AxM 23

7.5K 264 18
                                    

adelxmashah 23

¤¤¤

         SAMPUL coklat di letak atas meja depan Mashah. Adelan duduk di kerusi depan Mashah.

Mashah memandang sekilas pada Adelan sebelum tangan menurut juga mengambil dan mengeluarkan isi dalam sampul tu.

Berkerut dahinya melihat gambarnya bersama Nadeera di dalamnya. Dia panggung kepala memandang Adelan.

'' aku jumpa dekat bilik Adel. '' aku jumpa dekat bilik Adel tu bunyi dia macam kau buat apa kat adik aku..

Mashah terkesima, baru dia faham kenapa Adel tiba-tiba berubah. Mashah duduk bersandar, keluhan berat dilepaskan.

Kenapa Adel? Kan sudah di pesan kalau ada apa-apa yang jadi tanya dulu padanya bukan menilai secara melulu.

'' mana dia dapat ni? '' nak tak nak saja suaranya keluar.

Adelan angkat bahu. '' mana aku tahu, that's why I give it to you. Mana dia dapat? ''

Nafas di tarik dalam. Kalau dia tahu awal-awal tak adanya dia dan Adel akan jadi macam ni. Dalam otaknya macam mana nak terangkan pada Adel tentang ni.

'' Dia ada jumpa sesiapa tak sebelum ni? ''

'' bila masa aku boleh masuk campur hal urusan dia sebelum ni? '' di ajukan kembali soalanya pada Adelan sakastik.

Adelan tepuk dahi. '' sebelum ni maksud aku lepas korang berbaik lah. '' nak aja di jentik dahi Mashah seperti mana dia selalu buat pada Adel.

'' mana ad... ''

Kejap? Seolah otaknya baru menghantar dokumen dalam ingatanya. '' ada. Hari tu sebelum dia jadi macam tu... tapi dia cakap jumpa Ayaa dan Aliya. '' tak mungkin lah Ayaa dan Aliya merancang semua ni.

'' cuba lah kau call Ayaa dan Aliya dan tanya, what's going on? ''

Mashah menggeleng. '' kau ada no budak berdua tu? ''

Adelan menjuling mata ke atas. Nasib baik dia ada menyimpan no dua kawan baik adiknya itu, ini sebagai langkah sekiranya berlaku kecemasan dan sekarang memang dalam kecemasan pun.

          MASHAH memanjat tangga ke tingkat atas... menuju ke bilik Adelina dan niatnya untuk meleraikan salah faham yang terjadi antara dia dan Adel.

Kusut kepalanya memikirkan mana Adel dapat gambarnya bersama Nadeera dan lagi pelik bila dia dapat tahu yang Adel bukan berjumpa dengan Ayaa dan Aliya pada hari tu, jadi siapa yang Adel jumpa sebenarnya.

Pintu Adel di buka perlahan tanpa mengetuknya dulu, terus terpancar muka Adel yang elok duduk berlunjur atas katil bersama majalah fesyen di tangan. Mukanya bengis saja memandang Mashah bagaikan memandang musuh di depan mata.

Dari duduk santai terus ditarik kakinya menjulur ke bawah, majalah di campak ke tepi. '' siapa benarkan you masuk bilik I? '' masih sama suaranya. Dingin.

'' we need discuss. ''

Adel tergelak kecil. '' no need. I tak nak discuss dengan orang yang tak jujur dari awal, ''

Berdeham saja Mashah, terasa dirinya bagai di perli... dia tahu memang Adel sedang memerli pun.

'' dan you... jujur ke dengan I? ''

Nah! Soalan menjeratnya. Adel telan liur, rasa termakan dengan perangkapnya sendiri. Matanya di bawa lari dari di baca lelaki hadapannya.

'' apa maksud you? '' mahu di tarik balik saja soalannya. Andai saja ini soalan memakan diri yang kali kedua sumpah dia akan sorokan mukanya dari Mashah.

Selamba punggungnya jatuh di birai katil. '' sit and I explain, '' arahnya walaupun...

'' I taknak dengar apa-apa dari you.. keluar! '' pintu bilik dibuka selebarnya.

Dah agak. Mashah bangun didekati Adel di pintu bilik...

Adel tercenggang. Sangkanya Mashah nak keluar tapi lain jadinya bila tangan Mashah menolak pintu bilik rapat dan menguncinya.

Mashah bersandar di pintu bilik yang baru dia tutup, matanya menjeling mencari mata Adel. Kali ni dia tak akan menurut.

'' I cakap I nak explain kan? ''

Adel mendengus. '' dan I cakap I tak nak dengar kan? ''

Tersenyum saja dia mendengar, walaupun mood Adel masih tak baik tapi dengar suara lembut dan perlahan Adel tu pun cukuplah buatnya.

'' kalau I cakap you kena dengar juga? '' sambil tangan dengan berani merayap ke perut Adel. Langkah di bawa dekat dan dekat... dia tunduk separa perut Adel dan melekapkan bibirnya di situ. '' daddy rindu anak daddy, '' bisiknya perlahan. Sayu saja suaranya pada pendengaran Adel. Dia rindu...

Tapi hatinya masih sakit. Dengan pantas dia menjauhkan dirinya dari Mashah. Mashah kaget, baru je nak berborak dengan babynya.

'' kenapa Adel? '' lemah nada suaranya bertanya.

Adel tarik nafas, dia juga terseksa begini tapi hatinya sakit. '' you boleh tipu keluarga I, tapi you tak boleh tipu I Mashah. ''

'' Nadeera. She my ex before you Adel, apa yang I tipu you? '' dia tak faham. Kenapa masalah Nadeera di besar-besarkan oleh Adel.

Adel pandang Mashah. '' jadi nama dia Nadeera? ''

Mashah angguk saja. '' ye Nadeera. Dan dia dah tak ada apa-apa dengan I. ''

Sakit pula hati mendengar Mashah menyebut nama tu banyak kali. '' she not my problem at all...    '' sikit je lah masalahnya pada Adel, yang selebihnya berkaitan Mashah yang dia tahu.

Mashah tercenggang. Dah tu kalau Nadeera bukan masalah Adel, apa pula menyebabkan Adel melayan dia begini.

'' jadi apa masalah you? '' dia menghampiri Adel.

Adel telan liur. Bila Mashah dekat begini mahu saja dia kalah diasak dengan perasaannya sendiri. Tak betah berdekatan dia membuka langkah tapi langkahnya terbantut bila Mashah menariknya dulu.

Di peluk Adel dari belakang, dia takkan melepaskan kali ni. '' sayang tell me why? '' lembut bayu suaranya menyapa telinga Adel. Ingatkan masalah berkaitan Nadeera yang menyebabkan Adel jadi begini.

Adel rindu. Suara ni, pelukan ini. Tapi hatinya sengaja di bekukan. '' lepaskan I lah. ''

'' not until you tell me why, ''

Adel gigit bibir, mahu saja mulutnya nak bersuara melepaskan semua tapi belum masanya lagi '' you jenis talam dua muka. '' itu saja yang keluar dari mulutnya.

Mashah bungkam, cuba di bawa Adel menghadapnya. '' talam apa pula? Bagitahu I jelas supaya I faham and I can explain you. ''

'' dah lah you tak payah nak berdalih lagi just let me go! I tak nak tengok muka you lagi! Pergi dari sini, pergi dari hidup I! '' kuat suaranya melenting. air mata yang di tahan dari tadi pecah juga menuruni pipi.

Mashah terdiam. Perlahan tanganya menurut kehendak Adel. Dia tak nak tengok Adel tertekan begini, walaupun hatinya sedih terpaksa jua dia menurut kehendak Adel.

Jarinya naik mengelap air mata yang membasahi pipi Adel '' kalau you nak I pergi... I akan pergi. Tapi jangan menangis macam ni, '' dahi Adel dicium pula kemudian kakinya di bawa keluar dari bilik Adel, sesuai dengan permintaan isterinya dia akan pergi... mungkin buat masa ini.

'' jaga diri sayang~ ''

¤¤¤


~dengan ini kak penulis nak cakap adelmashah dah nak sampai ke bab akhirnya.. kak penulis happy, korg happy tak hahaha~

Okay nak tanya ending mcm mne korg prefer?

~ adelmashah bercerai jua akhirnya?
~ diorg tak bercerai tapi mashah bawa diri sebab kecewa or;
~ cerita ni tergantung endingnya... yang mana kak penulis tak tau ada sambungan ke tak.. ( ada tak kak penulis kasitau yg kak penulis ni kejam orgnya 😈 )

Vote and comment for next update..

Wasiat Cinta (adelmashah)Where stories live. Discover now