💟 DUA PULUH TIGA 💟

4.9K 262 4
                                    

Ishq menekan-nekan punat remote control televisyen, menukar-nukar channel tanpa minat. Matanya kembali melirik jam di dinding ruang tamu, entah untuk kali ke berapa pun dia sudah tidak terkira.

Pukul 4.40 petang. Melina masih belum pulang, malah langsung tidak menghubunginya walaupun sekali sejak dari keluar pagi tadi.

Perempuan, perempuan! Kalau dah bertemu dengan geng yang satu kepala, sampai boleh lupa waktu, lupa suami! Ishq mendengus sambil tersenyum sendiri.

Ishq tidak marah sebenarnya. Cuma bila difikir-fikirkan semula disaat-saat bersendirian begini, kondo mewahnya ini terasa sepi pula tanpa kehadiran Melina setelah hampir dua bulan mereka tinggal bersama.

Suara-suara yang ditimbulkan Melina melalui bebelannya ketika memasak, yang hasil masakannya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan masakan Ishq sendiri, suara nyanyian lagu bahasa Koreanya yang entah apa-apa, yang selalu membingitkan telinga. Suara ketawanya, malah tangisannya ketika menonton drama Korea kegemarannya, semuanya terbayang di mata Ishq. Membawa satu perasaan indah dan manis di hati lelakinya.

Rasanya Ishq menjadi terlalu rindu pada semua perkara itu sekarang.. Ehh, wait a minute.. Rindu?! Rindukah dia pada Melina?! Cinta?! Ishq menarik nafas dengan senyuman senget.

Smartphone-nya tiba-tiba berdering. Dia menatap gambar Melina dengan nama 'My Mel' yang tertera di skrin phone. Dan entah kenapa, tiba-tiba senyuman sengetnya mengembang, mekar dan ceria.

"He.."

"Ishq.. Hiks.. Hiks..!"

Belum habis Ishq menyapa 'Hello', suara Melina sudah menerpa ke telinganya sambil menangis teresak-esak.

Segera Ishq menegakkan tubuh dari posisi duduk terus bersandar di sofa.

"Mel.. Awak kenapa?! Ada apa ni?! Hei..!" Ishq bersuara panik. Mendengar esakan bertalu-talu dari isterinya di hujung talian itu membuat hatinya menjadi kalut.

"Sakinah, Ishq..! Dia.. Hiks.. Hiks.." Esakan Melina semakin menjadi-jadi, membuat suara isterinya itu terdengar tenggelam timbul, menjadikan Ishq bertambah panik dan kalut.

"Okay, okay, Mel.. Just calm down and tell me where you are right now?!" Ishq cuba bersuara tenang.

"Saya.. Saya di.. Hiks.. Wad emergency.. Hospital.. Hiks.. Hiks.."

"Okay, just rilex, okay.. Just stay where you are now.. I'll be right there..!" Ishq meneguk liur dengan dada berdebar. Hospital?!

💟💟💟

Ishq menelusuri lorong wad kecemasan hospital. Langkahnya diperlahankan ketika dia menemukan susuk tubuh yang dicarinya.

Melina sedang duduk di atas lantai sendirian, tertunduk lemah sambil memeluk lutut. Wajahnya dibenamkan ke lutut. Ishq mengenali Melina dari blaus dan tudung yang dipakainya. Perlahan Ishq mendekati.

"Mel..!" Panggil Ishq perlahan sambil menyentuh bahu Melina, membuat isterinya itu pantas mendongak.

Mata Melina kelihatan basah dan sedikit bengkak kerana terlalu banyak menangis. Wajahnya pula nampak pucat. Melina pantas berdiri dan kedua-dua tangannya segera memeluk pinggang Ishq.

Melina menyembamkan wajahnya ke leher Ishq dan menangis semahu-mahunya di leher suaminya. Cuba mencari ketenangan dan menyalurkan perasaan sedihnya ketika ini.

Ishq balas memeluk dengan tangan melingkari tubuh Melina. Dan dia dapat merasakan tubuh isterinya menggeletar dalam esakan dan ketakutan yang amat sangat.

Apa yang terjadi sebenarnya ni..?! Ishq semakin kebingungan..

💟💟💟

Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

Ooops.. Kenapa tu? Suspen ni..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now