adelXmashah 17
¤¤¤
DARIPADA tadi bibirnya tersenyum bahagia, dia melangkah mendekati Adel. Mama dan papanya sudah lama balik lepas seharian menunggu Adel sedar dari pengsan.
Adel mencebik saja bibirnya, dari tadi dia perhati Mashah yang asyik tersenyum. Ada ke patut kepalanya berbalut macam ni Mashah boleh tersenyum. Ini semua gara-gara kepalanya yang pening tiba-tiba dia jatuh dan terhantuk pada bucu meja, tak pasal-pasal dahinya ada lubang kecil.
''Yang you ni senyum daripada tadi kenapa? Daripada you buat I sakit hati kat sini baik you balik!'' Tak tahan melihat Mashah yang tak habis tersenyum padanya. Sangkanya Mashah mengejeknya sebab cuai.
Mashah duduk di sisi Adel. Bukan dikerusi tapi atas katil tempat Adel berbaring. ''Mana ada I sakitkan hati you, I datang nak jaga you ni.'' Perlahan suaranya menjamah telinga Adel.
Adel memalingkan mukanya ke tempat lain. ''Yelah tu.''
Mashah senyum. ''Yelah. Sakit lagi tak?'' Tanganya naik menyentuh dahi Adel yang masih berbalut.
''You pergi hantuk kepala you dekat meja dulu, baru you tahu sakit ke tak!'' Perasan akan emosinya yang mula berubah Adel menarik nafas panjang.
''Yelah I tak tanya dah.'' Mengalah dia nak bermesra dengan Adel. Tapi cepat dia tersedar penyebab perubahan emosi Adel, sedia maklum dia keadaan wanita itu. Mashah kembali tersenyum
Adel memandang Mashah dengan sebal. ''Eh yang you dari tadi asyik nak tersenyum kenapa? You nak ejek I eh?''
Mashah kerut dahi. ''Mana ada I ejek you, I senyum bangga dengan kehebatan I.''
Giliran Adel pula berkerut dahi. ''Gila,''
Mashah menarik bibir Adel tiba-tiba. Adel merengek minta di lepaskan. ''Tak baik tahu cakap suami gila. I nak from now on you kena jaga everything yang keluar dari mulut you ni, sebab I tak nak one day the bad thing yang keluar dari mulut you tempias dekat..'' Tarikan pada bibir Adel di lepaskan. Tanganya menyentuh perut Adel perlahan. ''...baby kita.''
Adel tergamam. Bulat matanya memandang Mashah. Serta-merta bulu romanya berdiri. ''Ba..ba..by?'' Adel telan air liur yang kian kelat di salurnya.
Dia memandang Mashah seakan tak percaya dengan apa yang dia baru dengar. ''I pregnant?'' Soalnya perlahan.
Mata Mashah tepat merenung mata Adel. ''Tiga minggu dah.'' Ujarnya bersama senyuman bahagia.
Adel mengusap perutnya perlahan. Masih belum nampak perubahan pada perutnya. Untuk kesekian kali dia mengeluh.
Tak sangka secepat ini benih Mashah melekat di rahimnya. Sejujurnya dia belum bersedia untuk ada anak, dia belum bersedia untuk menjadi seorang ibu sedangkan perkahwinan ini pun dia belum menerima sepenuh hatinya lagi.
''Woi mak orang buat apa dekat luar malam-malam ni?''
Adel mengelap pipinya yang basah sebelum menoleh pada Adelan yang bersandar di bingkai pintu.
Adelan menghampiri adiknya. Dia perasan Adel yang dari tadi berdiri di taman mini mamanya. Dalam keadaan adiknya yang mengandung sebolehnya dia menjaga emosi Adel walau akalnya teringin nak bergaduh dengan Adel. Berita Adel mengandung membuat seisi keluarganya bahagia terutama Mashah.
''Apasal monyok je ni?'' Bahu Adel dipeluk erat. Tumpah kasih sayang seorang abang pada adiknya.
Adel menjatuhkan kepalanya ke bahu Adelan. ''I'm become a mummy soon,'' Ucapnya dalam nada sayu.
''Dah tu kenapa sedih je ni?'' Bahu Adel di usap perlahan.
''But I'm not ready yet.'' Adel tarik nafas. Sepatutnya ini menjadi satu berita gembira bagi mana-mana pasangan yang berkahwin tapi tidak pada Adel.
Adelan menarik Adel menghadapnya. ''Ish tak baik cakap macam tu, ini rezeki dari Allah tau you should grateful to accept this.'' Nasihatnya lembut.
Adel mengeluh. ''I know but... not for this moment,''
Adelan mengetuk kepala Adel. Geram betul dia dengan Adelina ni. Anugerah terindah yang Allah bagi ni boleh pula dia cakap macam tu tak bersyukur langsung. ''Sis I think from now you should start learn to be real woman, sampai bila nak jadi this chicklit girl?''
Bercantum terus kening Adel. Kurang asam punya Adelan, dia stress macam ni Adelan sempat mengutuk dia lagi. ''Ish malas lah I nak cakap dengan you''
''I am proud of you sis... and I lagi proud kalau you appreciate your soon baby''
Adel mendengus. ''You cakap apa ni? I bukan tak grateful with this gift, I grateful and apprecite but just not ready.''
Adelan menarik Adel dalam pelukannya. ''Tak apa lah, just slow step okay. Lelama i'm sure you'll be happy and enjoy during ur pregnancy, that's all only mummy to be can feel it walau orangnya senakal you.'' Dihujungnya diserta hila tawa. Tak boleh berhenti untuk menyakat Adel.
Adel menepuk belakang Adelan yang masih memeluknya. ''Kau tak boleh kan kalau tak sakat aku sehari.''
''I can't stop, it's my hobby by the way I can't wait to be an uncle.'' Kepala Adel di cium laju-laju.
Adel tersenyum. Lega sedikit hatinya bila dapat luahkan apa yang dia rasa.
Mashah memerhati saja kemesraan dua beradik tu. Dia mengeluh, dalam benaknya dia menyangka Adel akan bahagia dengan berita ni tapi lain pula penerimaan wanita itu. Dia membawa kaki melangkah arah katil.
Kening Mashah bercantum makin pening dia. '' yang layak? Maksud atuk siapa?''
Hj. Arsyad tersenyum memahami kegusaran anak muda di depannya ini. ''Anak Mashah dan Adelina Nanti.''
Mashah bungkam. Anak? Jadi kahwin bukan sekadar kahwin? Kena ada anak juga? Mashah rasa dunianya berputar melayan jauh.
''Mashah!''
Mashah tersentap, terkejut dia mendengar suara Adel menjerit memanggil namanya. Bingkas dia bangun mencari tubuh Adel. ''Adel kenapa?'' Cemas suaranya bertanya.
''I nak tidur,''
Mashah tarik nafas lega, ingatkan kenapa lah tadi. Dia melihat Adel yang berdiri di sisi katil. ''Tidur lah.''
Adel menjuling mata ke siling. ''Yes, and you.. please go away from my bed.''
Mashah berkerut untuk seketika baru dia memahami apa maksud Adel. ''Emm.. kalau I nak tidur atas ni. Boleh?'' Tanganya menepuk tilam katil.
Pantas Adel menggeleng. ''No way! Ni katil I sorang. You pergi tidur tempat you.'' Halaunya.
Mashah menghiraukan kata-kata Adel. ''Lah apa salahnya kita dah buat lebih dah pun. Tuh buktinya..'' Jari menunding pada perut Adel.
Pipi Adel mula merona merah. Mashah ni kalau bercakap memang tak beragak. ''I tak kira, and FYI ini satu kesilapan kita dah you pergi.'' Katanya merangkap pada isi di dalam rahimnya.
Mashah menangkap tangan Adel yang giat menolak tubuhnya. Matanya tajam memandang Adel. ''Kesilapan?'' Intonasinya berubah tegang. Hatinya pedih mendengar luahan Adel.
Adel telan air liur, dia tahu dia dah salah cakap. ''Tak kan sikit pun dalam hati you tak ada rasa bahagia Adel?'' Sayu saja soalan itu keluar dari mulutnya. Pegangan tangan Adel di lepaskan, Mashah bangun berdiri melangkah ke pintu bilik.
''I tak kisah you tak nak terima I sebagai suami you, tapi jangan nafikan kewujudan 'dia' juga.'' Usai katanya terus dia membawa diri keluar dari bilik. Hatinya mula di hujani rasa kecewa.
Okay saya rajin nak update dua bab dlm satu hari sebab bab selepas ni mngkin akn slow sikit, slow sikit je hahahah! Okay serius serius. Disebabkan kesibukan yg tak boleh nk elak so bab lpas ni maybe mkn mase 3,4 hari atau one week bru ada hapedik im so sorry 😔 ☺
Vote and comment for next update..

ANDA SEDANG MEMBACA
Wasiat Cinta (adelmashah)
ChickLitRE-EDIT SOON! Highest rank #1 in chicklit Bila kepala batu bertemu kepala batu, kau rasa aman ke nak hidup? Oh no! Tapi macam mana kalau Mashah memang diciptakan untuk Adel? ''You kena kahwin dengan I,'' mocha latte di cawan di teguk dengan sopan. ...