G 9

4.3K 368 31
                                    

DARI jauh aku memerhati gelagat Adib bersama seorang perempuan. Tak tahu lah kenapa aku rasa macam marah sangat bila nampak diorang berdua. Si Mai tu, tersengih-sengih. Ish, geram pulak aku. Kalau dengan aku, aku pandang sikit je si Mai tu dah melenting. Menyampah betul. Tangan ku kepal erat. Langkah ku atur menuju ke Mai yang sedang termenung sambil tersengih-sengih selepas Adib kembali ke khemahnya.

"Hoi!"

Aku menegur lalu menepuk bahunya. Dia tersentak. Mukanya yang tadi ceria berubah masam. Tangannya diangkat menepuk bahuku semula. Kuat. Amboi, aku tepuk perlahan je yang dia ni over sangat apa hal? Bahu yang ditepuk olehnya aku usap perlahan. Uish, pedih gak.

"Kau nak apa ni? Dah tak reti-reti nak bagi salam? Main tepuk-tepuk bahu orang pulak. Huh."

Dia merengus geram. Kan aku dah kata. Pantang nampak muka aku, mesti nak hangin satu badan. Aku berdiri di sebelahnya. Tangan ku seluk ke dalam poket seluar.

"Saja. Takkan nak tegur pun salah?"

Aku berkata sambil mataku ralit melihat ahli kadet bomba yang lain memasang khemah. Cikgu yang suruh aku periksa sebenarnya. Khemah aku dah siap pasang dah. Biasalah, abang dah pro.

"Nak tegur tu tak salah. Cara tegur tu yang salah. Ni lagi satu, kau memang tak ada tempat lain ke pergi? Sibuk je lah kat sini. Ganggu pemandangan orang betul."

Mai menjulingkan matanya ke atas. Dia mencebik. Aiseh, kalau si Adib tu tepuk bahu dia tak ada pulak dia marah, bila aku tepuk sikit kecoh satu dunia. Aku bukan jealous eh, cuma menyampah. Bukannya aku tak kenal si Adib tu, playboy tegar kat sekolah. Bab tackle hati perempuan ni celah gigi dia je. Untunglah, rupa ada. Siapa je tak cair. Handsome bhai. Aku yang lelaki ni pun melt tengok dia. Eh?! Tak ada lah aku gurau je. Aku bukan gay.

"Bende do? Aku yang kacak lagi tampan ni kau cakap ganggu pemandangan? Kau biar betul? Baik kau pakai cermin mata kau tu. Aku rasa penglihatan kau dah teruk dah ni."

Aku berkata sambil tanganku meraup rambutku ke belakang. Panas!

"Bla la kau, Yusof. Nak muntah aku tengok muka negro kau ni."

Mai membuat gaya seperti hendak muntah. Kurang ajar betul. Minah ni saja nak naikkan api kemarahan aku tau.

"Kau ni saja nak buat aku marah kan?"

Aku merenungnya tajam. Dia mempamerkan riak selamba.

"Ha'ah. Memang aku sengaja. Asal?"

Dia menjawab dengan tenang. Oh, kita bagi betis dia nak peha. Kita nak baik, dia nak gaduh ya. Fine. Aku berjalan meninggalkannya. Sakit hati kita tau! Haa, pergilah kau dekat Adib si playboy tu!

...............

"Squad!"

Yusof menjerit memanggil ahli kadet bomba beratur dalam barisan. Pengagihan kumpulan akan dijalankan bagi memudahkan lagi aktiviti petang nanti.

Melihat semua ahli sudah berada di hadapannya, dia memulakan sesi pembahagian kumpulan. Setiap ahli menyebut nombor dari satu hingga enam. Setelah selesai, dia memanggil kumpulan satu, dua, tiga dan seterusnya beratur dan berkumpul dalam pasukan masing-masing.

"Ala weh, kita semua tak sama kumpulan."

Aisyah merintih. Tak best lah kalau tak ada geng. Dia kumpulan satu, Aliya kumpulan dua, Iman kumpulan tiga manakala Anis kumpulan empat. Masing-masing berbeza kumpulan.

"Tulah. Hmm."

Iman bersuara.

"Aku kira sampai tiga. Siapa yang tak pergi dekat kumpulan dia lagi aku denda! Satu! Dua!"

Terkocoh-kocoh Aisyah, Aliya, Anis dan Iman beratur di ahli kumpulan mereka.

Sesampai sahaja Aisyah di kumpulannya, satu suara menegurnya.

"Hai."

Guess who? Oyemji, Adib Mikael do!

"Hai Adib."

Aku melemparkan senyuman semanis gula. Ni kalau dia tak cair ni tak tahulah aku nak kata apa.

"Tak sangka kita satu team kan."

Dia tersengih. Bahagia nampak? Siapa je tak bahagia bila dapat satu kumpulan dengan wanita paling cantik di abad ini? Ahaks. Sorry, aku memang ada penyakit perasan.

"Kalau jodoh tak kemana."

Tambah dia lagi. Amboi. Lain macam bunyinya. Meremang bulu hidung. Mata ku tumpu ke arah Yusof yang sedang memberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan. Dari sini nampak macam hensem pulak. Eh?!

"Okay sekarang aku nak setiap kumpulan pilih seorang ketua. Cepat."

Yusof memberi arahan kepada kami semua.

"Adib, kau lah jadi ketua."

Seorang lelaki memberi cadangan. Semua terangguk-angguk setuju. Aku on je. Tak kisah siapa pun.

"Baiklah, memandangkan sekarang dah pukul 11:00, kita akan masak untuk makan tengahari kejap lagi. Barang-barang semua boleh amik dekat depan. Faham?"

Yusof memberi arahan lagi. Semua mengangguk.

Setiap kumpulan berkumpul di port memasak masing-masing. Begitu juga dengan kumpulan aku. Memandangkan si Yusof tu tak ada kumpulan lagi, dia telah pun buat keputusan untuk masuk ke dalam kumpulan satu. Hah, kumpulan aku lah apa lagi. Menyampah la dia ni.

"Siapa kat sini pandai masak?"

Adib bertanya. Group aku ada 5 perempuan 6 lelaki, termasuk Yusof sekali. Yang perempuan semua aku tengok menggeleng-gelengkan kepala. Apa jenis perempuan tak reti masak ni? Kejadah! Aku pun tak reti hahahaha.

"Alah, masak je pun. Senang je nih."

Yusof bersuara. Dia menjadi ketua ketika kami memasak. Semua ikut je arahan dia. Yang paling tak boleh diterima, asyik aku je kena suruh.

'Mai ambil garam!'
'Mai potong bawang!'
'Mai ambil pisau!'

Mai Mai Mai. Macam lah aku sorang je dalam kumpulan tu. Naik patah pinggang aku ni jadi kuli batak dia.

Akhirnya setelah bertungkus lumus memasak. Lauk pauk siap pun akhirnya. Tak sangka sedap jugak si Yusof ni masak. Ada sambal sardin dan kacang goreng. Simple tapi sedap.

Usai menjamu selera. Semua ahli kadet dibenarkan rehat dan menunaikan solat zohor. Pukul 2 kena berkumpul balik.

Baru sahaja aku nak mengatur langkah ke khemah, lenganku seperti ditarik dari belakang. Aku menoleh. Ehem, Adib rupanya.

"Saya ada benda nak bagitahu awak ni."

Dia bersuara. Bunyinya macam serious. Pegangannya di lenganku masih tidak dilepaskan. Aku diam tak berkutik. Memberi sepenuh perhatian kepada perkara yang ingin di sampai olehnya.

"Ya, apa dia?"

Aku bertanya lembut. Entahlah, bila depan dia je aku jadi perempuan melayu terakhir pulak. Ahaks.

"Awak boleh tolong tak?"

Aduh, bikin suspen la dia ni. Nafasku hembus perlahan-lahan.

"Tt-tolong apa?"

Aku membalas ragu-ragu. Pandangan ku alihkan ke arah lain. Tak sanggup melihat panahan matanya. Boleh berterabur iman tengok kekacakan dia yang luar biasa ni.

"Tolong balas cinta saya?"

Nak tampar ke nak pijak ni?

................

Sorry! Terlupa nak promote pulak 😂

Here i want to promote 'Pencuri Hati' by eyzaismail

Cerita ini masih fresh dan segar dari ladang wattpad lagi. So kalau taknak rugi baik pi baca cepat. Saya sudah baca, anda bila lagi? Byebyee!

GADUH [✔]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang