G 25

3K 252 32
                                    

Yusof Danial's POV

"Baiklah calon-calon, sila semak kertas soalan anda. Pastikan anda menerima kertas SPM Bahasa Melayu dan mempunyai 38 bilangan muka surat. Selesai semak, sila tulis angka giliran dan nombor kad pengenalan. Sebarang masalah sila angkat tangan. "

Suara pengawas peperiksaan memberi penerangan bergema di dalam dewan yang penuh dengan debaran. Bapak ah. 38 muka surat do.

Pejam celik, pejam celik, dah mula dah hari penentuan bagi aku and the geng. Kertas soalan aku pandang. Bismillah aku baca sebelum kertas soalan diselak.

Okay lek Ucop lek. Soalan aku pandang satu per satu. Peluh dapat aku rasa sedang mengalir di dahi.

Bukan sebab takut, tapi sebab aku duduk jauh dari bawah kipas. Bawah kipas aku boleh terima lagi, tapi yang kena duduk jauh dari Mai tu broken gak lah sikit.

Takdir memang tak berpihak kepada aku nampaknya. Paling sedih, aku duduk dekat line paling hujung, paling belakang sekali.

"Peperiksaan akan bermula tepat pada jam 8 dan akan berakhir pada jam 10. Seperti yang anda sedia maklum, calon tidak dibenarkan keluar pada 30 minit pertama dan 10 minit terakhir."

"Jam sekarang sudah menunjukkan tepat jam 8. Calon boleh mula menjawab."

Tanpa melengahkan masa, aku mula menjawab dengan penuh tekun.

Suasana sepi dan sunyi menambahkan lagi tekanan.

1 jam 30 minit berlalu dengan sangat pantas. Hampir semua soalan sudah aku jawab.

Kemudian, aku berpatah balik menyemak soalan yang aku tinggalkan.

Soalan KOMSAS.

ALA ALA ALA!!

AKU TAK BACA SAJAK NI.

WATHEEE

BENDA YANG AKU TAK BACA LA KAU NAK KELUAR.

TAKGUNA BETUL.

Aduh.

Why?

Kenapa?

Kenapa guys?

Kenapa time ni jugalah aku rasa nak buang air besar?

Oh tuhan, mengapa?

Kepala aku letak di atas meja. Fikir Ucop, fikir! Should i go to the toilet? Or not?

Pergi?

Jangan?

Pergi?

Jangan?

Kalau aku pergi, confirm tak sempat punya nak buat soalan ni.

Tapi, kalau aku tak pergi, satu dewan ni akan menghidu bau yang sungguh menyenangkan. Adakah mereka bersedia?

Dan aku? Mungkin perlu telefon mak aku supaya hantar seluar dalam baru. Tapi aku risau mak aku selongkar seluar dalam aku lah pula.

Nafas aku tarik sedalam-dalam yang mungkin. Cuba menahan rasa hendak melabur ini.

Tapi, aku memang tak baca langsung sajak ni. Sikit pun tak.

Dalam kesengsaraan menahan rasa yang penuh keperitan ini, aku cuba mengintai jawapan murid lelaki cina di meja sebelah. Maaf, aku tahu perbuatan ini salah. Tapi apakan daya. Aku sudah tidak berdaya. Ini sahaja jalan yang mampu aku lakukan.

Lek ah.

Tiru sikit apadehal.

Kan kan.

Baru sahaja aku hendak mulakan kerjaya sebagai peniru exam berjaya, lelaki cina yang bernametag 'See Lee Par' memandang aku dengan mata mencerlung tajam.

Hamboi!

Berani kau jeling aku.

Ingat aku ni nak tiru jawapan kau ke?

Eh please lah.

Tak hingin okay sikit pun tak.

Aku akhirnya membuat keputusan untuk hentam dan pergi melepaskan hajat. Baru sahaja aku hendak mengangkat tangan-

"Perhatian calon-calon, masa menjawab tinggal 10 minit sahaja. Anda tidak dibenarkan untuk keluar dari dewan."

Hm OKAY.

*

Sebaik sahaja keluar dari dewan, aku melihat kelibat Mai bersama Adib sedang berjalan bersama sambil ketawa.

Apa tah yang lawak sangat. Menyampah aku. Sejak dua menjak ni asyik menyibuk dengan dak Mai je. Kecoh ah. Nak je aku sental muka dia dengan penyapu.

"Oit Ucop!"

Asyraf memanggilku sambil tangannya dikibas-kibaskan ke atas. Dengan segera, badan aku pusing menghadap ke belakang. Langkah aku atur laju.

"Yusof Danial. Baik kau berhenti cepat sebelum aku report kat cikgu yang kau cuba meniru See Lee Par waktu exam ta-"

"Shhh diamlah bijak!"

Mulutnya aku tekup pantas. Badannya aku tarik supaya jauh dari orang ramai. Dia tersenyum sinis.

"Aku ingat kau dah insaf, rupanya masih Yusof Danial yang aku kenal dulu. Hm~"

Kata Asyraf sambil memasukkan tangannya ke dalam poket dan bersandar pada dinding.

"Eh kau cakap baik sikit eh Acap. Aku tak meniru dia pun tau. Tapi-"

"Tapi apa? Ha apa? Dia sendiri yang bagitahu aku tadi."

Pintasnya lagi.

"Tu bukan meniru. Tu cubaan meniru. But still aku belum tiru lagi. Aku baru je nak start."

Aku cuba mempertahankan diri.

"Sama lah tu!"

"Tak okay tak!"

"Sama!"

"Tak sa-"

"Apa yang memekak sangat ni?"

Suara Mai mengejutkan aku dan Asyraf dari pertelingkahan.

"Tt-tak...tak de apa!"

Aku menjawab gugup. Seram bhai dengan mata Mai ni.

"Hai guys! Long time no see!"

AH! KAU LAGI!

*

So akhirnya ada jugak update~
Sorry sebab chapter ni hambar pastu pendek gila.

Actually dah lama tak menaip cerita so rasa macam lain sikit but akan diperbaiki lagi di masa akan datang kay~

Jangan lupa comment banyak² baru ada next update 👉👈 vote sekali 😂😂

GADUH [✔]Where stories live. Discover now