adelXmashah 15
¤¤¤
TERKEBIL-kebil saja mata Adel, sementara menanti Mashah membersihkan dirinya Adel merenung tompokkan warna merah di cadar katil. Bingung kepalanya memikir. Sepatutnya tak terjadi begini sekiranya dirinya dah disentuh Haikal. Tapi darah tu, tak mungkin darah haid kalau dia baru saja mandi suci dari hadas haid.Lamunannya mati bila pintu bilik air dibuka. Mashah menapak keluar dengan tuala dililit bersahaja dipinggang. Adel menelan liur melihat lekuk tubuh Mashah tak semena kejadian semalam bermain semula difikiranya. Pipinya membahang bertukar rona merah.
''You tak nak mandi ke, subuh nak habis dah ni?'' Adel terkebil, tak pernah Mashah mengejutnya untuk subuh. Tapi berbeza hari ni. Adakah sebab Mashah sudah menyentuhnya semalam?
''Nantilah I mandi,'' Jawab Adel. Terus ditarik cadar menutup tubuhnya semula. Berbungkus dia dalam selimut. Baju tidurnya entah dimana dicampak Mashah. Ganas sangat!
Melihat Adel kembali berbaring Mashah duduk diberai katil. ''Jom solat subuh sesama.'' Ajaknya seraya menarik cadar membaluti tubuh Adel.
''Mashah!'' Mendengus Adel. Dahlah dia tak berbaju, boleh pula si Mashah menarik cadar yang menutup tubuhnya.
Mashah tersengih. ''Sorry, bangun lah I tunggu you nak solat ni.''
Adel menekup muka ke bantal. ''You solat je lah, I solat kemudian.''
''Adel please, you tanggungjawab I. Semua dosa you I yang tanggung.''
''So you tanggung je lah apa masalahnya. You yang nak kahwin dengan I,''
Mashah gigit bibir. Kalau dah kepala batu tu memang tak boleh nak buat apa. ''Adel before I tarik selimut ni better you bangun.'' Nak tak nak kena juga guna cara ugut.
Adel mendengus, tajam matanya memanah mata Mashah. ''Ambik baju I!'' Mashah menurut. Baju Adel yang di campak semalam dah di letakan atas kerusi di ambil. ''Nah! Cepat I tunggu you.''
Adel menyarungkan saja bajunya. ''Mashah kejap.'' Panggil Adel.
''Kenapa?''
Adel gigit bibir namun jarinya bergerak juga menunding pada tompokkan darah tadi.
Melihat itu tak semena terbit senyuman pada bibir Mashah. Dia duduk semula di katil. ''Kenapa? Itu sebab 'kerja' kita semalam.'' Ungkapnya lembut.
Pipi Adel merona merah semula. Nak saja dia menekup bantal pada muka Mashah. Eei orang maksudkan benda lain, lain pula yang dia tangkap. Nak saja dia tanya adakah dia masih dara sebelum Mashah mengambil haknya.
''Thanks for taking care of youself and make me the first to touch you.'' Ucapnya perlahan sambil panahan mata tepat ke mata Adel. Dia bersyukur bila Adel pandai menjaga dirinya dan maruahnya walau Adel seorang yang sangat sosial.
Adel bungkam. Jadi? Jadi Haikal tak pernah sentuh dia? Mukanya menjadi pucat semula. Apa motif Haikal?
''Adel kenapa ni? Anything wrong? I'm sorry kalau you tak rela semalam...I...''
''I nak mandi.'' Mashah terkebil memandang kelibat Adel. Tanpa sedar dia meraup muka, mukanya kembali keruh.
''Abang kenapa macam tak happy je ni?'' Nadeera memandang Mashah disebelahnya. Ketinggian Mashah menyebabkan dia terpaksa mendongak.
![](https://img.wattpad.com/cover/105154671-288-k348270.jpg)
YOU ARE READING
Wasiat Cinta (adelmashah)
ChickLitRE-EDIT SOON! Highest rank #1 in chicklit Bila kepala batu bertemu kepala batu, kau rasa aman ke nak hidup? Oh no! Tapi macam mana kalau Mashah memang diciptakan untuk Adel? ''You kena kahwin dengan I,'' mocha latte di cawan di teguk dengan sopan. ...