G 1

13.9K 672 95
                                    

Jam aku kerling. Em, okay. Dah satu jam. Aku ulang sekali lagi, dah satu jam. Allahu, mana perempuan nih? Lama bebenar pula ke tandas. Berak batu ke apa?

Aku bangun dari kerusi kafe lalu air milo ikat tepi aku capai. Mata aku meliar memandang sekeliling.

Oh, patutlah tak sampai-sampai, berdating rupanya. Aku pun mengambil air milo plastikku lalu berlari ke arahnya. Baru sahaja aku hendak beraksi seperti Usain Bolt, badan aku merempuh seseorang.

"Eh, sorry sorry! Aduh, macam mana ni?!"

Kalut aku meminta maaf kepada lelaki yang telah ku langgar ini. Bukan setakat langgar je, habis air milo yang aku beli tadi tumpah di pakaian lelaki tersebut.

Lelaki itu memandang bajunya dengan mulut terlopong. Wajahnya merah.

"Apa sorry sorry?! Kau ni jalan mata letak mana hah?! Buta ke?!"

Tengking lelaki itu. Matanya mencerlung tajam ke arahku. Tanpa berlengah, sapu tangan yang belum aku guna ku seluk dari poket seluar lalu lantas tanganku mengelap pakaian lelaki tersebut. Namun, lelaki itu menepis tanganku kuat.

"Hei, apa raba-raba ni?! Jangan nak ambil kesempatan boleh tak?!"

Suara lelaki itu naik seoktaf. Bahuku sedikit terhinjut akibat tersentak dengan tengkingan lelaki tersebut.

Weh. Kejadah aku nak raba dia? Bukannya sado pun badan kau tu. Muka aku ni nampak macam perogol bersiri ke? Ambil kesempatan? Eii jantan ni mulut takde insurans betul. Kembang kempis hidungku menahan marah.

"Amboi amboi, mulut tu cakap baik sikit eh. Saya tak sengaja terlanggar awak lah. Raba? Saya nak tolong lap kan baju awak tu je lah. Tak nampak ke sapu tangan ni?!"

Sapu tangan itu aku goyang-goyangkan dihadapannya.

"Kau fikir aku percaya ke hah?! Dasar perempuan gatal!"

Tangan sudah ke genggam erat, tunggu masa nak melayang je nih. Dada berombak menahan amarah.

"Kau! Kau jangan nak carik gaduh eh!"

Kekuda sudah ku pasang. Haa masuk, masuklah kalau berani. Ini Akak Long Aisyah sudah mari.

Yusof memandang perempuan di hadapannya dari atas sampai bawah.

Gila ah perempuan ni. Siap pasang kekuda bagai. Nak silat aku ke apa?

"Kau yang cari gaduh dengan aku dulu. Pervert!"

Apa kau fikir kau pasang kekuda aku takut? Never okay never! Lengan baju aku sinsing sampai ke siku. Gua tarakk gentar lah!

"Pervert kau kata?! Bapak ah, kau ni memang nak kena!"

Melihat lelaki itu sudah menyinsing bajunya, Aisyah merasakan bahawa lelaki itu benar-benar mahu berlawan dengannya.

Hei, ini Ecah anak Ismail tahu tak?! Juara silat peringkat negeri Melaka tau. Black belt taekwando lagi. Kalau nak rasa tengkuk patah hidung berlubang tiga sini lah!

Memang Encik Ismail menghantar anak-anaknya belajar seni mempertahankan diri sejak mereka kecil lagi.

Yelah, demi kesenangan mereka juga nanti.

Tanpa disedari, ramai pelajar yang memerhatikan pergaduhan mereka.

Masing-masing berlawan renungan mata. Kalau mata ni ada keluar laser, dah berlubang dah muka masing-masing.

Tangan aku sudah mahu mencapai rambutnya rambutnya. Namun, sebelum selamat tiba di destinasi, tanganku dicengkam menyebabkan segala pergerakanku terkunci. Aku tersenyum sinis memandangnya.

Sejurus, kaki aku hayun menendang perutnya. Cengkamannya pada tanganku dilepaskan dan dia mengadu kesakitan. Badannya terbongkok-bongkok sambil kedua-dua tangannya memegang perut.

Tiba-tiba tanganku ditarik dari belakang. Aliya menarik tanganku kuat dan membawa aku jauh dari lelaki tadi.

"Cah, jom ikut aku masuk bilik."

Aku dah terpekik terlolong minta dilepaskan. Pekikanku diendahkan manakala dia menarik tanganku dengan lebih kuat.

...............

Sampai sahaja dibilik, aku merengus geram. Liya ni sibuk betullah.

Aku baru nak beraksi. Huh.

"Weh Liya, kau kenapa? Aku belum habis lawan lagi tahu?"

Aku melepaskan punggung di atas katil.

"Aisyah sayang, kau tahu tak kau carik pasal dengan sape tadi? Yusof Danial! Gangster sekolah! Kau sesedap je sepak dia tu dah kenapa?

Aliya menggoncang-goncangkan bahuku kedepan dan kebelakang.

Huh, gangster lah sangat! Pikir aku takut ke?

"Kenapa kalau dia gangster sekolah pun?"

Au berkata sambil menayangkan muka sepuluh sen.

"Ish kau ni, tak makan saman betul lah. Dia bukan setakat gangster sekolah je, dia tu anak pemilik sekolah ni. Kalau dia nak buang kau dari sekolah ni, kacang goreng je weh."

Aliya menepuk-nepuk mukaku. Eii minah ni. Sabar je lah.

"Aku tak kisahlah kalau dia nak report kat bapak dia pun. Aku bukannya buat salah. Apa nak takut?"

"Haa lagi satu, kalau dia report kat GPK HEM macam mana? Cikgu Mail tu garang dia masyaAllah macam singa kelaparan tahu? Serramm."

Cikgu Mail?

"Whatever lah."

Aku mencapai tuala lalu ke bilik air. Tak sabarnya nak jumpa kawan baru! Nasib baik aku satu kelas dengan Liya. Boleh gossip sepanjang masa. Hohohoho

...................

"Kurang asam punya perempuan!"

Yusof menghempas pintu bilikya kasar.

"Woi woi, pehal ni bro?"

Hampir tercabut jantung Asyraf Mukhlis, rakan sebilik Yusof apabila mendengar bunyi pintu dihempas kuat.

Dengan muka bengisnya, baju bertompok coklatnya lagi, haihh apa dah jadi ni?

Yusof pun menceritakan kisah Aisyah melanggarnya dari awal sampai lah Aisyah menghilangkan diri selepas menendang perutnya.

"Lah kau ni. Kan dia tak sengaja. Yang kau pi tuduh dia pervert tu kenapa? Hahahhaha."

Asyraf tergelak-gelak mendengar cerita Yusof. Dengan perempuan pun nak gaduh. Apa barang bro?

"Amboi, dah lah dia sedap-sedap je nak raba aku. Acah gangster pulak tu? Dia fikir dia siapa? Memang cari nahas lah."

Luah Yusof. Sebelah tangannya mengusap perutnya yang lebam akibat ditendang Aisyah.

"Kan dia nak tolong lap je. Kau ni alahai. Sensitip nau."

Asyraf bersuara lagi.

"No! Aku akan pastikan dia menyesal sebab cari pasal dengan aku. By hook or by crook!"

-

Uyaii hello geng, my first book atas dasar kebosanan and just for fun. Cerita ni tak ada kaitan dengan yang masih hidup, agama or bangsa ok apa aku merepek ni. See ya!!!!

GADUH [✔]Where stories live. Discover now