G 28

2.8K 273 42
                                    

Aisyah Humairah's POV

Kesilapan Ucop menjaringkan gol dan menyebabkan pasukan kelas aku menang membuatkan aku gelak tak henti. Sumpah lawak.

Tersalah gol tu boleh terima lagi ah tapi part dia punya over confident sampai lari satu padang kononnya bajet hebat tu serious tak leh bla.

Sekujur tubuhnya yang sedang baring terlentang di tengah padang sambil menutup muka aku pandang. Aku tergelak kecil. Adehhh.. Ucop Ucop. Tak buat aku gelak sehari tak sah. Tapi rasa kesian tu ada lah jugak hahahah.

Kelibat Iman, Anis dan Aliya berjalan ke arah aku sambil melambai tangan aku balas dengan sengihan. Bukannya aku tak kenal memasing. Datang kat aku ni tak lain tak bukan nak membahan. Nasib lah kalau dapat 'pakwe' macam dak Yusof ni.

"Untunglah Ecah en, dapat boyfriend pandai main bola baling. HAHAHAHA." Aliya tergelak kuat.

Siot. Kan aku dah kata. Tak pasal-pasal ada yang makan rumput padang ni kang.

"Tulah. Bapak gempak giler si Ucop score tadi. Bangga betul aku dapat kawan yang ada boyfriend cam dia. HAHAHAH."

"Kan kan kan. HAHAHAH." Anis bersetuju dengan kata-kata kembarnya, Iman dan apa lagi? Tiga-tiga ekor pontianak ni bantai gelak ah. Aku menjeling.

Nasib la kesabaran aku ni tinggi. Niat nak sumbat rumput kat mulut memasing aku lupakan. Almaklumlah, aku ni baik orangnya.

"Sudah-sudah lah tu. Kesian Ucop tu aku tengok." Asyraf yang entah mana datang tah menyampuk.

Oh my, ada jugak yang sependapat ngan aku. Memang aku kenal Acap ni. Dia dengan Ucop macam daki dekat badan. Saling memerlukan dan memahami satu sama lain.

Bak kata 'caption' yang selalu dijumpai di application purple berbentuk segi empat iaitu instagram, #Friendshipgoals gitu. Kau hado?

Tiga ekor pontianak di hadapan aku mencebik. Malas nak melayan, aku dengan Acap melangkah ke arah Yusof. Wajahnya yang ditutup dengan tangan aku lihat sambil tersenyum.

Bukannya aku tak tahu apa yang Ucop rasa sekarang ni. Malu. HAHAHAHAH lek la brader. Setakat tersalah masuk gol tu apa la sangat kalau nak dibandingkan kemaluan (haa fikir apa tu hahahah) yang aku hadap time form 1 dulu.

You all ingat en? Yang tak ingat tu sila rujuk bab 5 HAHAHA.

Aku mencangkung di sebelahnya. Rambut dah lah penuh dengan rumput. Tanah jangan cakap la. Penuh belakang badan di aku rasa. Biasalah, padang ni pun lembab plus basah sikit. Lepas hujan en.

Baru sahaja tangan aku hendak mencapai rumput yang berada di telinganya, dia mengalihkan tangannya dari menutup muka dan hal ini menyebabkan aku dan dia, dua-dua terkejut.

Mana tak terkejutnya, jarak kitorang taklah jauh mana plus dengan muka dia yang penuh hingus dengan air mata tu hengko pikir? Ya Allah, boleh heart attack aku melihatnya.

Acap dah ketawa berdekah-dekah. Buruk bebenar rupa kawan baiknya itu agaknya. Memang buruk weh. Selekeh. Lepas dapat isyarat mata dari aku, akhirnya Acap pun membawa kakinya berambus. Semak je.

"Sampai bila kau nak menetap kat sini? Tak reti-reti nak bangun ke?" Aku bertanya. Reaksi aku rilek aje. Padahal dalam hati aku dah meronta-ronta nak hamburkan gelak.

Nak gelak tapi at the same time tak nak Ucop terasa. Aku pun buat keputusan acah tenang la kang merajuk jantan ni sape nak pujuk?

Ucop menukar posisinya dengan duduk memegang lutut. Mukanya sayu je. Alololo. Ni mesti sebab dak Bedah marah la ni. Nak kena dak Bedah ni tau. Tunggu la kau.

"Mai.." Suara Ucop perlahan sambil matanya memandang bawah.

"Iye.." Aku layan aje lah. Member tengah sedih ni. Eh member ke pakwe hahahah dua-dua boleh.

"Aku malu.."

"Lah, apa nak di malukan? Takde apa lah." Walaupun memang memalukan. Takpelah tipu sunat k.

"Kau tak malu ke dapat boyfriend yang memalukan macam aku ni?" Ucop angkat muka. Pandang aku serious. Eh asal serious sangat ni?

Aku alihkan pandangan. Elak memandang muka dia. Bukan apa, kau orang bayanglah, hingus dia tu lagi dua sentimeter je nak masuk kat dalam mulut. Nak geli ke nak gelak pun aku tak tahu.

"Malu lah jugak. Tapi takpe, aku tak kisah." Aku tersengih. Jujur.

"Ni yang buat aku nak peluk ni hmm."Kata dia lagi.

Hamboi, jangan nak menggedik ya Yusof Danial. Dengan hingus kau tu kang melekat kat aku tak pasal-pasal kena samak dengan air zam zam.

"Dah bangun. Jom rehat." Aku berdiri disusuli Yusof pula.

Poket aku seluk. Sapu tangan boboiboy aku capai lalu aku bagi pada Ucop.

"Nah, lap segala jenis cecair kat muka kau tu. Aku belum guna lagi sapu tangan ni." Jelas aku.

"Oh okay thanks." Dia pun lap air mata plus hingus dia yang tengah syok mengalir seperti air sungai. Sesudah itu dia menghulur sapu tangan itu pada aku semula.

"Eh takpe takyah pulang balik. Amik je." Aku dengan muka tahan geli menolak. Allahu, Ucop jangan lah pengotor sangat.

"Kau taknak guna ke?" Ei kang aku kata bodoh kang nangis. Tapi tu la, kenyataan.

"Kau expect aku nak guna ke lepas kau dah mengelap cecair dan lendiran kat muka kau tu?"Aku mengertap gigi. Geram.

Dan Yusof, tersengih-sengih seperti kerang busuk.

*

Hambarnya ya Allah hahahah maafkan hamba 💩🙏😭

Ada yang tanya agak-agak lagi berapa bab nak habis en? Saya rasa nak habiskan cerita ni as soon as possible maybe dalam em 2,3 bab camtu? Yang pastinya under 5 la.

Byee

GADUH [✔]Where stories live. Discover now