💟 LIMA BELAS💟

5.1K 239 8
                                    

Dan mahu tidak mahu, Melina tersenyum simpul, merasa tersanjung dengan kata-kata Ilham itu.

"Sekarang, rasanya saya sudah layak untuk mendampingi awak, kan? Masih adakah lagi cinta awak untuk saya, Mel?! Cinta saya masih seperti dulu malah rasanya lebih lagi sekarang.

Kalau dulu, saya cuma mampu melamar awak menjadi kekasih, kini saya nak melamar awak sebagai isteri saya, menjadi ibu pada anak-anak saya. Will you marry me..?!"

Melina tersentak. Seorang lelaki yang begitu tulus mengakui. Lelaki yang selama ini menjauhi dirinya, bukan kerana membenci tetapi kerana terlalu mencintai. Seorang lelaki yang berusaha keras untuk meraih 'sesuatu' agar dapat menjadi 'seseorang' yang layak mendampinginya.

Dan lelaki itu adalah lelaki yang sama dia cintai, yang dia harapkan, kini ada di depan matanya, melamarnya! Hati Melina mekar indah berbunga-bunga. Benar, Ilham adalah lelaki idamannya, lelaki impiannya dan dia hampir-hampir saja mengatakan 'ya' dan..

Dan tiba-tiba bayangan wajah Ishq Fazhriq muncul di benaknya. 'Setidaknya, sebagai sahabat sejati, kau takkan menyakiti aku kan?!' Ucapan tulus dan sayu lelaki itu kembali menerjah mindanya.

Memang Melina tidak menyintai Ishq. Tetapi dia sayangkan lelaki itu sebagai sahabat dan tentunya dia juga tidak sanggup mengecewakan Ishq semata-mata untuk mengejar kebahagiaannya.

Melina tidak sanggup untuk menyakiti daddy dan mommy Ishq dan lebih-lebih lagi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan mama dan papanya sendiri yang sudah sangat mengharapkan akan terjalinnya ikatan sah antara dia dan Ishq.

Melina tersenyum melihat Ilham yang nampak cemas menunggu jawapan darinya. Ya ALLAH! Malahan cara Ilham melamar juga lebih manis dari Ishq. Sesungguhnya, sesuatu yang dilakukan dengan penuh cinta dan diterima dengan penuh cinta juga, rasanya memang berbeza dan manis sekali.

"Am I too late, Mel?! Awak dah ada orang lain?!" Tanya Ilham. Dia dapat meneka hanya dengan melihat riak wajah gadis itu. Wajah Melina memang tidak pintar untuk menyembunyikan sesuatu.

Perlahan, Melina angguk. "Ilham, mungkin kita memang tak ditakdirkan berjodoh. Saya akan menikah tiga minggu lagi, insha ALLAH!"

Ilham menahan nafas. "De.. Dengan siapa, Mel? Someone I know?!"

"Ishq Fazhriq! My truly very best friend. Awak ingat dia lagi, kan?"

Ilham mempamer senyum terpaksa. Tidak mungkin dia dapat melupakan lelaki itu. Tumbukan Ishq masih terasa pijar di wajahnya.

"Oh, dia! Good for you. Dia pasti akan menjaga awak dengan baik. Seperti yang dilakukannya selama ini.." Dia angguk lemah.

Ya, Melina tidak menafikan selama ini Ishq Fazhriq memang menjaga dan melindungi dirinya dengan sebaiknya. Malah, ketika Ilham bertindak meninggalkan Melina, lelaki itulah yang paling tidak berdiam diri, seolah-olah dia tidak dapat menerima jika Melina disakiti.

Ketika itu, hampir setiap hari Ishq akan menelefon, Whatsapp atau ber-video call dengannya, untuk menenangkannya.

"Ishq Fazhriq! Saya memang dah jangka dari awal, lambat laun awak dan dia akan menjadi lebih dari sekadar sahabat baik, Mel! Tapi kenapa saya tetap masih mengharapkan awak?"

"Saya dan Ishq.. Hubungan kami bukan macam yang awak fikirkan, Ilham! The thing is.." Kata Melina cepat. Dia tahu Ilham telah salah faham akan hakikat perhubungannya dengan Ishq. Dan entah kenapa, dia malah tidak ingin Ilham terus salah sangka.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

Woah woah.. Ex boyfriend rupanya.. Hmm.. Macamana ekk..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now