AxM 12

8.6K 233 11
                                    

adelXmashah 12


¤¤¤


            ADEL berjalan berpusing-pusing dihadapan cermin, dia menarik baju kebelakang dihadapan cermin menampakkan perutnya yang kempis itu. Dia menggeleng kemudian.

Tak mungkin___ tapi..

Dia berjalan kearah meja laptop dan mengambil kalendar sisi laptop. Masuk hari ni sudah dua bulan haidnya tak datang. Perasan risau mula bertandang ke hati. ''Macam mana kalau...'' Perutnya yang kempis dipegang. Kalau dalam ni dah ada isi? Tak semena setitis air mata jatuh kepipinya.

Lagi teruk bila isi tu bukan dari si suami tapi dari lelaki lain yang menidurinya sebelum si suami. Adel duduk disisi katil. Tangan belum lepas dari memegang perutnya.

Goda mashah, tidur dengan kau___

Seolah ada suara yang berbisik menghasuknya. Dia bangun menengak, ''ye dengan cara ni je aku boleh tutup semua ni, at least kalau betul aku mengandung orang akan ingat ni anak mashah.'' Dan mashah sendiri pun akan ingat ni anak dia__

''Adel?'' Pantas saja Adel berpaling terkejut, turun naik dadanya melihat Mashah terjenggul depan pintu bilik yang sudah terbuka.

''Ish kalau nak masuk tu ketuk pintu dulu boleh tak?!'' Marahnya. Tanganya melekap didada. Dia dengar ke tak apa yang aku cakap tadi ek?

''Nak masuk bilik sendiri kena ketuk ke?''

Persoalanya membuat Adel mengjengkil mata kearahnya. ''Ini bilik I, bila masa I cakap nak kongsi bilik ni dengan you?''

''You tak cakap. Tapi sijil nikah kita yang cakap.'' Jawabnya selamba.

Adel nak menjawab tapi bila teringat akan plannya tadi dia menutup semula mulutnya. Dia memandang Mashah seketika. Mula perasaan berbelah bagi, nak menggoda lelaki seperti Mashah hampir menjadi sesuatu tak mungkin dalam hidupnya. Mashah it's not my taste.

''Mashah, I want ask you something?'' Dia mulakan rancangannya. Kaki disilangkan, skirt pendek yang dipakai sedikit terangkat menampakan peha gebunya.

Mashah memandang pelik, ini memang pelik. ''Apa dia?'' Dia berdiri bertongkatkan lengan ke meja makeup Adel.

''Kenapa you nak kahwin dengan I?'' Soalan jeratnya.

Mashah tarik nafas. ''Because...''

''Jangan cakap kat I sebab wasiat tu?'' Belum sempat Mashah habis bercakap Adel memotong.

''Malangnya itu saja jawapan yang I ada untuk you.''

Terasa dirinya tak menarik pada mata Mashah, bila lelaki itu berkahwin dengannya hanya kerana sebuah wasiat.

''Kenapa you ingat I kahwin dengan you sebab apa?'' Mashah mendekat denganya.

Kaki yang bersilang automatik jatuh, liurnya ditelan kelat. Rasa terbalik pula sepatutnya dia yang menggoda mashah tapi lelaki ini terlebih liar.

Kini Mashah berdiri betul-betul depan Adel, tubuhnya membongkok sehingga tapak tangan menyentuh katil. Badan Adel sedikit kebelakang.

''You nak buat apa?'' Dadanya mula berdebar dengan permainan Mashah.

Mata Mashah melirik ke tubuh Adel dari bawah sehingga berhenti tepat di dada Adel. ''I nak hak I.'' Matanya tepat menikam mata Adel.

Adel telan air liur namun tanganya laju menolak dada Mashah kuat, Dia bangun berdiri dihadapan Mashah. Mulutnya terngangga untuk membalas sebelum satu bisikan berbunyi ditelinganya semula.

Wasiat Cinta (adelmashah)Where stories live. Discover now