💟 DUA PULUH LIMA 💟

5.6K 252 11
                                    

Sebulan berlalu..

Melina kembali bergabung bersama tiga officemate-nya. Saat ini mereka berempat sedang lunch di kafe. Melina ketinggalan cerita kerana dia menjauh sebentar untuk menjawab panggilan telefon dari mamanya yang mengingatkannya esok mereka akan mengadakan majlis makan-makan keluarga dan dia diminta untuk menemani ke pasar.

"Amboi.. Hot berbincang nampak! Cerita topik apa ni?" Tanya Melina bila melihat teman-temannya sedang rancak membicarakan sesuatu.

"Ni haa.. Curahan hati seorang pembaca dalam majalah ni.." Sahut Wanie, menunjukkan isi majalah di tangannya pada Melina.

Melina menatap sekilas. "Haa..! Dah tu, apa masalahnya?!" Tanya Melina tanpa minat.

"Dia ni, isteri yang dah tiga bulan menikah tapi masih belum melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri, Mel!" Balas Eika pula.

"Tugas sebagai isteri..? Tugas apa? Masak? Cuci baju? Kemas rumah?!" Soal Melina polos.

"Ya ALLAH, Mel! Takkan kau tak faham?! Tugas sebagai isteri.. Maksudnya, dia-masih-dara! Masih belum disentuh suami!" Shida pula menjawab tanpa tapisan.

PANG!!

Melina merasa pipinya bagai ditampar. Ouch! Sangat perit dan pedih! Bukankah dia sendiri juga masih dara walaupun sudah hampir tiga bulan menikah dengan Ishq?!

Jangankan melakukan 'ehem-ehem' yang teramat intim itu, sentuhan-sentuhan fizikal juga jarang dilakukan walaupun dia dan Ishq tetap tidur sekatil, di dalam satu selimut! Agak susah hendak dipercayai, kan?! Tapi, ya! Itulah hakikatnya!

Paling mendebarkan pun, mereka cuma berpelukan. Itu pun kerana Melina masih trauma dengan kejadian yang menimpa Sakinah sehingga demam. Ditambah pula dengan period pain-nya yang menyerang keesokkannya. Jenuh juga Ishq melayaninya.

"Eh, boleh pulak macam tu?! Kalau aku jadi suami dia, baik aku menikah lain daripada nafkah batin aku tak dilayan macam tu!" Kata Wanie.

"Ehh.. Mana boleh macam tu, Wa!" Melina membalas cepat, lebih tepatnya seakan membela diri sendiri. Tidak rela rasanya kalau Ishq ingin bernikah lagi! Oopss..!

"Kenapa pulak tak boleh?! Kau ingat, Mel, apa gunanya kita menikah?! Salah satu sebabnya adalah untuk memenuhi keperluan biologi, kan? That means sex!" Kata Eika pula.

"Iya! Betul tu, Wanie, Eika! Aku setuju sangat! Nasib baiklah suaminya tu masih mahu bersabar dan bertahan. Kalau betul suaminya cari isteri lain, tak ke jadi masalah tu?" Sahut Shida pula.

Gulp!

Melina meneguk liur. Dia mula diserang angin kus-kus semangat, resah dengan komen teman-temannya. Hatinya mula berdebar dan risau memikirkan Ishq yang memang sudah diketahuinya adalah seorang lelaki yang normal zahir dan batinnya.

Sudahlah berparas kacak, berkerjaya bagus pula! Pasti ramai gadis di luar sana yang menanti-nantikan peluang untuk menggoda dan mendekatinya. Alamak! Melina menggigit bibir.

"Takkanlah sampai macam tu sekali, wei..! Sampai nak kena cari isteri lain?!" Kata Melina dalam nada cuak.

"Iya, Mel! Mengikut kajian yang pernah aku baca dalam majalah apa entah, setiap lelaki normal memerlukan 'bekalan' dua hari sekali paling kurang. Agak-agak seminggu empat kalilah. Yang nak 'bekalan' hari-hari pun ada, tahu!" Kata Eika.

"Betul tu! Kami bertiga ni dah lama merasa. Kau dengan Ishq tu masih dalam mood pengantin baru. Mesti Ishq hari-hari mintak 'bekalan', kan..?!" Soal Syida, menayang senyum nakal dan muka gatal.

Eika dan Wanie ketawa sakan mendengarnya.

"Longlailah kau kalau setiap malam kena 'ngap', Mel oii! Kotnya siang malam Ishq bantai, pantang ade chance! Hahaha..!" Balas Wanie dalam tawanya.

Melina hampir tersedak mendengar ayat kurang asam mereka, segera dia menyedut minumannya.

"Kau tahu, Mel? Lelaki yang selalu dapat 'bekalan' pun boleh curang dan makan luar, inikan pulak yang tak dapat! Hmm.. Lagilah weii..!" Kata Eika, disambut anggukan Wanie dan Syida.

Aduh..! Hati Melina mulai resah gelisah memikirkan Ishq Fazhriq, suaminya. Adakah Ishq sedang memendam hasratnya?! Adakah Ishq akan mencari 'bekalan' dari wanita lain setelah gagal mendapatkannya dari isterinya yang sah? Ahh, kalut!

Tapi.. Tapi itu semua terjadi bukanlah kerana Melina tidak ingin disentuh dan Ishq pula tidak ingin menyentuh. Mereka mempunyai perasaan itu dan telah mencuba, cuma mungkin belum tiba masanya lagi..

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now