AKHIRNYA setelah seminggu aku terperap kat asrama, dapat jugak lah aku pulang ke rumah. Rindu do rumah. Actually yang paling aku rindu phone sebenarnya. Bayangkan dah bertahun-tahun hidup dengan phone pastu dipisahkan sebab duduk asrama takleh bawak phone. TERSEKSA TAHU?
"Weh, nanti kita calling-calling tau."
Aliya memesan sementara kami menunggu parents masing-masing. Iman dengan Anis pun ada sekali.
"Eh mestilah!"
Serentak Anis dan Iman berkata.
"Hehe okay boss! Weh, papa aku dah sampai tu, bye korang!"
Kelihatan papa melambai-lambai kepadaku dari tempat parking kereta guru. Aku membalas lambaiannya. Beg dan patung spongebob ku angkut.
"Bye!"
Iman, Aliya dan Anis melambaikan tangan mereka sambil tersenyum kepadaku. Aku mengenyitkan mata dan berlari-lari anak ke kereta papa.
Barang-barang ku campak di seat belakang dan aku duduk di hadapan. Papa disebelah tak habis-habis membebel pasal aku belasah dak Yusof haritu. Haish, ingat dia dah lupa.
Mataku mula memberat. Lagi-lagi bila dengar radio tak berbayar dari mulut papa tu. Perghh, papa rap ke hape do. Laju gila. Macam-macam dia ungkit. Aku agak-agak adalah lebih dari 1200 patah perkataan. Wuish, boleh buat karangan.
"Papa dah pesan jaga perangai tu elok-elok. Bukan pergi tunjuk keganasan Mai tu. Mai tu dahlah perempuan. Tak semenggah buat perangai macam tu. BLABLABLA."
Encik Ismail bercakap je tak henti-henti. Aisyah di sebelah dikerling. Eh tido budak ni.
"MAIRAH!"
Papa menjerit. Siap di tekan hon beberapa kali. Aku baru je nak masuk ke alam mimpi. Spoil ah papa ni. Hish, kecam dia! Eh, astaghfirullahaladzim. Anak durhaka nanti.
"Ye pa. Mai dengar. Mai tak tidur pun lah."
Mata aku besarkan memandang papa.
"Ah, membongak aje. Tu taik mata haa."
Papa menujuk ke arah mata ku. Eii seriouslah? Aku baru je lelap kot. Takkan mata aku dah berak kot? Mata ku gosok. Ada lah seketul. Mwahahahahahha.
..................
Sampai sahaja di pintu rumah, aku memberi salam. Barang-barang ku biarkan di dalam kereta. Ala, nanti papa tolonglah angkat. Dapat pahala. Alhamdulillah.
"Walaikumussalam. Yo sistor!"
Abang Faiz berlari ke arah ku dan memelukku erat. Rindu weh. Dia ni la paling rapat dengan aku sebab beza kitorang setahun je. Baru lepas SPM. Syok ler dia melantak je duduk rumah.
"Yo brother!"
Aku membalas pelukannya. Kepala ku diselitkan di bawah ketiaknya. Mengepit aku di bawahnya.
"Alololo adik abang, lama tak jumpa ye."
Kepalaku diusap-usap kasar. Hei tudung aku. Serabai dah. Habis terkeluar rambut.
"Woi woi lepaslah. Ketiak dah lah bau bangla. Ee masham!"
Badannya aku tolak. Dia tersenyum sumbing. Eii tenuk punya abang. Tangan mama aku salam.
"Mai sihat?"
Lembut Puan Mariam bertanya kepada Aisyah.
"Sihat je. Haa, Paan mana ma?"
Tak nampak pulak Abang Farhan aku sorang ni. Selalunya ada je terperap kat rumah, ni batang hidung pun tak nampak. Ada kelas ke?
"Ada. Dekat bilik dia kot. Ni, Mai pergilah naik mandi dulu. Pastu turun minum petang sama-sama."