G 8

4.3K 413 15
                                    

PEJAM celik pejam celik, dah seminggu mama pergi meninggalkan aku. And today is the day dimana aku kena pergi kem jati diri bomba tu. Lemah ah cenni. Kami berkumpul di hadapan bas sekolah. Nama disebut satu per satu oleh Cikgu Putra untuk mengambil kehadiran.

Selesai sahaja semua nama disebut, kami menaiki bas dan bertolak ke Hutan Tropika. Aku mengambil tempat di sebelah Aliya yang duduk di tepi tingkap. Yusof mengambil tempat di bahagian kerusi sebelah aku. Means ada ruang untuk jalan eh dia duduk dekat kerusi sebelah sana. Faham en?

Semasa dalam perjalanan, aku rasa macam tak senang duduk je bila si Yusof tu asyik jeling-jeling aku dari sebelah. Kau ingat aku tak nampak ke brader? Aku menoleh memandangnya. Jarak antara kitorang ni dekat je tak jauh mana pun. Bila aku pandang je dia terus alihkan pandangan ke arah lain. Eceh, gedik betul!

Disebabkan aku ni jenis yang sangat baik hati dan malas nak memanjangkan cerita, aku pun buat tak kisah je lah. Novel di dalam beg aku capai. Cermin mata aku pakai. Baik aku sambung baca novel 'Nenekku Minah Rempit' haritu sebab tak habis baca lagi. Alhamdulillah, novel ini tidak pernah mengecewakan. Aliya kat sebelah dah masuk ke alam mimpi dah aku rasa. Tersengih-sengih. Dah kenapa tu?

Time aku tengah khusyuk membaca novel, aku dapat rasa si Yusof ni pandang aku lagi. Apehal do mamat ni? Ee seram pulak aku. Muka dah la gay. Jauh-jauh kan lah aku dari insan ini Ya Allah. Aku sebenarnya nak buat-buat tak kisah, tapi masalahnya dia ni pandang macam nak telan orang tahu tak? Tak selesa aku dibuatnya.

Setelah dalam lima minit aku buat-buat tak kisah, si Yusof ni masih lagi termenung pandang aku. Ish, apa hal dia ni? Aku pun buat keputusan untuk memberikan renungan yang tajam kepadanya.

"Kau apa hal?"

Aku mengecilkan bebola mata memandangnya. Novel aku tutup.

"Apa? Er, mana ada apa-apa."

Dia gelabah. Ei, sakai betul.

"Hotak kau tak ada apa-apa. Pandang-pandang. Aku cungkil biji mata kau karang."

Aku berkata sambil membuat pose 'ala-ala nak cungkil biji mata dia'. Dia menjulingkan bebola matanya ke atas. Cis, rasa macam nak sepak je muka dia tu. Dia pandang aku semula. Mata kami bertembung. Dia membesarkan mata.

"Haa, nak cungkil sangat kan? Nah nah, cungkil lah."

Dia menunjukkan matanya ke arah aku. Kononnya tak takut lah tu. Elemek dia ni. Eii, geram sia tengok muka dia. Annoying
giler. Korang pun tahu, aku ni penyabar orangnya. Jadi, cermin mata aku buka dan aku sandarkan kepalaku di bahu Aliya. Tidur lagi bagus.

....................

Sesampai sahaja di Hutan Tropika, kami turun dari bas. Cikgu Putra telah mengarahkan kami untuk mendirikan khemah. Tempat perkhemahan di bahagi dua. Khemah perempuan di sebelah kiri manakala khemah lelaki di sebelah kanan. Actually ahli kadet bomba tak adalah ramai mana pun. Dalam 60 orang maybe. Lebih kurang la.

Aku, Aliya, Iman dan Anis satu khemah. Memandangkan aku ni kurang bijak hal-hal mendirikan khemah ni, aku mencangkung je lah sambil tengok diorang pasang. Tiba-tiba bahuku ditepuk perlahan.

"Hai."

Seorang lelaki menegurku. Aku terpana. Ya ampun, handsomenya! Mataku tidak berkelip memandangnya. Aku berdiri menghadapnya. Wajahnya aku teliti. Indah betul ciptaan tuhan! Mukanya bersih. Bibir dia pink. Sah, mesti bukan perokok ni! Rambutnya terpacak sedikit. Smart. Berterabur iman aku tengok. Kepala ku geleng ke kiri dan ke kanan supaya kembali ke alam nyata.

"Er, hai?"

Dia melambaikan tangannya di hadapan ku. Senyuman manis di hadiahkan kepada ku. Ya Allah, cair!

"Hh-hai"

Aku membalas senyumannya dengan sangat... awkward. Aduh, panas panas! Membahang pulak muka rasanya bila dia tak henti-henti memandang aku.

"Awak Aisyah kan? Anak Cikgu Ismail?"

Dia bertanya sambil tangannya membetulkan cermin mata yang dipakainya. Gayanya santai sahaja. Iman aku dah berterabur dah ni. Soalannya aku balas dengan anggukan. Famous jugak aku ni. Well, siapa je tak kenal aku yang cantik indah lagi menawan ni? *fliptudungsikit

"Er, nama saya Adib Mikael."

Dia menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan. Aku memandang tangannya lama. Kalau ikutkan hati memang nak aje aku sambut salam dia tu. Tapi, tak boleh. Haram k. Dia menarik semula tangannya apabila aku tidak menyambut hulurannya. Mukanya memerah. Aiseh, malu la tu. Adududu, comelnya! Geram mak!

"Form berapa?"

Aku bertanya apabila merasakan situasi yang agak sunyi dan janggal. Dia memandangku dengan riak terkejut.

"Form 5 lah. Kita kan satu kelas. Awak takkan tak perasan saya kot? Saya ketua kelas lah."

Dia ketawa. Mulut aku terlopong seketika. Lah yeke? Aku pun tak perasan yang dia ni wujud kat dalam kelas 5 Gold tu. Aku menggaru kepala. Sengihan aku ukirkan di bibir.

"Comel lah awak ni hahaha. Oklah nanti kita borak lagi eh. Saya pergi dulu. Bye Aisyah."

Aku membalas kata-katanya dengan senyuman. Auch. Malu. Langkahnya dibawa ke bahagian khemah lelaki. Oh my god. Dia cakap aku comel?! Wadduh wadduh. Apa patut aku buat ni? Ok aku tahu. Kembangkan hidung dan punggung serentak.

Tanpa disedari, sepasang mata dari tadi tidak lepas memandangnya. Tangan dikepal geram. Marah mungkin?

GADUH [✔]Where stories live. Discover now