Maaf lambat update 🙏
*
Angin sepoi-sepoi bahasa petang ni. Cuaca pun redup je pendek citer, memang tersangatlah nice untuk aku and the geng melayan perasaan. Ditambah pula dengan 'port' melepak kat pondok tepi padang ni, masyaAllah boek giler.
Syok pulak bila refresh balik memori indah yang dicipta dekat sini. Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tunku Aziz atau lebih senang disebut, SMKSTA, Melaka.
Kalau nak dikira balik en, tak sampai setahun pun aku sekolah kat sini. TAPI banyak gila kenangan manis dapat aku cipta. Betul lah kata orang, zaman persekolahan memang best. Lagi-lagi kalau senior year macam aku ni.
Jujur lah aku bagitahu, aku tak ready langsung nak tinggalkan alam persekolahan ni. Berat sangat hati aku nak berambus.
Haih padahal, dulu aku la yang beriya-iya nak cepat habis sekolah. Nak bebas. Nak kerja. Nak have fun and kalau boleh taknak dekat dengan buku.
"Uii girls."
Suara Aliya menyentakkan aku dari lamunan. Aku menoleh ke arahnya lalu menjongketkan sebelah kening.
"Got to go. Mak aku dah sampai tu haa. Sudah-sudah la tu melayan perasaan. Yang lepas tu lepas, yang syok simpan dalam hati. Yang sedih campak jauh and yang sekarang kita teruskan. Okay?"
Aliya senyum. Tangannya didepakan. Kami berdiri dan berpelukan buat beberapa saat. Yes, ada betulnya apa yang Aliya cakap tu. Tak sangka, pandai jugak dia berfalsafah. Selalunya mulut minah ni cam longkang je.
"Aku sokong. Dah ah, papepun jangan lost contact eh. Whatsapp on jangan tak on lak."
Iman pula bersuara. Kami bertiga mengangguk serentak dan masing-masing melepaskan tawa.
Usai je Aliya meninggalkan kami, Ayah dua ekor kembar ni pulak datang.
"Mana bapak kau Cah? Selalunya kau yang chaw dulu?"
Sebelum pergi, Anis bertanya. Risau mungkin nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.
"Japgi sampai la tu, nak mengemas barang-barang kat pejabat katanya."
Terang aku ringkas.
"Oh okay ah camtu. Kitorang bla dulu eh? Take care tau!"
"Orait, korang pun!"
Aku senyum sambil melambai ke arah diorang yang semakin jauh dari pandangan.
Jam barbie di tangan aku lihat. Dah pukul 5:30 dah ni. Semua orang dah balik dah pun aku rasa. Cuma ada dalam empat ke lima orang je tinggal.
"BAHHHH!"
"Oh mak kau hitam!"
Latah aku bila badanku di seperti ditolak dari belakang dan menyebabkan aku jatuh menyembah bumi. Setepek jugaklah kena. Hidung ni pun rasa nak patah.
Aku perlahan-lahan bangun. Telinga aku dapat menangkap suara lelaki sedang gelak terbahak-bahak. Syaitan manalah main terperanjat kan orang ni? Cari pasal betul.
"Babi kau-" Baru sahaja aku nak menyumpah seranah makhluk Allah yang perangai tak ubah macam syai- em papa rupanya.
"Apa Mai cakap tadi eh? Papa kurang jelas lah."
Papa tetiba beriak serious dan mendekatkan telinganya kepadaku. Hek eleh. Dia yang kacau orang. Kan takpasal-pasal dah di'babi'kan oleh aku. Nasib baiklah ayah aku sendiri.
"Hehe ter-carut pulak."
Aku sengih. Papa menjulingkan bola matanya ke atas.
"Terkejut tak?"
Giliran papa pula tersengih-sengih. Ei, nak je aku tumbuk- takdela gurau je hoho.
"Terkejut sangat pa. Sampai rasa cam nak belasah orang pulak skang nih."
Aku bersarkastik. Papa gelak.
"Amboi, berani ke?"
"Eleh mentang-mentang dia ayah boleh ah citer."
Aku mencebik sambil mengangkat barang menuju ke kereta.
"Hahahah dah jom balik!"
*
"IM HOMEEE!"
Pintu rumah yang terbuka luas itu aku terjah. Tangan aku depakan dan menghirup bau 'rumah' yang agak lama aku tinggalkan sebelum SPM haritu.
Oh no man, apakah bau busuk ini?
Hidung aku tekup. MasyaAllah, apa kes yang busuk sangat rumah ni?
"Ehhhhh adik kesayangan abang dah balik!"
Tegur Abang Farhan yang sedang duduk bersama Abang Faiz di sofa yang terletak di tengah rumah. Dia senyum dan mendapatkanku.
"Woi Paan!"
Baru sahaja di hendak memelukku, Abang Faiz memanggil. Mukanya dimasamkan.
"Pe dia?"
Abang Farhan menoleh.
"Kau panggil Mai adik kesayangan? Habis aku ni?"
Abang Faiz mendekati kami. Jeles lah tu.
"Kau dia tak berapa nak sayang la maknanya."
Aku menjawab sambil mencuit hidungku sendiri. Ala-ala gaya bongkak gitu.
"Eh takde-takde. Aku adik kesayaangan dia sepatutnya. Kau nombor dua."
Abang Faiz ni memang dengki dengan aku. Tulah satu masalah dia.
"Dah dah. Dua-dua aku sayang. Dah jom peluk sesama. Hoho."
Kami bertiga tersengih dan berpelukan. Rindu gila dua ekor bangla ni.
Eh sebelum terlupa, aku melepaskan pelukan dulu.
"Wait eh.."
Aku melangkah masuk ke dalam. Huh, tepat dah jangkaan aku. Aku tak tahula ni rumah ke tempat pelupusan sampah.
Bayangkan, dua orang lelaki bujang stay dalam satu rumah. Papa ngan aku memang stay sekolah. Aku dah hagak dah benda ni jadi.
"Apa siak korang buat kat rumah time Mai ngan papa takde? Macam tongkang pecah dah ni."
Aku membebel sambil berjalan memeriksa keadaan rumah yang tak serupa rumah sekarang ni.
"Hehe apa? Biasa je rumah ni abang rasa."
Abang Farhan berkata.
Langkah aku terhenti di sofa.
"Ni boxer sape lak campak kat sini?"
Aku memandang mereka berdua tajam. Masing-masing mengelak pandanganku. Abang Farhan bermain dengan pintu manakala Abang Faiz pula acah-acah sibuk memeriksa kuku. Jahanom tul.
Papa melangkah masuk. Sama seperti reaksiku, papa ternganga.
"Ya Allah ya tuhanku, apa korang berdua buat kat rumah ni haaa?!"
Papa menjerit kuat.
"Budak ni pa, dia yang buat sepah!"
Tangan Abang Faiz laju menunjuk Abang Farhan yang bermain di pintu.
"Eh hengko cakap baik sikit eh. Sama-sama buat sepah, aku lak yang kena sorang. Tu yang kat sofa tu pun boxer kau!"
Abang Farhan membela diri.
"Banyak hensem muka kau, tu boxer kau punya kay. Aku duk rumah mana pakai boxer!"
Abang Faiz mula melawan. Dan hampir 15 minit jugalah diorang ni bertengkar menyalahkan masing-masing sebelum papa bersuara.
"Sudah! Papa rasa tu boxer papa."