adelXmashah 4
¤¤¤
''Last time before atuk pass away, atuk ada pesan dekat papa sesuatu...'' Tajam mata tan sri Borheman memandang Adelina.
Adelina menjadi gelisah. Tak tahu kenapa tapi dia dapat rasa ayat yang seterusnya berkaitan dengan dirinya.
''ATUK wasiatkan dekat papa untuk kahwin kan Adel dengan Mashah.''
Dum! Seperti gendang yang kuat di ketuk di dada Adel. Dari duduk terus dia bangun berdiri. Hanya dia dan Adelan yang seperti terkejut beruk yang lain hanya pandangan biasa di lemparkan.
''What?! Why?! No!'' Dia menggeleng kepala. ''Adel tak nak. Why me?!'' Tengkingnya kuat.
''Adel please bahave!''
''No! Papa tak boleh buat Adel macam ni. Ini bukan drama ye nak atur-aturkan perkahwinan, beside I don't want to get married especially with this.....erghh!'' Jarinya menunding tepat ke arah Mashah dengan geram.
Ofcourse i'm not getting married with this annoying who on earth.
''Adel ni bukan keputusan papa, ini wasiat arwah atuk.'' Tan sri Borheman cuba menenangkan Adel. Dia tahu keputusan ini sangat berat untuk Adel terima.
Adel mendengus. ''Atuk dah meninggal kan, so tak perlu kot nak ikut wasiat atuk! Bukan dia tahu pun.''
''Adelina! Watch out your mouth! Jangan sampai aku lempang kau, boleh tak hormat arwah atuk walaupun dia dah tak ada!'' Merah muka Adelan menahan marah. Adelina sudah melebih. Biadap.
Adelina gigit bibir. Hidungnya kembang kempis menahan marah. Matanya mula terasa panas. Untuk sekian kali dia memandang setiap wajah di meja makan sebelum kakinya berlari ke tingkat atas.
''Biadap betul lah budak tu!'' Omel Adelan masih tak berpuas hati dengan reaksi Adelina.
''Lan, dah lah tu.'' Tegur perlahan puan sri Ameena.
''Tak ada lah ma, tengok perangai dia. Depan tetamu dia buat perangai macam tu. Pastu cakap macam tak ada akal, tak hormat langsung arwah atuk.'' Bebelnya. Puan sri Ameena hanya menggeleng kepala.
''Dah lah tu, nanti papa cakap dengan Adel kemudian. Kamu berdua naik lah dulu papa nak bincang berdua dengan Mashah.'' Arah papanya. Mashah yang sedari tadi diam angkat kepala bila namanya di sebut.
''Uncle nak tanya Mashah sesuatu boleh?'' Pandanganya tepat menghala pada anak kawan lamanya itu.
Air kopi yang sudah suam itu di teguk perlahan sebelum mengangguk pada pertanyaan tan sri Borheman. ''Tanya lah uncle, apa dia?''
Tan sri Borheman berdeham sebelum memulakan sesi soal jawab dengan bakal menantunya, ntah jadi ke tidak?
''Mashah betul-betul nak kahwin dengan anak uncle ke?''
Andra Mashah terbatuk kecil mendengar soalan bakal bapa mentuannya. Soalan itu mudah dan simple tapi jawapanya agak payah untuk di tutur. Kerana dia sendiri belum pasti dengan jawapanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Wasiat Cinta (adelmashah)
ChickLitRE-EDIT SOON! Highest rank #1 in chicklit Bila kepala batu bertemu kepala batu, kau rasa aman ke nak hidup? Oh no! Tapi macam mana kalau Mashah memang diciptakan untuk Adel? ''You kena kahwin dengan I,'' mocha latte di cawan di teguk dengan sopan. ...