Hai korang ni cerita baru saya author VANDEERAA , saya harapkan sokongan dari korang. Cerita ni just short story maybe tak sampai 30 bab pun (tapi tak sure, tgk idea ada ke idok) untuk cerita ni author nak gunakan bahasa yang lebih santai tak terlalu berkarang. Harap cerita ni tak membosankan korang, bab 1 dan dan mungkin agak bosan lah tapi yg seterusnya i'll try my best supaya tak nampak bosan. Lastly, sila lah vote and comment. 😚
adelXmashah 1
¤¤¤
''You tak rasa ke, you ni tak sesuai pun dengan I?'' Pandangan malas di lemparkan. Kaki dan tangan di silang serentak.
''Why Adel_ apa salah I?''
Dengusan menyampah di lemparkan. Susah betul kalau berdepan dengan jantan terdesak macam ni. Perciknya dalam hati.
''Salah you sebab you jatuh cinta dengan I.''
''Apa yang salahnya kalau I jatuh cinta dengan you?'' Dahinya berkerut memandang wanita yang sangat berkarisma depanya ini. Nasib baik lah kau lawa_
''Salah_'' Silangan tangan dan kaki di leraikan. Badan merapat ke meja sehingga dada betul-betul menyentuh meja. ''Because I don't like you.'' Jawapan mudah bersama senyum sinis.
Bibir si lelaki mengigit geram. Terasa dirinya di permainkan. ''Habis selama ni apa? All those sayang tu semua? ''
Bahu terangkat sepintas. Bibirnya mencebik selamba. ''I call all my friends sayang,''
''Habis I ?''
Badannya menepek semula ke sandar kerusi, mula bosan melayan lelaki ni. ''Habis apa lagi, friend la.''
Tanganya mencapai gelas orange juice di meja. Mata melirik ke arah bar di sebelah kaunter restoren. Okay once again his speak the same thing, I get away!
''Tapi I anggap you lebih dari seorang kawan, I really love you Adel.''
Nak muntah rasanya. Riak muka menyampah di tunjukan. Iphone di dalam tas prada di ambil dan di lekapkan ke telinga. ''Hello sayang,'' Matanya melirik ke arah lelaki yang sudah kepanasan itu. Bibirnya menyunggil senyum sinis.
'' what? Okay I be there in...'' Mata melirik jam di tangan ''about fithteen minute. Wait for me okay sayang,'' Iphone di masukan ke dalam tas tangan. Punggungnya di angkat.
''Who's calling?''
''My sayang. Sorry I got to go, thanks for the nice chitchat.''
''ADEL!!''
''Babe, seriously you push him like that?''
''Yelah babe dia handsome kot, tak kan tak terpikat langsung?''
Adel julingkan mata ke siling memadang teman temanya. ''Girls you know me kan, I never stick for any one guys for the rest of my life.''
Ye seorang Adel tak pernah serius dengan mana-mana lelaki. Baginya itu hanya buang masa, dalam hidupnya hanya mahu have fun.
''You tak terfikir ke babe, it's time for you to find someone serious for the rest of your life?'' Air orange juice di sisip dengan sopan.
Adel melemparkan pandangan bosan. ''Babe kita ni muda lagi tahu, buat apa nak fikir semua tu. Better I enjoy hidup I yang sekarang ni.''
Dua-dua tubuh itu hanya angkat bahu kosong. Hening meja seketika apabila Ayaa merapatkan badanya ke meja.
''Babe try to look behind you, I perasan dari tadi mamat sorang ni asyik ushar meja kita je_''
Pantas dua pasang mata tu melilar ke belakang. Adel merenung seorang lelaki yang kalau tak silap dari padanganya lelaki itu juga merenung tajam kearahnya.
Adel mencebik bosan kemudian memandang semula ke hadapan.
''You kenal ke babe?'' Soal Aliya, matanya masih lagi fokus merenung lelaki itu. Pada pandangannya lelaki itu sangat kacak dengan baju t-shirt polo dengan kaca mata rayban elok terletak di pangkal hidungnya.
Adel angkat bahu. ''But he look so handsome la, nasib baik I dah ada pakwe. Tapi kenapa dia tengok sini ye?'' Dalam sempat memuji, Aliya sempat mengutarakan perasaan tertanya tanyanya. Manalah tahu mamat tu tunggu masa nak buat something tak elok ke pada diorang.
''Tulah, tapi I rasa dia tengah ushar I lah. I think he likes me,'' Ucap Ayaa yakin dengan senyum mengeletisnya kearah pemuda di belakang Adel dan Aliya.
Serentak Adel dan Aliya berpandangan, kemudian gaya seperti hendak termuntah di pamirkan pada Ayaa yang terlebih perasaan itu. Ayaa cebik bibir, jeles lah tu_
''Sudah sudah lah tu Yaa, you tu dah ada boyfriend. Kita bagi chance dekat Adel je lah, mana tahu dia boleh jadi soulmate Adel.'' Usik Aliya bersama ketawa mengejeknya, Ayaa turut sama ketawa.
''Oh please I tak terdesak nak belaki macam you all, I can forever stand with my own self.'' Ucapnya penuh yakin.
''Adelina?''
Seketika meja mereka menjadi senyap, serentak tiga pasang mata memandang kearah figura yang menegur.
YOU ARE READING
Wasiat Cinta (adelmashah)
ChickLitRE-EDIT SOON! Highest rank #1 in chicklit Bila kepala batu bertemu kepala batu, kau rasa aman ke nak hidup? Oh no! Tapi macam mana kalau Mashah memang diciptakan untuk Adel? ''You kena kahwin dengan I,'' mocha latte di cawan di teguk dengan sopan. ...