G 5

5.2K 450 43
                                    

"WEH, korang, aku taknak lah! Aku nak masuk Puteri Islam!"

Aku diheret oleh Iman, Anis dan Aliya ke tempat perjumpaan kadet bomba. Iman menarik tangan kiri manakala Anis menarik tangan kananku. Aliya pula menolakku dari belakang.Dah macam orang gila aku terjerit-terlolong minta dilepaskan.

Oh no! Aku taknak please! Harini ada perjumpaan unit beruniform. Cikgu Sofia, guru kelas aku yang umurnya dalam lingkungan 50-an tu cakap aku boleh masuk mana-mana unit beruniform yang aku nak.

Bagi mengekalkan statusku sebagai perempuan melayu terakhir, aku dah putuskan untuk masuk Puteri Islam. Disebabkan aku ni memang bernasib buruk, niatku ini dibantah keras oleh Aliya, Anis dan Iman.

Diorang paksa aku masuk Kadet Bomba sama-sama dengan diorang. Aku bukan tak nak tapi tulah, tak mahu. Aku taksuka. Lagi- lagi bila teringat sejarah silam aku yang hitam lagi memalukan seketika dahulu.

Macam ni citer dia.

Alkisah time form 1 dulu, aku beriya-iya nak masuk Kadet Polis sekolah. Yelah, pakaian pun smart, lawa en. Nak dipendekkan cerita, aku pun join la dengan kawan-kawan aku.

Kisah hitam aku bermula bila cikgu adakan latihan kawad. Cikgu ni bapak garang macam nak telan orang. Dengan misainya yang melentik ke kiri dan ke kanan lagi. Perghh, memang buat kau meremang je bila tengok muka dia.

Kami semua diwajibkan masuk. Aku ni pulak jenis yang lembab, bongok dan memang fail nak mampus bila berkawad. Tak kira lah berapa kali cikgu tu ajar pun, memang aku takkan boleh pick up.

Jalan kawad yang serentak ikut kaki orang depan tu pun aku tak boleh buat. Aku pun tak faham ler kenapa kaki aku ni degil nak mati. Orang jalan kaki kanan aku kaki kiri, bila orang kaki kiri pulak aku dah kaki kanan. Aku tak reti nak jalan samakan kaki dengan orang lain. Kira aku ni kalau berkawad ramai-ramai memang I am the spoiler lah.

Waktu tu entah macam mana aku beratur dekat barisan depan sekali. Betul-betul depan cikgu yang garang tu. Haa, Cikgu Rustam namanya. Waktu tu dia bagi arahan kawad yang senang diri, baris sedia semua tu. Dan yang baling bahalol sekali, semua aku tak reti buat.

Dan macam orang bodoh, aku ikut je budak kat sebelah aku. So, kepala aku asyik toleh dekat budak sebelah ni je. Apa yang dia buat, aku tiru. Tapi lembab sikit lah. Tergagap-gagap aku ikut.

Sampai lah Cikgu Rustam misai lentik tu tegur aku. Dia tanya, aku ni tak reti kawad ke? Aku angguk je ler. Jujur yang aku ni memang tak reti. Pastu, dia tengking aku. Dia kata, dah banyak kali practice kawad pun tak boleh buat lagi ke?!

GADUH [✔]Where stories live. Discover now