G 12

3.9K 400 16
                                    

Seperti yang dikatakan, harini ialah hari dimana aku akan beraksi. Hari sukan tahunan. Yahoo! Nasib baik sukan ni buat time pagi, tak adalah panas sangat nanti. Aku duduk di bawah khemah bersama-sama Anis. Nasib baik ada kawan. Aku dan Anis rumah biru. Aliya rumah merah. Iman pula rumah kuning.

Sedang asyik aku berborak dengan anis, tanganku ditarik memaksa aku untuk berdiri. Eh eh, siapakah manusia yang tiada adab nih?

"Adududu, hei apa tarik-tarik ni?!"

Aku menjerit kesakitan. Kejadah kau main tarik-tarik tangan aku!

"Haa, Cikgu Bedah, amik dia ni je. Dia sesuai."

Oh, rupanya si Yusof yang tarik tangan aku. Patutlah selamba badak je jantan nih. But wait, apa kes siap bawak Cikgu Bedah kat sini? Sesuai? Sesuai untuk apa? Haih, ganggu orang nak borak aje lah diorang ni. Muka blur aku tayangkan.

"Aisyah ya. Baiklah, kalau macam tu cepat siap. Jom jom. Perbarisan dah nak mula dah ni."

Cikgu Bedah berkata lalu menarik tanganku. Weh, apa semua ini? Wajah Yusof di belakang ku lihat. Dia tersenyum sinis dan melambai-lambaikan tangannya. Oh, shit!

Setibanya di bahagian belakang khemah, dua orang murid perempuan datang kepadaku. Kepala ku di sarungkan 'crown' manakala belakangku dipasangkan 'sayap'. Weh, pebenda do? Mukaku di touch up sedikit kemudian aku disuruh beratur di dalam barisan. Ya ampun! Aku kena masuk perbarisan ke ni? Eh?! Taknak!

Aku cuba untuk melarikan diri. Keluar sahaja dari barisan, badan ku ditolak kebelakang semula.

"Aip, no no no."

Yusof berkata dan memandangku sambil kepalanya digeleng-gelengkan. Dia tersenyum sinis. Kejadah dia suruh aku masuk perbarisan! Semua budak perbarisan form 1 dengan form 2 lah! Agak-agaklah aku sorang je form 5 kot.

"Yusof, tepilah. Aku tak nak masuklah weh!"

Kataku separuh merayu. Kedua-dua telapak tangan aku lekapkan.

"Mairah sayang, kau masuk je ler perbarisan. Kesian cikgu tak jumpa pengganti budak yang tak datang tu."

Kata Yusof sambil menyeluk tangan ke dalam poket.

"Sayang kepala botak kau! Kalau ye pun, kenapa aku pulak kena ganti? Aku form 5 lah! Tak kan tak ada budak form 1 ataupun form 2 yang lain?!"

Aku berkata sambil menghentakkan kaki. Protes!

"Eh, ada je budak form 1 dengan form 2 yang lain. Ramai. Tapi, dalam ramai-ramai tu aku pilih kau. Sweet tak?"

Dia berkata dan tersenyum penuh makna.

"Ya Allah, sweet gila weh. Rasa macam nak kena kencing manis."

Aku menjelingnya tajam.

"Ala kau tu pun tinggi lebih kurang budak form 1, apa salahnya kalau kau masuk."

Katanya sambil mencuit hidungku. KAU APAHAL? NAK MAMPUS AWAL KE APA?

"Tapi-"

Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia menolakku kembali masuk ke dalam barisan.

"Dah. Syuh syuh. Good luck!"

Dia berkata sambil mengibas-ngibaskan tangannya.

Fine. Huh!

..........

" Auch! Tolong!"

Aku mendengar suara orang menjerit. Selesai sahaja sukan, aku meloloskan diri ke tandas. Semua pelajar masih di padang aku rasa sebab ada pengumuman.

GADUH [✔]Where stories live. Discover now