AxM 22

7.6K 246 10
                                    

adelXmashah 22

¤¤¤

           SESEKALI mulutnya mencuri ruang untuk bernafas tanpa bunyi, mencuri lihat wajah yang lena dalam diam.

Begitulah dia sejak seminggu berlalu. Mencuri masuk dalam bilik Adel bila wanita itu lena dibuai mimpi, demi sebuah rindu yang kian membengkak dalam hatinya.

Juga demi pesanan keluarga ini untuk dia tak menampakan mukanya pada pandangan Adel, tanpa dia tahu apa salahnya yang sebenar. Hatinya berkecamuk, dia nak Adel bagitahu dia apa salahnya tapi nampaknya isterinya lebih selesa menjauhkan diri darinya. Besar sangat kah salahnya? Benci sangat ke Adel pada dia?

Tangan mengusap pipi yang dirindui itu perlahan. Kandungan Adel sudah nak masuk sembilan bulan, betapa lemahnya dia sebagai suami dihalang mendekati isterinya sendiri dan anak dalam kandungan mereka.

'' Sayang~ ''

Menyeru dia perlahan, begitu jugalah dia hari sebelumnya. Setitik air mata yang sedari tadi berkumpul di empangan jatuh mengena pipi yang berkumis halus. Air mata lelakinya rabak jua. Tak nampakkah Adel apa yang ada di hatinya. Segunung cinta buat si isteri walaupun masih baru bertapak tapi di pandang sepi angkara pemisah yang dia sendiri tidak tahu mana puncanya.

'' kenapa jauhkan diri dari I macam ni hmm? Tell me mana salah I sayang? ''

Rambut menutup dahi di selak sedikit kemudian bibirnya menekap di situ seperti biasa... seperti biasa tanpa Adel sedar. Dia menjatuhkan kepala ke bantal yang sama kepala Adel terletak. Akuinya nama Nadeera sudah jauh di buang pergi, yang ada cuma Adelina. Tapi mengapa susah dia nak mengapai sekeping hati milik Adelina Mashura ni.

Dalam dia menjelajah rasa hati tanpa sedar dia di bawa lena di sebelah insan yang menjadi penyebab dia mengukir sebuah rindu dalam hatinya.


          TERPISAT matanya bila terasa tangannya di tarik dengan kasar, tercelik luas matanya. Bagai baru tersedar dia baru saja melanggar pesanan untuk tidak menampakkan mukanya di depan Adel. Mashah terdiam seribu bahasa macam mana dia boleh tertidur dalam bilik ni. Di lihat wajah Adel yang sudah menyinga menjelingnya, marah benar Adel padanya.

'' sayang~ ''

Dia mencuba nasib, nama tahu Adel akan lembut hati ..... tapi tidak.

'' berambus dari bilik aku! ''

Tercenggang dia mendengar suara Adel, tak sangka itu perkataan yang akan keluar dari mulut Adel. Rasa dirinya seakan terhina dan tercalar egonya sebagai suami. Dari baring terus dia bangun.

'' I masih suami you Adel. '' perlahan tapi tegas. Apa sekali salahnya pantaskah seorang isteri biadap dan meninggikan suaranya pada suami?

'' yes... but not after I deliver this baby... '' Adel turun dari katil tanganya menyilang ke dada. '' aku nak kau ceraikan aku lepas anak ni lahir. ''

Sekali lagi terasa haknya sebagai suami tercalar. Mencerlung matanya memandang Adel. '' you jangan ingat akan I ceraikan you walaupun I tahu apa salah I pada you, Adel please jangan buat keputusan terburu-buru. '' tangan yang bersilang itu cuba dicapai tapi pantas Adel menepis.

Adel menyunggil senyum sinis. Beku sahaja mukanya memandang Mashah. Teringat kata-kata Mashah dan bukti gambar yang di berikan Zaidan buat hati Adel kembali berdarah. Rindu yang mengila cuba di buang jauh.

'' I confide to you about my past... supaya you tak buat macam dia dah buat pada I.. '' Adel tarik nafas dalam. Cuba mengusir mata yang mula berkaca '' but you did... disappoint me.. ''

Wasiat Cinta (adelmashah)Where stories live. Discover now