G 3

6.5K 460 74
                                    

"ASSALAMUALAIKUM cikgu. Err, saya nak panggil Aisyah Humairah, GPK HEM nak jumpa dia dekat bilik disiplin sekarang."

Asyraf Mukhlis selaku ketua pengawas menyuarakan tujuannya ke kelas 5 High.

"Waalaikumussalam. Haa yelah. Aisyah, GPK HEM nak jumpa."

Aisyah yang masih diawang-awangan tidak berkutik. Dia bukannya beri tumpuan pun semasa cikgu mengajar. Alah sivik je pun. Suara Cikgu Sunan itu langsung tidak didengarinya.

"Ecah. GPK HEM nak jumpa kau lah."

Tersentak aku apabila bahuku ditepuk berkali-kali oleh Aliya.

"Haa ye? Apa dia?"

Aliya merenung sharp ke arahku. What? Apa ni apa ni? Seluruh kelas aku perhatikan. Eh, semua pandang aku?

"Mengelamun je keje kamu ye Aisyah."

Aku tersengih. Ala sekali sekala. Kasik la chance sikit cikgu.

"Ni haa, ikut Asyraf pergi bilik disiplin cepat. Cikgu Ismail nak jumpa."

Aliya ku pandang. Kepalanya diangguk-anggukkan seakan faham apa yang bermain di kepala hotakku.

Omaigod. Tak lain dan tak bukan, ni memang sah. Mesti jantan takguna tu punya hal.

Aku bangun dan mengikut lelaki berbaju pengawas membawaku ke bilik disiplin. Asyraf Mukhlis. Nametagnya aku baca.

Ohh, tak silap aku ni lah crush si Liya. Em, hensem gak lah. Patutlah dak Liya tu cair.

Hampir sepanjang masa dekat dalam dorm or kat dalam kelas, si Liya tu asyik cerita pasal Asyraf je. Peminat fanatik detected.

....................................

"Haa masuklah tunggu apa lagi?"

Mataku tertancap pada pintu bilik disiplin berwarna coklat dihadapanku. Hek eleh, Asyraf ni tak reti nak sabar ke? Bagilah aku bernafas sekejap. Siapa je tak berdebar kena panggil dengan GPK HEM?

'Rileks cah rileks. Kau bukannya buat apa-apa salah pun. Cool okay cool.'

"Ye. Aku nak masuklah ni. Kau buat apa lagi? Bla la."

Sopan sungguh aku menghantarnya pulang. Menyemak betul.

"Kau jangan nak lari pulak. Aku nak masuk kelas ni."

Asyraf menayangkan muka kereknya. Poyo giler.

"Dah syuh syuh. Aku nak masuk ni."

Pandangan kerek dihadiahkan kepadaku sebelum Asyraf menghilangkan diri ke kelasnya.

Pintu bilik disiplin aku ketuk. Tombol pintu ku pusing.

Kelihatan Cikgu Ismail memandang tajam ke arahku. Woah woah, this is not funny. Terasa bulu ketiakku menegang. Bulu romaku mencacak naik. Seram.

"Haa sampai pun kau. Cikgu, nilah budak yang saya cerita tu."

Mataku alih ke arah seorang lelaki yang sedang memandangku dengan senyuman sinis. Ya, dia. Yusof Danial, lelaki yang membuat darahku mengalir dengan pantas sebaik sahaja melihatnya.

Tanpa disuruh, Aisyah mengambil tempat di kerusi bersebelahan Yusof. Ceh, muka tembok betul dia ni.

"Eh, sape suruh kau duduk? Bangun bangun."

'Sedap-sedap je perempuan ni duduk sebelah aku. Aku memang anti dengan dia ni. And ya, harini adalah hari pembalasan buat kau, perempuan.'

Hati Yusof berbicara.

GADUH [✔]Where stories live. Discover now