang, terpaksalah dia meminjam buku nota Siti bagi melengkapkan jawapan tugasannya.
"Awak cari buku ni?" tanya seseorang dari arah tepi sambil menghulur sebuah buku ke arah Dewi.
Dia tersentak terkejut lalu berpaling ke arah insan yang menegurnya. Benda pertama yang dia lihat adalah buku nota yang ada di tangan lelaki itu. Ya, itu buku notanya! Kemudian, barulah wajah insan itu dipandang penuh. Bila matanya bertembung dengan sepasang mata milik lelaki di hadapannya ketika ini, terus dia terpaku. Randy!
Tanpa disedari, perlakuan mereka telah diperhatikan oleh seseorang dari jauh ketika ini.
Bersambung...
======================================
Sedutan bab seterusnya...
"Aku dengar apa kau cakap tadi. Aku belum pekak. Perlu ke, kau nak menengkingaku kat depan semua orang? Kau dengan Randy, baru jadi pasangan kekasih. Belum,menikah lagi. Belum tentu kau dengan dia akan bersatu hujungnya nanti.Perempuan macam kau ni, memalukan kaum perempuan kau tahu tak? Kau lebih layakmati aje dari hidup duk berlagak dan susahkan orang. Lagi pun, tak ada tandakau pun pada Randy," ujar Dewi sinis lagi benci.
=========================================
YOU ARE READING
CERMIN (2017)
HorrorKarya ini diinspirasikan 100% dari karya CERMIN saya yang telah diterbikan pada tahun 2010 oleh PENERBITAN FAJAR PAKEER. Jalan cerita masih sama, cuma situasi masa dan latar cerita sahaja yang diubah. Jika ada rezeki, versi 2017 ini akan menmui and...