adelXmashah 14
¤¤¤
''ENCIK tak boleh masuk!''
''Kau ketepi lah!'' Pintu dikuak kasar mengejutkan Mashah dari dalam. Melihat saja orang yang merempuh masuk kedalam biliknya Mashah menarik nafas panjang. Bala datang.
''Tuan Mashah saya minta maaf, saya...'' Mashah angkat tangan menghalang PAnya bersuara. ''It's okay Lina, awak boleh keluar.'' Lina angguk kepala seraya melangkah keluar meninggalkan dua manusia yang bertatapan dalam pandangan yang tajam.
Mashah bangun dari duduknya, lelaki di hadapannya ditenung dalam riak biasa. Hari itu anaknya hari ni bapanya pula. ''Jemput duduk tuan zuhaimi,'' Pelawa Mashah. Walaupun antara mereka tidak sebulu Mashah tetap menghormati lelaki di hadapanya sebagai orang yang lebih tua dari dia.
Tuan Zuhaimi mendengus, pandangan jijik di lemparkan. Dia duduk di sofa di hujung bilik dengan kakinya bersilang. ''Mana kau sorok file tu?!'' Soalnya dalam nada marah.
''File apa yang tuan maksudkan?'' Soalnya kembali dalam nada tenang.
Tuan Zuhaimi sengetkan bibir. ''Kau jangan pura-pura. File yang arwah paklong aku bagi kau?''
Mashah menghenyakan kembali punggungnya ke kerusi CEO. ''Ada dengan saya.'' Dengan selamba dia memberitahu.
Tuan Zuhaimi memandangnya tajam. Dia bangun menghampiri Mashah yang masih beriak tenang di kerusi. ''Bagi aku file tu.''
Mashah senyum nipis. Dia arif sangat dengan kedatang sepupu tan sri Borheman ni. ''Maaf, file itu hanya boleh diserahkan untuk seseorang yang berhak saja. Dan orang itu bukan tuan.''
Semakin marah dia mendengar bicara Mashah. Bibirnya di ketap geram. ''Aku akan upah peguam untuk tuntut hak aku!''
''Silakan.''
Semakin membuak marahnya. Matanya tajam seolah nak terkam saja Mashah didepanya. ''Kau tunggu lah nanti!'' Usai kata tuan Zuhaimi keluar dari bilik dengan rasa dendam yang membara di hati.
Mashah mengeluh. ''Manusia yang tak pernah rasa cukup.'' Helanya perlahan.
Selesai saja majlis persandingan Adel dan Mashah, mereka turun dari pelamin persandingan untuk bersalaman dengan tetamu. Majlis yang di adakan dengan cukup meriah di sebuah hotel bertaraf lima bintang.
Adel didatangi dua sahabat karibnya iaitu Ayaa dan Aliya. Mereka bertiga berpelukan seketika.
''Del, why you Gorgeous sangat hah?.'' Puji Ayaa. Adel betul-betul kelihatan bagai seorang puteri dengan busana pengantin yang kelihatan mewah ditubuhnya.
''Aah Del you nampak cantik sangat malam ni.'' Adel hanya tersenyum bangga mendengar pujian temannya.
''Eh by the way mana suami you? Kitorang tak pernah lagi meet face to face dengan dia kan?'' Soal Aliya dan Ayaa hanya mengangguk meniyakan.
Mendengar soalan kawannya, Adel meliarkan pandangan matanya kedepan. Ntah lah mana pula si Mashah ni pergi. ''Kejap I pergi cari.'' Ish dah lah ramai orang dekat dewan ni. Dengan kain dia panjang seleret karpet lagi.
Adel berjalan mencelah tetamu yang hadir dan langkahnya kerap berhenti bila disapa oleh mereka dan ada juga yang mahu menangkap gambar bersamanya. Hendak tak hendak saja Adel melayan. Tumpuan kini hanya mencari Mashah.
Langkah Adel terhenti bila dia melihat kelibat yang dicari namun apa yang membuat hatinya sebal bila ada seseorang yang dia tak suka memeluk erat lengan Mashah dengan selamba. Bertambah sakit bila Mashah hanya membiarkan sepupu jauhnya itu menggedik dengannya. Kakinya melangkah laju kearah pasangan itu.
YOU ARE READING
Wasiat Cinta (adelmashah)
Literatura FemininaRE-EDIT SOON! Highest rank #1 in chicklit Bila kepala batu bertemu kepala batu, kau rasa aman ke nak hidup? Oh no! Tapi macam mana kalau Mashah memang diciptakan untuk Adel? ''You kena kahwin dengan I,'' mocha latte di cawan di teguk dengan sopan. ...