adelXmashah 7
¤¤¤
DILIHAT saja kelakuan Adel dan lelaki itu berlaga pipi dan sambil berpelukan dari jauh. Tercabar rasa dirinya.
Bukan tercabar kerana dia sudah jatuh cinta dengan Adel, tapi tercabar sebab dia bakal suami Adel tapi bakal isterinya berpelukan dengan lelaki lain. Terasa makin sulit untuk dia merealisasikan wasiat arwah atuknya.
Rahangnya bergerak tanpa sedar. Bunyi dari iphonenya menyedarkan dia dari bayangan Adelina.
''Hello?'' Angkatnya tanpa melihat gerangan pemanggil.
''Abang kenapa suara macam ni?''
Dia tersentap. Peti suara dibetulkan sebelum dia kembali bersuara. ''Eh sayang, sorry abang tengah keje ni.'' Tipu lagi.
''Oh~ sayang ganggu abang ke ni?'' Sedar suara di sana seakan merajuk.
''Eh tak lah, dah siap dah pun kerja abang. Sayang nak apa ni?'' Tanyanya lembut. Tak sampai hati nak buat kekasih hati merajuk.
''Nak jumpa abang __ rindu....'' meleret sahaja perkataan rindunya. Mashah jadi serba salah, macam mana dia boleh nak hancurkan seorang yang setia disampingnya susah dan senang.
''I miss you too sayang,'' Mashah raup rambut.
''Okay kalau rindu kita jumpa malam ni?''
Mashah melirik matanya ke depan, melihat kelibat Adel keluar coffeehouse bersama lelaki tadi. Terbakar rasanya bila tangan lelaki itu merangkul erat pinggang Adel.
''Abang ambil sayang malam ni.'' Pap! Talian dimatikan. Sakit hati. Ejen kereta dihidupkan dan meluncur laju dari situ.
''Mashah ambil ni. Semuanya ada dalam tu, mashah jaga baik-baik ye.'' Diserahkan sebuah file hitam padanya.
Lambat-lambat Mashah menyambut. ''Kenapa Mashah atuk?''
Atuknya memegang tangan Mashah. Walaupun dalam keadaan mengigil masih kuat pautanya. ''Sebab __ yang Mashah tahu, atuk taknak jatuh pada orang yang salah __'' Bernafas dia sebelum menyambung. ''Mashah jaga sehingga yang 'layak' tu wujud.''
Mengeluh saja dia bila mengenangkan wasiat arwah atuk angkatnya. Macam mana nak wujud kan yang layak tu kalau nak kahwin dengan Adel saja seperti nak serah diri ke mulut singa.
Silapnya kerana tak pernah bagitahu atuknya yang dia ada yang spesial dalam hatinya. Kalau dia kahwin dengan Adel macam mana dengan Nadeera? Tak sanggup dia nak melukai wanita itu.
Dia hanya mangsa yang tersepit antara dua.
Tangan diatas meja tu diusap perlahan. Pandang jatuh pada pasang mata yang keletihan itu. ''Abang ada masalah ke?''
Mashah angkat kepala memandang kekasih hati di depan. Dia senyum paksa. ''Kenapa sayang tanya macam tu?'' Soalnya kembali.
Tangan Mashah diambil dan dilapikan atas tanganya dan dikepit dengan dua belah tanganya. ''Sayang tengok abang macam serabut je, keluar pun macam ada tak ada je.'' Omelnya.
Tangan diatas tanganya itu diusap dengan tanganya sebelah lagi. ''Tah lah sayang abang okay je, cuma lately abang banyak kerja sikit yang belum settle,''
Nadeera tarik nafas tapi bukan nafas lega nafas mengalah, dia tahu Mashah menipunya. ''Sampai bila abang nak jaga syarikat orang? Dee ajak abang kerja dengan papa abang taknak.''
YOU ARE READING
Wasiat Cinta (adelmashah)
ChickLitRE-EDIT SOON! Highest rank #1 in chicklit Bila kepala batu bertemu kepala batu, kau rasa aman ke nak hidup? Oh no! Tapi macam mana kalau Mashah memang diciptakan untuk Adel? ''You kena kahwin dengan I,'' mocha latte di cawan di teguk dengan sopan. ...