BAB 1

1.9K 52 15
                                    

"Wei Sya , hari ni turn siapa senamrobik ?",Farhana ,kawan aku tu tanya soalan sambil mulut dia tu ralik je duk kunyah bebola .Aisehhh man kawan ,tawar makanan dia kat aku tu tak ,aku pun lapar jugak . Tak sempat pun nak makan tadi 😭.Hari ni hari Selasa , So, bila sebut je hari Selasa , kuliah aku ni ada subjek kokurikulum but untuk Semester 1 je . Nanti Semester 2 dah takde dah .Semester nanti digantikan dengan kelas Dinamika.Then,setiap kali koko,setiap minggu tu jugaklah kelab yang berlainan yang akan handle sesi senamrobik.

"Entah,mana aku tahu . Aku cuma pandai menari je , Sape punya turn , aku tak ambil kisah",aku jawab je soalan Farhana sambil tangan aku dah gatal dah hinggap kat bebola dia , Aku lapar wei .Siyes aku tak tipu . Berkecur air liur aku tengok dia makan.Muka dia pun bila menguyah tuuu , perghhh , penuh dengan keasyikan ,Siapa yang tengop pun , komferm akan terliur.Mujurlah dia ni jenis kawan yang memahami.Muka dia pun redha je tengok aku ambil bebola dia . Huk huk😚.

"Hai guys.Dah lama sampai ?",tu dia . Dah mai dah team aku . Si Ain kenit,Aneesa ,Husna and Syak . Diaorang semua ni classmate aku but Syak for Syakirah ni kelas lain.Dia budak sekolah aku jugak dulu.Student pun dah ramai dah datang ke dewan ni.Jarum jam pun dah nak dekat pukul 2 petang dah . Kokorikulum ni strict sikit . Kalau kau datang selepas je jarum panjang jam melepasi pukul 2 , haa , gamaknya kau senamrobik sorang-sorang la kat belakang dewan tu. Dah bila geng dah cukup kan , kitaorang pun apa lagi .Cari port yang sesuai which is bawah kipas yang anginnya menderu kuat dan confirm boleh menghilangkan peluh ketiak kami ni.Sembang punya sembang ,penuh semangat sekali nak-nak si Aneesa tu,kalau dia dah start bercerita ,air liur dia tu merecik laju je ha bab peluru berpandu .Dahlatu,ngam-ngam mendarat kat atas tudung aku . Geli weii..Sambil bersembang tu,kitaorang tak lari dari menyelitkan sesi Melodi.Perkara ni adalah wajib.Well,pompuan kan .Gosip tu tak lari dari kehidupan kita orang.

Tengah duk syok berbual ni , MC dah panggil dah ."Perhatian kepada semua pelajar,anda dikehendaki berada di tempat masing-masing dan anda diminta untuk meluruskan barisan anda".Dari zaman aku bertudung kolot sampai la zaman aku bertudung yang boleh tahan , announcement ni je yang aku selalu dengar.Bosan dah aku .Tapi nak buat macam mana kan , dah procedure dia macam tu . Ikut je la 😒.

Aku pun sebagai seorang pelajar yang cemerlang lagi terbilang ni ,stay la kat dalam barisan ni . Mujur ada Husna dalam kelab ni , kalau tak mesti aku awkward sebab orang lain semua aku tak rapat walaupun satu kuliah dengan aku . Nak rapat dengan budak kelab aku ni makan masa jugak . Aku masuk kelas kawad kaki sebab aku minat berkawad .Nampak cool.

Kat atas stage tu , kelab khidmat masyarakat yang handle senamrobik hari ni.Sampai part senamrobik, mata aku ni terlekat kat mamat yang tengah cakap tu.Wei,bila masa dia ni wujud dalam kuliah aku .Bapak wei , comel gila.Suara dia pun ,Ya Allah comelnya. Melting aku siot.Ni takleh jadi ni, aku kena siasat ni."Okey,kira sama-sama ye ",aku ikut je segala step yang dia buat . Mata aku ni tak lari dari pandang dia .Biar la kat depan aku ni ada lagi lelaki yang hensem-hensem .Nak-nak si Warren Goh tu . Dia chinese tapi muka dia hensem yang teramat.Majoriti budak perempuan kuliah aku ni tangkap cintan dengan mamat ni . Tapi aku,mulai sekarang , aku dah terkeluar dari kelab peminat Warren . Aku nak masuk kelab peminat mamat comel ni .Apa nama dia pun aku tak tau.Takpe . Lepas ni aku siasat sebab sekarang ni aku duk syok bersenamrobik.Lagu BTS yang keluar ,memang tak la kalau aku tak join . I'm an Army okay 😍.

CRUSHWhere stories live. Discover now