💟 DUA PULUH SATU 💟

5.1K 245 1
                                    

Ternyata, mengubah status 'sahabat sejati' menjadi 'sesuatu yang lebih' itu tidak semudah yang Ishq dan Melina bayangkan sebelum ini.

Nampaknya adegan drama yang memaparkan babak kemesraan suami isteri yang begitu romantis dan indah setelah menikah perlu segera dihapuskan kerana perkara itu langsung tidak terjadi kepada watak pasangan pengantin baru kita di dalam novel ini, iaitu Ishq Fazhriq dan Melina Aleya!

Mereka malah merasa sangat janggal serta kekok dan lebih sering ketawa terbahak-bahak setiap kali mencuba melakukan skinship intim selayaknya suami isteri normal.

"Ishq, awak rasa sampai bila kita nak terus hidup macam ni?!" Tanya Melina ketika mereka sedang berbaring di bilik tidur selepas kegagalan mereka dalam melaksanakan misi 'kemesraan intim' untuk yang kesekian kalinya.

Ishq mengangkat bahu, menatap siling bilik. "Entahlah, Mel! Susah jugak nampaknya nak ubah mood kita, ya? Rasa peliklah pulak bila kita terlalu memaksa diri macam ni.."

Melina kembali membutangkan baju pijamanya yang terbuka. "Iya, saya tahu. But at least, kita kena keep on trying, right? Takkan kita nak stay macam ni aje seumur hidup.."

Ishq mengangguk, mengiyakan kata-kata Melina. "Awak jangan risaulah. Just let it go with the flow, okay! Insha ALLAH, akan dipermudahkan.."

"Tapi, saya rasa, hidup kita macam tak normallah, Ishq.." Melina sedikit mengeluh.

"Eh, tak normal apanya? Okey aje saya rasa. We just need some time, Mel.."

Melina mengiringkan tubuh menghadap wajah suaminya. "Ishq, kita kan dah lama kenal dan berkawan, tapi kenapa kita tak boleh terus jatuh cinta macam orang lain?"

Ishq tersengih turut mengiring menatap isterinya. "Sebab kita berbeza dari orang lain, Mel! We're so so different from others!"

"Yeah, you're right! We are so so different!" Kata Melina sebelum menutup mata, keletihan.

Ishq menarik selimut menutupi tubuh mereka lalu ikut memejam mata.

Dan begitulah seterusnya! Akhirnya mereka tekad memilih untuk menjalani kehidupan suami isteri mereka dengan seadanya.

💟💟💟

Berkenalan dan berkawan selama lebih 20 tahun ternyata masih belum cukup bagi Ishq dan Melina untuk saling mengenali peribadi antara satu sama lain. Dan hal itu benar-benar terasa setelah mereka memutuskan untuk tinggal berdua di kondo Ishq.

Ishq baru mengetahui rupa-rupanya Melina cukup berpegang pada agama. Dan dia paling pantang melewatkan solat. Jadi, mahu tidak mahu, hal itu turut mempengaruhi Ishq. Of course-lah, semestinya dia wajib menunjukkan contoh yang lebih baik untuk isterinya, kan?!

Selain itu, Melina juga benar-benar melaksanakan niatnya untuk bertudung setelah menikah. Itu adalah antara hal-hal baiknya.

Sementara hal buruknya pula, tetapi tidaklah terlalu buruk sebenarnya, tapi agak melucukan bagi Ishq, ternyata Melina adalah jenis gadis manja dan mudah terbawa-bawa perasaan.

Melina selalu berjaya menghabiskan sekotak tisu ketika menonton drama Korea yang memaparkan adegan sedih atau romantis. Kadangkala dia akan ketawa terbahak-bahak sampai keluar airmata apabila menonton siri 'Running Man' kegemarannya.

Melina juga sangat kuat makan. Dan itu memang sudah lama diketahui Ishq namun Ishq tidak pula menyangka sekuat itu tenaga makannya, namun tubuhnya tidak pula naik-naik.

Manakala bagi Melina pula, Ishq ternyata sangat handal memasak terutama masakan Cina. Mungkin kerana ini dipengaruhi oleh daddy-nya yang memang berdarah Cina. Dan kehandalan Ishq dalam masakan ternyata sangat menguntungkan Melina yang memang kuat makan, tentunya!

Selain itu, Ishq juga sangat kuat tidur dan susah pula bangunnya. Dia akan memanfaatkan setiap masa terluang di kondo mereka dengan tidur selain work-out di gimnasium mini yang terletak di satu ruangan kondonya.

Well.. Itu antara sebahagian hal yang selama ini luput dari perhatian mereka selama lebih 20 tahun perkenalan, yang baru mereka ketahui dan sedari setelah menikah dan tinggal sebumbung.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now