💟 SATU 💟

9.8K 474 32
                                    

"Weh, apa kata kau, kalau kita.. Hmm.." Gadis itu membuka suara, ragu-ragu setelah hampir 10 minit mereka berdiam diri di tengah-tengah suasana keriuhan taman rekreasi di tepi tasik, petang Sabtu itu.

"...hmm.. Macamana kalau kita nikah berdua aje?!" Sambung si gadis cepat, diikuti dengan hembusan nafas berat.

Matanya menatap ke arah para pengunjung yang hiruk pikuk lalu lalang di taman rekreasi itu. Kebanyakannya adalah para ibubapa bersama anak-anak mereka, pasangan-pasangan remaja dan beberapa kumpulan anak-anak muda yang asyik bersembang dan bermain roller blade.

Lelaki di sebelahnya, yang menjadi lawan bicara si gadis, menatap kaget ke arah gadis yang sudah hampir 20 tahun dikenalinya itu.

"Woah..! Woah..! Look who's making a joke here!" Lelaki itu ketawa besar, kemudian berhenti dan mempamerkan wajah cuak kerana dijeling tajam.

"What..? Kau tak rasa kelakar ke?!" Tanya si lelaki seolah-olah kata-kata gadis itu tadi hanya lawak jenaka semata-mata. "I mean, the idea is so.."

"First, I'm not making a damn joke! Second, nothing's funny here! And third, the idea is just great!" Potong si gadis ringan namun bernada sebal.

"So, I supposed, you're proposing me? Hei.. Kan sepatutnya lelaki yang propose perempuan?!" Si lelaki separuh protes.

"Well.. I'm not proposing you, of course! I'm just giving you the best sollution for both of us!" Kata si gadis, terus memandang lurus ke depan. Masih tidak mahu mengalah.

"For us?! Us?! The best sollution for you, sebenarnya, kan?! Untuk aku?! Apa untungnya kalau aku nikah dengan kau?" Lelaki itu menyahut dengan nada sedikit ketus, bukan marah.

Gadis itu angkat bahu dengan bibir dicebik, selamba. "Well, at least, kau tak bakal jadi bujang yang terlajak bujang!" Ujarnya santai, kali ini dia menatap tepat ke wajah lelaki itu.

"Oh yeah?! Dan kau pun takkan jadi anak dara yang terlajak dara, kan?! Wah.. Senang hati kau, kan? Kau nak jadikan aku kambing hitam?! Pak sanggup?! Sampai hati kau, kan Mel?!" Kata si lelaki, menggeleng-gelengkan kepala, tanda tidak rela.

Gadis itu, Melina Aleya, mencerlun tajam. "Nak jadikan kau kambing hitam apa? Pak sanggup apanya?! Aku bukan desperate nak nikahlah, poyo!" Sahutnya, geram.

Lelaki di depannya ini, Ishq Fazhriq, sekadar tersengih. Entah apanya yang lucu, Melina sendiri tidak tahu.

Melina menggigit bibir. "Ishq, kau rasa patut ke aku nikah dengan lelaki tu? Kalau dia dah tua kerepot, macamana?! Sanggup ke kau biarkan BFF paling comel kau ni hidup dengan lelaki tua yang layak dipanggil pakcik tu? Ishq, aku tak nak! Please, you have to help me!"

Rengek Melina penuh perasaan, minta dikasihani. Kakinya digoyang-goyang dengan bibir yang dimuncungkan, persis seperti anak kecil yang sedang merengek meminta aiskrim.

Kisahnya begini, seminggu lalu, tiada angin tiada ribut tiba-tiba mamanya menyarankan seseorang untuk dijodohkan dengannya.

Ya, memang dia belum melihat lelaki yang dikatakan oleh mamanya itu, tapi kalau memikirkan selera mamanya, pastilah ala-ala pakcik-pakcik gitu!

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..
Yg silent readers, trm ksh kerana membaca dan maaf andai tulisan sy tak mampu membuat anda menekan bintang..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now