G 7

4.5K 426 32
                                    

AKU membuka mata perlahan-lahan. Dan ya, selesai sahaja pengebumian mama pagi tadi, aku pengsan buat kali kedua. Mungkin tak sanggup menghadapi kenyataan? Ya, memang aku tak sanggup. Aku tak kuat. Aku tak reti nak tunjuk yang aku ni kuat. Aku lemah. Tersangatlah lemah.

Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah, papa dan kedua-dua abangku masih dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Apa yang aku tahu, Allah Maha Adil.

Mereka masih dirawat di hospital. Sudah semalaman mereka di sana tetapi mereka masih tidak menyedarkan diri. Doktor kata papa dan abang-abangku hanya mendapat kecederaan luar sahaja. Tapi kecederaan yang agak teruk di bahagian kepala mereka.

Peninggalan mama mungkin memberi hikmah kepada aku. Allah lebih sayangkan mama kan? Aku sedih. Tapi apa aku boleh buat? Nak suruh aku menangis? Melalak? Menjerit tak tentu hala macam ibu hilang anak? Tak perlu lah kot. Sia sia. Mama tak akan kembali. Aku menangis air mata darah sekali pun, mama tak akan hidup semula.

Segala urusan kematian mama diurus oleh Pak Long dan Mak Long saudaraku. Mereka jugalah yang menenangkan aku saat aku keseorangan tanpa sesiapa pun disisi. Sesungguhnya mereka sahajalah satu-satunya ahli keluargaku selain papa, mama dan abang-abangku. Mama anak tunggal. Papa pula hanya mempunyai seorang kakak iaitu Mak Long.

Aku duduk di kerusi yang terletak di sebelah katil papa. Kepala papa berbalut. Tangan papa aku genggam erat. Menyalurkan kekuatan kepadanya. Wajah Abang Farhan dan Abang Faiz yang katilnya bersebelahan dengan katil papa aku pandang sayu. Sebak dada aku. Air mata bertakung di tubir mata. Belakang badanku diusap perlahan oleh Mak Long.

"Mai sabar ya. Ingat Allah. Doa banyak-banyak."

Mata Mak Long aku pandang. Redup sahaja pandangannya itu. Sama seperti mama memandangku. Aku bangun dari kerusi. Badan Mak Long ku peluk. Dia membalas. Aku akhirnya menghamburkan tangisan yang di tahan. Sakitnya Ya Allah. Pedih sangat hati aku. Pedih menanggung semua ni.

"Sshhh. Jangan nangis sayang. Tak cantik dah rupa tu."

Aku tergelak kecil. Pelukan aku lepaskan. Mata Mak Long aku tatap. Dialah yang meneman aku di hospital sejak balik dari tanah perkuburan tadi. Pak long sudah minta izin untuk pulang dahulu kerana dia ada urusan di pejabatnya.

Hati aku sakit sebenarnya. SAKIT SANGAT. Rasa macam tak sanggup je nak tempuh hidup ni lagi. Tak sangka. Tak sangka aku hilang mak waktu usia yang bagi aku cukup singkat. 17 tahun. Sekejap sangat mama pergi. Cepat sungguh. Terlalu cepat sehingga aku sendiri tak sempat nak memohon ampun darinya.

Mak Long menghulurkan telekung kepada ku. Aku menatap telekung itu lama.

"Mai pergi solat zohor dulu. Papa biar Mak Long jagakan ya."

Mak Long senyum. Manis. Senyuman yang cukup untuk mengurangkan kegusaran di hati aku. Telekung aku capai dan aku berlalu ke surau. Signboard surau aku cari.

"Ecah!"

Satu suara memanggilku. Aku menoleh. Kelibat Aliya, Anis, dan Iman aku lihat sedang menuju ke arah ku. Masing-masing mempamerkan riak risau yang teramat. Kami berpelukan sesama sendiri.

"Kau okay?"

Aliya bertanya sambil memegang kedua-dua bahuku. Aku memandangnya sayu. Kepalaku menunduk ke bawah. Masih berlegar-legar saat mama ditembak oleh perompak jahanam tu. Air mata menitis lagi. Sumpah, kalau aku dapat perompak tu, aku bunuh dia!

"Ya Allah weh. Kau sabar ya. Kitorang ada dengan kau. Kitorang akan sentiasa bersama kau. Kau kena kuat."

Aliya berkata lalu tangannya mengelap air mataku. Aku menganggukkan kepala.

GADUH [✔]Where stories live. Discover now