AxM 18

9K 288 11
                                    

adelXmashah 18

¤¤¤

         MASHAH memerhati saja Adel yang sedang mengosok perutnya jelas semakin nampak bentuk itu. Hari ni genap tiga bulan usia kandungan Adel. Besyukur dia bila Adel tak buat keputusan gila-gila.

Takut juga dibuat Adel terfikir untuk gugur kandungan dia seperti Adel pernah terfikir untuk meminta cerai darinya. Otak gila Adel memang dia tak boleh nak jangka.

Tersenyum sendiri dia melihat Adel membebel pada baby dalam rahimnya, Adel salahkan babynya menyebabkan berat badannya bertambah mendadak. Dia tahu Adel cuma bergurau kerana dia mengelarkan diri dia mummy dan kandunganya sebagai little.

Adel duduk bersadar di kepala katil. ''Tengok ni sebab little mummy nak duduk pun payah, nak bernafas pun susah.'' Omelnya sambil mengosok perutnya. Tak sangka dah masuk tiga bulan, cepat sahaja rasanya.

Mashah bangun menghampiri Adel. Walaupun usia kandungan Adel masuk tiga bulan hubungan mereka tetap seperti dulu, tambah-tambah dengan emosi Adel yang kerap berubah. Bertahan saja lah Mashah menghadap perangai Adel yang entah bila nak berubah padanya.

Adel menjeling saja Mashah duduk diberai katil sebelahnya. Baru saja tangan Mashah nak menyentuh perut Adel cepat-cepat dia menepis, tersentap Mashah di buatnya.

''You nak buat apa?!''

Mashah tarik nafas menahan bergunung sabar dalam hati. ''I just want feel my baby inside your,''

''Your baby dekat dalam bukan dekat luar. Dekat luar ni kulit perut I.'' Entah lah, sejak mengandung ni makin dia tak selesa di dekati Mashah. Ada saja yang nak buat dia naik angin.

''Oh kalau macam tu I kena masukan tangan I dekat dalam la,''

Makin menringis muka Adel bila Mashah berkata begitu. ''Ishh!'' Bahu Mashah di pukul geram.

Masha ketawa kuat. Belakang badanya di tarik bersandang pada kepala katil sebelah Adel. Tersentuh bahunya dan bahu Adel serentak keduanya berpandangan sesama sendiri.

Mashah yang paling dalam merenung ke dalam mata Adel. Ingin menyelusuri ke dasar hati wanita itu. Dia nak tahu kenapa begitu susah Adel nak jatuh cinta padanya setahunya wanita itu tiada sesiapa pun yang dia cintai atau suka jadi apa yang menghalangnya untuk terima Mashah sebagai cintanya? Lain Mashah dia tersekat kerana dalam hatinya ada Nadeera. Tapi dia akui kini hatinya mula menjadi lain sejak Nadeera pergi meninggalkanya dan sejak Adel mengandungkan anaknya.

''Apa tengok-tengok?!''

Tersentap dia dari lamunan bila mendengar suara Adel, tapi tak juga pandanganya dialih dari merenung tepat mata Adel.

''Have you ever been in love?''

Lol? Dahi Adel berkerut. Mashah berdeham, hatinya baru terusik untuk ambil tahu tetang isterinya. ''You pernah bercinta?''

Air muka Adel terus berubah mendengar soalan tak terjangka itu. Jelas terlihat manik-manik dimata Adel. Mashah telan air liur. Dia salah tanya ke?

Tangan Adel di ambil dan di genggam kemas. ''No Adel, I'm sorry.. tak payah jawab pun tak apa. Kita tidur okay,'' Mashah melepaskan genggaman tangan dan ingin berlalu namun Adel pantas menarik tanganya semula.

Muka keruh itu di pandang. Kenapa Adel tiba-tiba berubah macam ni? Soalnya dalam hati. Tak pernah dia melihat muka sedih itu sepanjang hidup bersama wanita itu. Apakah dia tersalah soalan tadi menyebabkan Adel menjadi sedih macam ni?

Wasiat Cinta (adelmashah)Where stories live. Discover now