Aku menyuapkan laksa yang dibuat oleh mak cik kantin iaitu Mak Cik Piah untuk makan malam ke dalam mulut. Em, nikmat! Sedap giler. Suasana dekat DM (Dewan Makan) haru je macam selalu. Tak faham aku dibuatnya. Makan pun nak memekak ke?
Aku terhenti pada suapan yang ketiga apabila terasa ada air mengalir dari atas kepalaku. Sejuk pula tu. Aku mendongak. Lantas api kemarahan aku melonjak naik. Kulihat Tasha sedang tersenyum sinis sambil memegang cawan yang sudah kosong. Dibelakangnya ada lagi 4 orang perempuan yang aku rasa geng dia juga. Muka masing-masing mintak pelempang. Lecun jugaklah aku dibuatnya.
Aku bangun dari kerusi lalu memandangnya tajam. Nafasku tidak teratur. Sumpah aku cakap. Aku marah nak mampos ni. Dadaku berombak laju. Aliya, Iman dan Anis disebelahku turut berdiri sama.
"Kau apahal hah?!"
Suaraku menggegarkan DM. Aku tak kira. Apa nak jadi, jadilah! Bangang punya betina! Aku menyumpah seranah di dalam hati. Semua pelajar di DM kaget dengan jeritanku bak gorila tadi.
"Opss sorry, sengaja."
Dia menutup mulut lalu tergelak kecil. Gengnya pun turut ketawa sekali. Berasap telinga aku tengok pompuan nih. Dengan rambut karatnya, dasar betina jalang! Siang pakai tudung, malam bukak semua. Elok sangat lah tu dengan perangainya yang bak syaitan direjam ni. Aku senyap. Kita perhati je perangai dia ni.
"Kesian. Mesti sejuk kan?"
Soalnya dengan muka yang KONONNYA kesian lah sangat. Aku tersenyum. Sinis sekali.
"Soalan bodoh apa kau tanya ni? Dah kau siram aku dengan ais-ais sekali. Kau agak sejuk ke tak?"
Tangan ku kepal. Kalau boleh aku nak layangkan je penumbuk ni kat muka dia yang tebal dengan make up sepuluh inci tu. Kalau aku tumbuk ni, jerebu satu Malaysia. Dah buruk tu buat cara buruk. Aku bukan nak hina tapi orang cakap kalau perangai dah buruk apatah lagi muka. Nauzubillah!
"Aku warning kau eh perempuan, jangan dekat dengan Yusof aku."
Dia menunjukkan jari telunjuknya tepat ke muka aku. Yusof kau? Hahahaha LAWAK weh! Kau fikir aku takut ke dengan amaran kau tu? Pergi mati! Sikit pun aku tak heran lah setan!
"Weh, kau buat lawak apa doh? Sejak bila Yusof tu kau punya? Hahaha, kesian aku tengok. Terhegeh-hegeh dekat orang yang memang tak suka kau. Buat malu je."
Aku membidasnya bertalu-talu. Mukanya merah menahan marah. Tiba-tiba badanku ditolak kuat olehnya menyebabkan aku terdorong ke belakang melanggar kerusi dan meja yang terletak di belakangku. Dia tergelak kuat.
"Kau jangan berani nak lawan aku! Kau sedar sikit kau tu siapa. Perempuan kampung!"
Katanya dengan penuh angkuh. Aku? Perempuan kampung? Oh, kau tu BANDAR lah sangat. Lol. Siapa yang tak sedar diri sekarang ni? Ya Allah, nasiblah aku ada sifat sabar lagi ni. Nak je aku sepak muka dia ni. Aku cuba bangun dengan tenang. Pinggang ku urut perlahan. Aliya hendak bersuara tapi aku tahan. Tak mahu libatkan dia. Aku senyum lagi.
"Aku bagi kau amaran, kau bla sebelum aku tak dapat kawal marah aku."
Aku berkata senada. Jangan sampai tahap kesabaran aku habis. Mati kau nanti.
"Heh, fikir aku takut? Kau yang patut bla dari sekolah ni. Kau tak kenal lagi aku siapa!"
Dia menampar muka aku laju. Aku diam. Pipiku yang ditampar olehnya aku pegang dan usap perlahan. Terdapat darah di hujung bibirku. Tindakan beraninya itu membuatkan semua pelajar terpana. Aku lihat Yusof dan Asyraf yang baru masuk ke dalam DM menuju ke arah kami berdua.
"Kau jangan cabar aku!"
Aku menengkingnya kuat lalu menunjal kepalanya kuat. Dia tersentak dan terdorong ke belakang. Gengnya yang lain membantunya untuk kembali stabil.
"Babi kau!"
Dia mencarut kuat sambil mengangkat tangannya sekali lagi untuk menamparku. Aku tangkap pergelangannya lalu kecengkam erat. Lantas, tanganku yang lagi satu menampar kuat pipinya. Apa yang pasti, lebih kuat dari dia tampar aku tadi.
Yusof dan Asyraf yang sudah berada berhampiran kami cuba menghentikan pergaduhan.
"Sudah!"
Asyraf menjerit. Lengan Tasha masih lagi erat dalam cengkamanku. Well, dia yang ajak aku gaduh, bukan aku yang nak. Yusof juga menyuruh aku untuk melepaskan tangan Tasha. Aku memandang mereka berdua dengan tajam. Mereka terkedu lalu menutup mulut.
"Lepaslah bodoh!"
Tasha menyumpah kepadaku. Sedap sedap kau je membabi dan membodoh kan aku. Aku tersenyum sinis. Tangannya aku lepas lalu laksa yang aku makan tadi aku ambil dan curahkan diatas kepalanya. Tak cukup lepastu aku ambil air sirap aku dan Aliya punya aku simbah di mukanya. Dia menjerit. Aku tergelak kuat.
"Kau baik pergi mampos dengan perangai gedik kau ni. Aku tak kacau hidup kau tapi kau yang heboh sangat nak ganggu hidup aku kan? Sebelum kaki aku ni naik kat kepala kau baik kau berambus dari pandangan aku."
Sembur aku habis-habisan. Dia kelihatan marah tapi dalam pada masa yang sama aku tahu yang dia takut. Dia mendengus lalu menghayunkan tangannya ke arahku. Belum sempat tangannya mendarat di pipiku, aku menolak badannya kuat sehingga dia jatuh terduduk. Gengnya aku lihat menggigil ketakutan. Setakat datang nak tunjuk hebat, puih aku boleh ludah je lah kat muka masing-masing.
"Aisyah Humairah!"
Satu suara menggemparkan DM. Aku menoleh. Papa dengan muka bengisnya berjalan ke arah aku. Aku tahu papa marah. Aku dah janji dengan papa tak akan buat hal tapi ini dah lebih. Kau fikir aku nak senyap je ke bila KONONNYA dibuli oleh Tasha gedik and the geng? HELL, NEVER OK!
"Tell me what's going on."
Papa bersuara tegas. Aku masih dalam riak selamba. Tudung aku confirm dah senget benget sekarang ni. Dengan sirapnya yang aku rasa macam melekit dekat tudung. Asyraf menceritakan apa yang telah berlaku. Tasha kulihat membuat muka cemberut.
"Tasha, kamu ni tak habis-habis nak buat hal! Tak serik-serik kena gantung sebulan? Nak kena lagi?!"
Papa berkata tegas kepada Tasha yang tertunduk menahan malu, marah dan geram yang bercampur aduk. Patutlah tak pernah nampak, kena gantung sekolah rupanya. Pandangan papa dikalih kearahku. Aku tersengih. AKU TAK RASA AKU SELAMAT SEKARANG NI.
...................
Hai semua! Terima kasih buat yang setia membaca cerita ni sampai dah cecah 800 reads ❤ Terharu giler your mom is green(mak ko hijo) 😹 lol. jkjk. Tak kisah lah silent reader ke apa ke, saya tak kesah dan apa yang penting kesudian anda semua membaca cerita yang tak mendatangkan apa-apa manfaat ini. hahahahahahah k
![](https://img.wattpad.com/cover/108925551-288-k846150.jpg)