The End

4.9K 330 25
                                    

بسم الله الرحمان الرحيم

Yusof's POV

Deringan handphone tanpa henti menyentakkanku dari tidur. Mata aku gosok perlahan sambil duduk di atas katil. Lambat-lambat tanganku mencapai telefon di celah bantal. Ah, ngantuknya!

Baru sahaja aku hendak melihat skrin, telefonku berhenti berdering. Kening aku kerutkan tatkala melihat notifikasi yang bertimbun-timbun di skrin telefon.

39 missed calls from Acap babun

25 missed calls from Mai-love😍❤

17 missed calls from Aliyo

41 messages from Acap babun

26 messages from Mai-love😍❤

8 messages from Aliyo

Uish, banyak giler! Ni belum on wifi lagi nih. Confirm hang iphone aku ni kang. Kepala aku garu sebelum jari aku hala ke messages yang di hantar oleh mereka bertiga.

Diorang ni pun dah apahal call banyak kali ni? Takde keje lain ke nak mengacau orang? Haish, susah betul jadi famous ni.

Acap babun is calling 📲

Ewah ewah. Tak habis-habis lagi ke nak menelefon orang je nih. Haa lantak kau lah. HAHA fikir aku nak layan ke call murahan camni. Kacau aku tidur betul. Nah, rasakan.

Dengan pantas jari aku slide ke kiri. Rejected. Muahahaha.

Beberapa kali jugaklah dia call dan semuanya aku reject.

Acap babun is calling 📲

Tak serik-serik betul la dia ni. Aku pulak yang stress. Sambil tersenyum syaitan, aku meng'off'kan handphone. Haa, kan senang kalau dari tadi aku off. Takdelah kena penat-penat reject call diorang.

Hek eleh, ingat aku tak tahu ke diorang nak prank aku? Kemon lah gais, ni Ucop Danial kot. Dengan bongkak, aku meraup rambutku ke belakang. Cermin yang terletak di hadapan katil aku pandang. Hensem bhai aku ni. Patutlah Mai cair. Kah kah kah.

Aisyah's POV

"Ei,pakwe kau ni buat hal betul lah Cah. Dah pukul bape dah ni."

Acap bersuara setelah setengah jam menunggu ketibaan si beruk bernama Ucop. Haih, aku pun dah panas punggung daa duduk kat sofa empuk rumah Acap ni.

Aliya pun aku tengok dah nak meletop tunggu dak Ucop. Masing-masing sibuk mendail nombor Ucop dan menghantar SMS kepadanya termasuklah aku.

Apa doh jantan ni buat kat rumah? Janji pukul 8:30, sekarang dah pukul 9:00 dah ni. Stress betul la aku dengan dia ni. Fikir pasal dia je tak pasal-pasal berkedut muka aku ni.

"Weh, jahanam betul!"

Acap menempelak kuat sambil mencampak handphonenya di atas sofa.

"Asal Cap?"

Tanya Aliya.

"Ucoplah! Dia pergi off handphone dia!"

Aku menepuk dahi. Aliya ternganga. Acap pula memegang kepalanya.

"Dah ah, lantak dia la. Kita pergi je la jom."

Aku mencadang. Takkan sebab Ucop takyah pergi Fun Fair en? Pi mati baik beruk tu. Haish, sabar je lah.

"Habis Ucop camane?"

Tanya Aliya lagi.

"Biar je lah dia. Nasib dia lah, ni dah la chapter last. Takde scene sweet-sweet ni semua salah dia ah."

GADUH [✔]Where stories live. Discover now