BAB 05 - III

192 13 0
                                    

TAMAT sahaja kulih kedua mereka untuk hari ini, mereka terus ke kafeteria kampus untuk mengisi perut. Maklumlah, sudah masuk waktu makan tengah hari. Keadaan kafeteria kampus agak sesak ketika ini dengan pelajar-pelajar lain yang lebih awal sampai. Mereka memilih tempat duduk yang agak terceruk di sudut tepi kafeteria itu memandangkan hanya meja itu sahaja yang tidak diduduki sesiapa.

Mereka bergilir memesan makanan masing-masing demi mengelak meja mereka duduki orang lain. Lima belas minit kemudian, mereka bertiga selesai memesan makanan masing-masing.

"Petang ni tak ada kelas, apa pelan kau orang?" Sham buka topik baru selepas selesai membaca doa makan.

"Tak ada pelan apa-apa pun. Balik rumah tidur pun best ni," jawab Siti, sambil menyuap makanannya ke dalam mulut.

"Kau Dewi?" soalan beralih pada Dewi yang sedari tidak lekang mengukir senyuman di bibirnya.

"Aku tak ada pelan apa-apa. Mungkin balik rumah, siapkan assignment kut?"

Tiada jawapan pasti dari Dewi. Bibirnya terus mengukir senyuman. Apa yang berlaku di perpustakaan lewat pagi tadi masih segar dalam ingatannya.

"Kau ni macam peliklah Dewi hari ni. Pagi tadi bukan main gelisah pasal banglo ibu kau tu. Sekarang duk tersenyum-senyum sendiri pulak. Dari kat kelas tadi aku perasan kau senyum seorang diri. Kau ni... okey ke tak Dewi?" Siti meluahkan kemusykilannya sejak di dewan kuliah tadi.

"Haah, aku pun perasan. Emosi kau macam tak berapa nak center hari ni. Kau ada telan apa-apa ubat secara berlebihan ke apa?" Sham menyokong kata-kata Siti tadi. Dia turut perasan apa yang Siti perasan.

"Hai, aku senyum pun tak boleh ke?" Dewi mempersoal.

"Bukan tak boleh. Tapi macam pelik. Semua yang berlaku dalam dunia ni ada sebab tau? Tak kan kau senyum tanpa sebab?" Siti tidak puas hati.

"Senyumkan, sedekah," Dewi bagi jawapan yang tiada kena mengena langsung dengan pertanyaan Siti.

"Masalahnya, tak ada siapa yang mengemis senyuman kau sampai nak kena sedekah. Biasanya orang yang tersenyum-senyum sendiri ni sebab jatuh cinta, kau..."

"Oh, kat sini rupanya budak mentah ni?"

Tiba-tiba sahaja kata-kata Siti dipintas oleh seseorang yang muncul tanpa diduga di situ dengan wajah dan gaya tidak puas hati.

Dewi, Siti dan Sham terkejut dengan kemunculan wanita jelita di sebelah meja mereka itu ketika ini. Dewi sudah menelan liurnya, kesat. Dia mula menebak sesuatu yang mengerikan.

"Kau budak yang duk tergedik dengan Randy kat perpustakaan pagi tadi, kan?" tanya wanita itu, serius, sinis dan benci pada Dewi.

Serentak Siti dan Sham memandang ke arah Dewi. Mereka terkejut mendengar kata-kata wanita yang cukup mereka kenali itu. Sekarang, baru mereka berdua tahu, mengapa Dewi sering tersenyum sendiri sejak di dewan kuliah tadi. Tergamak kawan baiknya itu merahsiakan tentang pertemuannya dengan Randy dari pengetahuan mereka?

Dewi membalas pandangan Siti dan Sham dengan pandangan serba salah.

"Kenapa diam? Tak nak mengaku?" tanya wanita itu lagi, angkuh. Sedikit pun dia tidak menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sedang memandangnya ketika ini. Yang penting amarah dan rasa tak puas hatinya dapat diledakkan.

Siti dan Sham terus diam. Mereka memilih tidak mahu masuk campur urusan Dewi dan wanita itu yang cukup dia kenal. Siapa lagi kalau bukan Salina! Wanita yang sedang dikaitkan dengan Randy ketika ini.

"Semua dalam kolej dah tahu, aku ni girlfriend Randy, yang kau gedik sangat nak tegur dia kenapa ya? Dah tak ada lelaki lain dalam kampus ni kau nak mengatal?" tinggi suara Salina tatkala menanyakan soalan itu.

Sham dan Siti sudah disapa malu.

Hati Dewi mula disaluti rasa serba salah pada Siti dan Sham dan rasa geramnya pada Salina yang sudah memalukan dia di hadapan pelajar-pelajar lain yang ada di kafeteria itu.

"Kenapa kau diam? Dah tercekik tulang? Kau ni, dasar perempuan gedik, kan? Pantang nampak lelaki handsome sikit kau mulalah nak mengesel kat lelaki tu. Harap muka aje macam budak nerd. Hakikatnya, murahan!" hina Salina tanpa tapisan.

Tanpa sedar, Dewi telah menggenggam penumbuknya dek menahan geram. Mujur kewarasannya masih ada. Ikutkan hati, mahu sahaja dia membalas penghinaan itu. Tetapi dia tahan perasaan itu. Dia tidak mahu timbulkan masalah.

"Hey, perempuan. Kau dengar sini ya. Sekali lagi aku nampak kau cuba dekati Randy, nahas kau," Salina memberi amaran keras.

Dewi terus terpunduk menahan geram dan malu yang bergaul menjadi satu bila semua yang ada di kafeteria itu mula memandang ke arahnya.

"Hoi! Kau dengar tak?" maki Salina bila juniornya itu terus mendiamkan diri.

Tiada balasan dari Dewi. Padanya, melawan hanya akan memalukan dirinya sendiri. Namun, beberapa saat kemudian, kepalanya tiba-tiba terasa pening.

Sham dan Siti saling berpandangan untuk seketika selepas terperasan Dewi tiba-tiba memicit hujung dahinya.

"Perempuan ni, saja nak nak naikkan darah aku," luah Salina geram lalu tangannya cuba mencapai gelas berisi air sirap ais di hadapan Dewi.

Belum sepat Salina mencapai cawan di hadapan Dewi, terlebih dahulu Dewi merampas cawan itu lalu dia bangun menghadap Salina. Tanpa rasa bersalah dan dengan wajah sinis dan benci, dia menyimbah isi cawan di tangannya ke muka Salina.

Jatuh rahang Siti dan Sham melihat perbuatan Dewi ketika ini. Tekejut mereka dengan tindakan berani Dewi itu. Ini kali pertama mereka melihat Dewi seberani itu! Dari penilaian mereka, Dewi seorang wanita yang berbudi bahasa dan lemah lembut. Tapi, tindakan Dewi ketika ini sungguh diluar jangkaan mereka.

Kafeteria terus senyap sepi.

Salina terpaku dan terkaku. Terkejut dengan tindakan juniornya itu. Sepatutnya dia yang menyimbah air itu pada Dewi! Bukannya dia yang kena simbah!

"Aku dengar apa kau cakap tadi. Aku belum pekak. Perlu ke, kau nak menengking aku kat depan semua orang? Kau dengan Randy, baru jadi pasangan kekasih. Belum, menikah lagi. Belum tentu kau dengan dia akan bersatu hujungnya nanti. Perempuan macam kau ni, memalukan kaum perempuan kau tahu tak? Kau lebih layak mati aje dari hidup duk berlagak dan susahkan orang. Lagi pun, tak ada tanda kau pun pada Randy," ujar Dewi sinis lagi benci. Tanpa menunggu lama, dia mencapai beg sandangnya lalu beredar meninggalkan kafeteria itu.

Siti dan Sham masih terpinga-pinga. Masing-masing masih cuba menghadamkan apa yang barusan berlaku sebentar tadi.

"Argh!!!" Salina menjerit sekuat hati lalu meninggalkan kafeteria itu dengan perasaan malu dan sebal yang mengunung.

Kafeteria kembali riuh. Pasti hal itu akan menjadi isu hangat esok.

Perlahan-lahan Siti dan Sham saling berpandangan dengan wajah statik. Mereka masih terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan mereka sebentar tadi. Meraka masih tidak percaya, Dewi boleh bertindak sedemikian!

Di sebalik pelajar-pelajar yang ada di kafeteria itu, ada seorang pelajar yang nampak tenang sejak tadi terus menjadi pemerhati.

Bersambung....

=====================================

Sedutan bab seterusnya....

"Ono jopo sewu, jopo siji datan tumomo. Sing mandi japaku dhewe..."

Bisikan itu terus kedengaran, tenggelam timbul di sana sini tanpa diketahui dari mana arahnya. Berpusing-pusing dan berlegar-legar di ruang bilik itu.

======================================

CERMIN (2017)Where stories live. Discover now