adelXmashah 9
¤¤¤
''BAIK uncle, nanti Mashah datang assalamualikum.'' Selepas talian dimatikan Mashah bersandar perlahan dikerusi.
Pelik? Semudah tu si kepala batu tu setuju? Omel Mashah dalam hati. Baru hatinya ingin menyusun strategi memujuk Adel berkahwin denganya tapi Tan sri Borheman bagitahu Adelina sudah setuju untuk berkahwin denganya.
''Macam mana kepala batu tu boleh setuju macam tu je? Pelik ni.''
Bayangan Adelina mati bila interkom di sebelahnya bernyala, jari menekan butang warna hijau. ''Ada apa Lina?''
''Tuan Mashah, tuan ada tetamu.''
Tetamu? Setahunya dia tak ada temu janji dengan sisiapa hari ni. ''Suruh dia masuk Lina.'' Disuruh juga tetamu tak diundang itu masuk.
''Adel boleh mama tahu kenapa tiba-tiba Adel setuju nak kahwin dengan Mashah?''
Adel memandang mamanya dengan dahi berkerut. ''Mama tak suka ke Adel kahwin?'' Soalan di kembalikan pada mamanya.
Tangan mamanya mengosok rambut Adelina perlahan. Walaupun Adelina ni sejenis yang nakal dan keras kepala tapi ini lah satu-satunya anak gadis yang dia ada. Nakal macam mana sekali pun Adelina tetap anak kesayangan dia.
''Bukan mama tak suka sayang, tapi bukan Adel tak suka kena kahwin paksa macam ni?''
Adel senyum nipis, sebolehnya dia sembunyikan perasaan dia yang sebenar. ''Itu mula-mula, sekarang Adel tak kisah. Mama doakan yang terbaik untuk Adel ye.''
Mamanya tersenyum lega. Mungkin perkahwinan ini boleh merubah Adel. Dia patut buang perasaan negetifnya pada Mashah. ''Bagus lah kalau sayang mama ni fikir macam tu.'' Di bawa Adel dalam pelukan. Walau hatinya masih ragu dia cuba menepis perasaan itu demi kebahagian Adelina.
''Ma, Adelan mana?'' Sejak dia bagitahu yang dia bersedia kahwin dengan Mashah dia nampak Adelan seakan ingin mengelak bercakap denganya, tak ada dah usikan seperti selalu. Tapi dia pelik kenapa Adelan perlu marah?
''Emm.. abang kamu tu kat tempat kerja lah dia.'' Mamanya mengeluh perlahan.
''Kau buat apa datang sini?'' Malas nak berbasa-basi dengan lelaki di hadapanya ini baik tanya direct je.
Lelaki itu bertepuk tangan. ''Besar bilik kau sekarang ek? Hebat!''
Mashah menarik kot hitamnya rapat ketubuh. Nafas di tarik. Hilang mood kerjanya bila orang yang tak sebulu denganya ada didepan mata. ''Kalau tak ada apa-apa, silakan..'' Mashah membuka besar-besar pintu bilik officenya yang dulu menjadi bilik Tan sri Hj. Arsyad, arwah atuk angkatnya.
Zaidan melangkah kearah pintu selamba tanganya menolak semula pintu bilik itu tertutup. ''Rileks bro, yang kau nak gabra sangat apa hal? Kau takut rahsia kau terbongkar?''
Muka Mashah ketat saja. Perkataan rahsia langsung tak menjentik tangkai hatinya untuk berubah riak. ''Aku tak ada rahsia apa yang nak di takut dari kau.''
Zaidan senyum sinis. ''Nice game bro, tapi aku akan pastikan game kau ni tak lama. Blah dulu.'' Serentak bahu Mashah di tepuk kuat.
''Oh by the way, seronok kau pegang harta arwah atuk sedara aku ye.'' Sekali lagi senyuman sinis terbit di bibirnya sebelum kakinya melangkah keluar.
Mashah melekapkan belakangnya di dada kerusi. Jelas riak risau diwajahnya. Takut sekiranya dia leka, apa yang diamanahkan padanya jatuh pada tangan yang salah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Wasiat Cinta (adelmashah)
Romanzi rosa / ChickLitRE-EDIT SOON! Highest rank #1 in chicklit Bila kepala batu bertemu kepala batu, kau rasa aman ke nak hidup? Oh no! Tapi macam mana kalau Mashah memang diciptakan untuk Adel? ''You kena kahwin dengan I,'' mocha latte di cawan di teguk dengan sopan. ...