Aku meng-scroll moment-moment di aplikasi wechat dari atas sampai lah bawah. Hampir kesemuanya pasal 'hepi holiday'. Bosan. Haih, mereput lah aku cuti penggal dua minggu ni. Nasib baik dah habis exam. Tak adalah aku asyik nak menghadap buku je.
Ting!
Satu notification whatsapp dari Yusof masuk. Jariku pantas membuka message yang dihantar olehnya.
Ucop bangla:
Mai
Dah tidur ke?
Ye.
Tengah tidur la ni.
Jadah kau sambil tidur boleh balas message orang.
Gadis cantik je boleh.
Haa, nak apa message aku memalam buta ni?
Lek ah.
Malam masih muda bruh.
Kat sini malam dah tua.
Shuh shuh, pergi bobok sana.
Kok awal bangat sih pengen tidurnya?
Temanin aku dong.
Aku bosan nih.
Awal hotak kau.
Kalau bosan pi baca al-quran sana.
InsyaAllah terang sikit hatimu yang sudah kelam lagi hitam itu.
K.
Hestek, sentap.
Hahah.
Dah lah aku ngantuk ni.
Sila lah.
Sila apa?
Berambus.
Berambus dekat mana?