💟 DUA PULUH TUJUH 💟

6.6K 271 7
                                    

Melina mengerdip-ngerdipkan mata, masih berada dalam sisa kantuk dan keletihan. Setiap inci tubuhnya terasa kebas dan lemah, pinggangnya terasa lenguh dan berat. Dia melirik Ishq yang sedang memeluknya, erat dan rapat dari belakang.

Ishq Fazhriq, lelaki yang sudah bertahun-tahun dikenalinya, yang selama hampir tiga bulan ini biasa dilihatnya setiap kali bangun dari tidur. Tetapi pagi ini segalanya terasa sangat berbeza.

Dengan kejadian intim semalam dan keadaan tubuh mereka sekarang yang hanya dibaluti selimut tanpa seurat benang begini, membuat Melina menjadi salah tingkah.

Ishq masih terlena. Nafasnya menghembus perlahan dan terasa hangat menyentuh daun telinga Melina. Melina mengusap leher yang terasa lenguh. Apakah setelah terjadinya keintiman semalam, mereka berdua masih boleh berbicara lepas bebas dan saling menatap selamba seperti dulu?!

Dalam rasa serba salah begini, sebenarnya Melina juga merasa cukup lega kerana telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai isteri Ishq yang sesungguhnya. Melepaskan harta yang selama ini dijaga rapi, hanya untuk suaminya yang sah.

Mata Melina beralih ke jam di meja sisi katil. Pukul 6.05 pagi. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Ishq yang melingkari pinggangnya. Dengan sisa keletihan dan kesakitan, dia perlahan-lahan menuruni katil.

Melina menutup dadanya dengan tangan kanan dan tangan kirinya pula menutup bahagian bawah tubuhnya yang masih terasa pedih dan ngilu lalu mencapai tuala dan bergerak ke bilik air untuk bersuci dan kemudian bersolat Subuh.

Selesai bersolat dan masih bertelekung, dia mengejutkan Ishq yang masih terlena damai. Ketika Ishq mandi, Melina segera menyarung pakaian serta tudung, ingin segera menutupi tubuh dan lehernya yang dipenuhi tanda-tanda cinta ciptaan Ishq.

Ishq pula, sebaik selesai mandi dan bersolat, terus mengenakan t-shirt dan seluar pendek paras bawah lutut bagi menjalani rutin pagi Sabtunya, joging. Biasanya bersama Melina, tetapi ketika dia keluar dari bilik mandi tadi sampailah selesai menyarung kasut, bayang Melina langsung tidak kelihatan.

Cuma ada pesanan Whatsapp dari isterinya memberitahu yang dia turun ke bawah sebentar untuk membeli sarapan. Ishq mengerut kening, pelik. Tidak biasanya Melina meninggalkan pesanan begini. Dan kebiasaannya, setiap hari Sabtu ketika keluar berjoging, mereka akan bersarapan di luar.

Setelah menunggu hampir 15 minit dan Melina masih belum juga muncul, akhirnya Ishq turun dan berjoging sendirian. Di basement kondo mereka, Ishq masih tidak melihat kelibat isterinya. Kereta mereka pula masih terparkir secara bersebelahan.

Jam 8.45 pagi, sepulangnya Ishq dari berjoging, Melina masih juga tidak kelihatan. Hanya ada memo di atas meja bar meminta Ishq bersarapan dan Melina memberitahu dia telah dijemput mamanya. Ishq diminta untuk terus ke rumah keluarga mertuanya setelah urusannya selesai.

Ishq menatap sendu bungkusan nasi lemak di depannya. Kopi 'O' yang sudah disediakan Melina di dalam termos, dituang ke cawan. Yang dikesalkan Ishq sekarang ialah dia belum dapat melihat wajah isterinya sejak kejadian semalam.

Malah dia tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada Melina atas malam pertama yang sungguh indah itu. Tahu-tahu pagi ini, isterinya menghilang begitu sahaja!

Marahkah Melina padanya kerana dia telah terlepas kawalan semalam? Tapi, kan Melina sudah mengizinkan? Dan, jelas isterinya juga menikmati sentuhannya dan berusaha membalasnya agar seimbang walaupun dia sedar Melina agak kekok melayaninya.

Tapi, Melina ada menyebut dia kesakitan semalam! Sakit?! Terbayang di matanya kerutan kening Melina dan suara rintihannya. Rasanya Ishq sudah sehabis daya untuk tidak berkasar namun sebagai lelaki, dia akui dia masih sedikit liar.

Ishq bergegas berlari masuk ke bilik tidur dan matanya bersinar ceria melihat beberapa tompok merah tercetak di cadar polkadot hitam putih mereka. Darah Melina!

Pasti kerana ini! Melina pasti terlupa menggantikan cadar kerana malu jika terserempak dengan Ishq, jadi dia menggunakan mama sebagai alasan untuk melarikan diri.

Selesai membersihkan diri dan menukar cadar, Ishq memandu ke rumah mertuanya. Di sana juga, jangankan hendak menegur, malahan Melina terus menerus menempel pada mamanya yang sibuk memasak di dapur bersama dua orang ibu saudaranya.

Ishq pula duduk bermain catur bersama papa mertuanya. Setelah itu, Ishq berbual-bual pula dengan ahli keluarga lelaki Melina, manakala isterinya pula melekat dengan sepupu-sepupu perempuannya

Ahh.. Nampaknya hari ini memang tiada rezeki untuk mereka duduk berduan-duaan.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

Kelakar pulak lh diorg berdua ni, kan? Melina mcm berusaha nk larikan diri dr Ishq je haha.. Malulah tu..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now