"Hai guys, long time no see!"
Satu suara yang cukup familiar menerjah masuk ke dalam telinga. Muka mamat acah handsome plus tak reti malu berkepit dengan girlfriend orang aku pandang dingin. Siapa lagi kalau bukan Adib Mikael?
Tangan dihulur dihadapanku tanda hendak bersalaman. Apabila melihat aku buat tak endah dengan salamannya, dia menarik semula tangannya. Padan muka kau. Pergi main jauh-jauh lah.
"Kau buat apa dekat sini?"
Aku bertanya sambil memandang wajahnya yang tidak hensem itu.
"Jomlah rehat sekali. Aku yang ajak dia."
Halah-halah dak Mai ni. Orang tak tanya dia. Sibuk pulak kau nak menjawab.
"Perlu ke ajak dia ni?"
Suaraku seiring dengan membulatkan mata memandang Mai. Mai membalas dengan renungan tajam.
"Eh takpelah bro, aku nak bla dah ni."
Adib akhirnya bersuara apabila suasana mula tegang.
"As you wish. Sila lah berambus."
Senyuman penuh gula aku hadiahkan kepada Adib. Sedar pun diri tu. Menyemak sangat dekat sini tu apahal? Sorry guys, i memang kuat jealous so sila tabah.
Sebaik sahaja Adib hilang dari pandangan, Aisyah Humairah yang tadinya manusia bertukar menjadi hulk. Badan aku pula menjadi sasaran utama. Hempukan berbalas hempukan melekat pada badan.
"Ampun sayang, ampun!"
Rayuku. Aisyah berhenti memukulku lantas sengihan aku mula muncul dibibir. Oh, panggil sayang baru nak berhenti ya? Aip, gatal tau dia ni!
"Sayang kepala hotak kau!"
Aku redha apabila kepalaku dihempuk dengan pencil case hello kitty miliknya.
"Halah-halah, panggil sayang pun nak marah!"
Aku mencebik.
*
Pak!
Buat kali yang ke-18, jari aku dipukul dengan pembaris kayu panjang yang berukuran 25cm. Aku nak menjerit pun rasa macam dah tak ada suara.
"Kau degil?"
Aku geleng menjawab pertanyaan tersebut.
"Nak kena lagi?"
Gelengku lagi dengan mata yang sudah bertakung dengan air. Kepala aku tundukkan memandang buku latihan matematik.
"Aku tanya tu cuba jawab."
"Tt-tak nak.."
Suaraku perlahan. Cukup perlahan.
"Cuba cakap kuat sikit. Kau fikir aku dengar ke apa yang kau cakap tu?"
Air mataku mula menitis. Apa? Aku sedih tau.
"Marah sikit nangis. Marah sikit je nangis. Aku hempuk satgi kang. Ei, budak nih."
Tangannya dihalakan di hadapanku tanda geram.
"Eh yang kau nak marah-marah aku tu asal?"
Air mata aku kesat kasar lalu mendengus.
"Yang kau tu marah-marah aku asal? Memang ah aku sedih."
"Fuh Ucop, tak sangka kau makin lama sikap gedik kau tu semakin menjadi-jadi ya."
"Gedik dengan kau je~"
"Sumpah meremang tho."
Muka cringe tahap 1000000000 terpapar pada wajah cantik Mai.
"Sudah la Mai. Kalau suka cakap je suka. Takyah susah-susah nak nafikan kenyataan."
Senyum gatal aku pamerkan.
"Kau tahu tak-"
"Tak tahu."
"Kau nak makan kaki ke cemana ni?"
"Okok teruskan hehe."
Aku dijeling seketika sebelum Mai meneruskan kata-katanya.
"Kau tahu tak-"
"Tak tahu."
"Weh syaiton, kau tak buat aku naik angin tak sah en?"
Halah-halah, kita nak bergurau pun tak boleh.
"Ok tadi last. Haa, cakap-cakap."
"Blah kau. Stress aku."
Aku terdiam sejenak apabila Mai mula meninggikan suaranya. Satu idea muncul tiba-tiba muncul dikepala.
Uhuk! Uhuk! Uhuk!
Aku melepaskan batuk yang agak kuat. Apabila melihat Mai masih setia memandang bukunya, aku batuk dengan lebih kuat.
Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk!
Sapu tangan aku keluarkan dari poket bagi menampakkan lakonanku lebih menarik. Mulut aku tekup dengan sapu tangan dan kepala aku letak di atas meja. Batuk masih jelas kedengaran.
Wajah Mai sempat aku kerling dengan ekor mata. Cuak gila.
"Eh Ucop, kau kenapa ni?"
Kerusinya dipusing menghadapku. Belakang badanku yang berlapik dengan baju ditepuk perlahan. Dengan sengaja, batuk aku lepaskan tanpa henti. Tangan aku angkat tanda aku tidak apa-apa.
"Weh Yusof, Yusof Danial? Kau okay tak ni?"
Suaranya jelas tampak kerisauan. Senyuman yang hampir terpancar dibibir aku tahan seboleh mungkin. Lakonan aku lanjutkan dengan merebahkan diri di atas lantai. Hebat bukan?
Mai nampaknya semakin tidak senang duduk. Malah, dia mula menjerit meminta tolong. Ok, ini bahaya.
Pelajar yang berada di sekitar pondok ilmu mula berkumpul di sekelilingku. Terdapat juga tiga orang makcik pekerja pembersihan melihat kejadian yang berlaku. Dalam sedar, aku sudah mula cuak.
Nampaknya, lakonan aku terlalu hebat sehinggakan hampir seluruh manusia di sekitar tempat aku berada datang berkumpul.
"Eh bahaya ni, kena bawak pergi hospital!"
Kata salah seorang makcik pekerja pembersihan yang berada di sampingku.
"Weh korang budak lelaki dua orang ni tolong angkat dia."
Mai pula bersuara. Kata-katanya membuatkan aku kaget tak semena-mena. Oh my god gais, ini sumpah bahaya!
"Eh takpe-takpe, saya dah sihat dah. Semua boleh kembali buat kerja masing-masing ya."
Aku berkata sebaik sahaja budak lelaki itu hendak mencempungku bangun. Senyuman segarit aku tayang. Kekok plus malu sebenarnya.
"Apa ni bang? Buat lawak ke apa?"
Tanya seorang budak perempuan dihadapanku. Mukanya jelas bengang. Mai disebelah aku pandang. Asap-asap sedang keluar di hidung dan telinganya. Seperti dinasour yang sedang menghembuskan nafas amarahnya.
"Maaf ya semua. Saya cuma berlakon untuk ujibakat teater je tadi tu. Hehe."
Segala sumpah seranah, cemuhan serta jelingan maut di hadiahkan kepadaku. Orang ramai semua bersurai dengan ketidakpuashatian.
"Kau fikir kelakar ke ha?"
Makcik cleaner yang masih tidak berganjak bersuara sambil memegang batang penyapu. Aku senyum kelat lantas sedia membuka langkah seribu. Makkkkk!
YOU ARE READING
GADUH [✔]
Подростковая литератураfikir kelakar la tu? start; 11/5/2017 end; 16/12/17