Seperti yang dijanjikan, enjoy your reading!
Nobody's POV
Siang berganti malam. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu dan sebulan tempoh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tamat akhirnya.
Seperti yang telah dirancangkan oleh guru-guru, minggu selepas peperiksaan akan diadakan 'Hari Kegemilangan Calon SPM (HKCSPM)'.
Pada minggu itu, calon-calon SPM akan menghabiskan sisa-sisa masa mereka di sekolah dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik yang telah diaturkan untuk mereka.
Hari pertama 'HKCSPM' dimulakan dengan senamrobik yang diketuai pasukan kelas '5 Middle'.
Terdapat juga 6 khemah disediakan untuk para pelajar. 5 khemah bagi kelas iaitu Tingkatan 5 High, Kill, Middle, Cut dan Low manakala satu khemah disediakan untuk urusetia aktiviti.
Usai sahaja senamrobik, aktiviti diteruskan dengan Acara Bola Baling antara kelas. Empat belas orang diperuntukkan iaitu campuran 7 lelaki dan 7 perempuan satu pasukan.
Sebaik sahaja undian di buat, keputusannya ialah perlawanan sesi pertama, 5 Kill menentang 5 Cut. Perlawanan sesi kedua, 5 Low menentang 5 Middle manakala 5 High bertuah kerana ditakdirkan untuk terus keperingkat akhir.
Perlawanan sesi pertama antara 5 Kill dan 5 Cut dimulakan. Asyraf yang terkenal dengan kejaguhannya bermain bola baling memainkan peranan penting dalam menjaringkan gol mewakili pasukan kelasnya, 5 Kill. Perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan.
Namun begitu, semangat kerjasama pasukan 5 Cut tidak mampu menandingi kehebatan Asyraf dan teamnya. Akhirnya, kelas 5 Kill memenangi acara sesi pertama dengan mata 10-5.
Sepuluh minit kemudian, perlawanan disambung antara kelas 5 Middle menentang 5 Low.
"Okay guys, walaupun kita kelas last, jangan surrender awal-awal. Do the best okay! Tunjukkan dekat diorang yang kita ni tak lah bodoh mana pun sebenarnya. HAHAHA." Kata Yusof kepada ahli rakan kelasnya, 5 Low.
Walaupun Asyraf terkenal dengan kejaguhan bermain bola baling, kehebatannya tidak dapat menandingi Yusof.
Dan untuk pengetahuan semua, Yusof telah mengetuai pasukan bola baling sekolah dan menjadi johan peringkat negeri tiga tahun berturut-turut.
Kekuatan pasukan 5 Low semakin digeruni 5 Middle apabila Bedah, jaguh pasukan bola baling perempuan turut berada dalam pasukan tersebut.
"Weh Ucop ngan Bedah satu kumpulan doh, bahaya kita ni!" Satu suara terpacul dari mulut Joyah, dari kelas 5 Middle. Yusof dan Bedah yang mendengar kata Joyah yang agak kuat itu tersenyum sinis.
Akhirnya, sebelum sempat mereka bertanding, pasukan 5 Middle menyerah diri. Hal ini mungkin kerana sudah tahu akan keputusan perlawanan mereka. Sebelum dikerjakan hidup-hidup oleh oasukan 5 Low, baik mereka surrender terlebih dahulu.
Sesi ketiga dimulakan iaitu 5 Kill versus 5 Low. Perlawanan sengit antara kedua-dua pasukan.
Kelas 5 High yang akan berlawan dengan pasukan yang menang berdebar-debar. Risau juga kalau-kalau dibelasah teruk dalam acara bola baling ni.
Wisel akhir ditiup. Kelas 5 Low menjerit keriangan. Seperti yang dijangka, pasti mereka akan menang dan bertanding diperingkat akhir.
Setelah 30 minit berehat, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu.
5 Low versus 5 High
Acara dimulakan dengan perbarisan ahli pasukan menghadap antara satu sama lain. Usai bersalaman dengan pihak lawan, acara dimulakan.
Entah bagaimana, Yusof seperti hilang arah tuju apabila melihat Aisyah berada di pasukan pihak lawannya. Lagi-lagi apabila Aisyah berbisik kepadanya tadi.
"Kau sekarang musuh aku. Come on la Yusof, ingat aku tak reti main bola baling ke? Dah sana jauh-jauh."
Kata-kata Aisyah seperti terngiang-ngiang ditelinganya. Jiwanya rasa hendak memberontak apabila Aisyah terlalu mesra dengan ahli lelaki pasukannya.
Musuh? Aku tak nak jadi musuh Mai. Ah! Asal Mai kena jadi pasukan lawan aku?! No, aku takkan biarkan Mai anggap aku ni musuh dia.
Lamunannya terhenti apabila pengadil meniup wiselnya tanda permainan dimulakan.
Perlawanan sungguh mendebarkan. Pasukan 5 High juga tidak kurang hebatnya. Masa sekarang tinggal 10 minit sahaja. Keputusan masih seri iaitu dua sama.
Kemudian, masa tambahan diberi oleh pengadil iaitu penjaring pertama oleh mana-mana pasukan akan dikira sebagai pemenang.
Wisel ditiup.
Bola kini berada di tangan Yusof sebaik sahaja Bedah menghantar bola itu kepadanya. Yusof berlari sambil mengepam(?) bola itu ke lantai pantas dan menuju ke pintu gol.
Satu jaringan padu berjaya dihasilkan. Yusof menjerit kuat.
"YES, GOL!!!"
Sekeliling padang di larinya tanda sungguh gembira. Tangannya diangkat ke atas tanda hendak 'high-five' dengan member pasukannya. Namun, semua orang memandangnya dengan mulut ternganga.
Eh, apahal diorang ni? Gempak sangat ke aku jaringkan gol tadi sampai ternganga diorang tengok?
Bahunya ditolak perlahan dari belakang. Bedah memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Asal dengan kau ni, Ucop?" Satu pertanyaan disuarakan oleh Bedah.
"Haa, apa benda soalan kau ni? Aku jaringkan gol ah. Asal dengan korang semua ni. Pelik doh." Yusof membalas.
"Masalahnya, kau yang pelik sekarang ni. Cuba kau tengok 5 High sekarang." Bedah menunjukkan jarinya ke arah pasukan 5 High yang bersorak keriangan.
Okay, ini sumpah pelik. Aku yang golkan tadi. Asal diorang pulak over-excited? Dah kalah pun gembira ke?
Wajahnya dikalih memandang Bedah semula.
"KAU SALAH MASUK GOL, YUSOF DANIAL. TU GOL KITA. YANG KAU PERGI JARING DEKAT GOL SENDIRI TU APAHAL?!"
"EHHHHHHHH?!"
Mata Yusof terbuntang besar. Rambut diraup. Badan dibaring menelentang di atas padang. Muka di tekup. Malu gais. Malu.
*
Soooooo, how about this chapter?
Dialu-alukan untuk meninggalkan comment anda~ Jumpa di episode akan datang~ Bye~