💟 TIGA PULUH EMPAT 💟

6.1K 225 4
                                    

"Assalamualaikum, Ishq! Sorry, lambat sikit.." Sapa Melina, mematikan tumpuan Ishq yang sedang ralit bermain game di I-Pad.

Melina meletakkan beberapa buah beg kertas berisi beliannya di lantai kafe di tepi kaki meja, mencapai tangan kanan Ishq lalu dicium sebelum duduk di depan suaminya. "Dah lama ke tunggu?"

"Tak ada sorry-sorry. Malam nanti saya nak denda awak!" Balas Ishq, bersahaja. "Tak adalah, saya pun baru sampai. Lepas solat Isyak tadi saya terus ke sini." Sahut Ishq.

Dia menatap wajah isterinya yang nampak segar dan bersih berseri, sama seperti ketika mereka berpisah di depan office-nya pagi tadi. "Awak dah solat Isyak?"

"Dah. Dengan Wanie tadi. Sebab tu saya turun lambat sikit ni.."

"Mana Wanie?" Ishq sekadar berbasa basi.

"Dah balik dah.."

"Oh..!" Ishq berdehem perlahan, berharap Melina akan memperhatikan penampilannya malam ini.

"Ehh.. Awak balik kondo dulu ke tadi?!" Soal Melina bila menyedari Ishq tidak lagi mengenakan office wear-nya iaitu kemeja dan vest siang tadi.

Malam ini Ishq mengenakan kemeja satin hitam yang menyerlahkan bentuk tubuhnya yang seksi sasa dan dibuka pula dua butang teratas dan dipadankan dengan jeans. Dan entah kenapa, hati Melina berdetik ceria, memuji penampilan suaminya yang sememangnya sentiasa kacak bergaya tetapi malam ini terasa sungguh berbeza.

Ahh.. Ishq! Kenapalah awak ni handsome and sweet sangat?! Tak boleh move on rasanya. Rindu.. Hati Melina berbisik gatal.

"Yelah! Saya balik mandi dulu, bagi wangi-wangi, handsome-handsome! Nak dating dengan kekasih halal a.k.a isteri tersayang, kan?! Untung-untung dapat upah special malam ni! Dapat game 4 round!" Ishq senyum, membuat matanya yang agak sepet, menjadi semakin sepet dan comel. "Awak tu yang belum mandi! Seharian tak balik rumah!"

"Ehh.. Tolong sikit, ya?! Petang tadi saya dah pergi spa. Urut-urut dan buat lulur seluruh badan lagi! Lepas tu mandi wap terus mandilah! Then pergi saloon, cuci rambut lagi!" Melina menjawab, tidak mahu kalah.

Ishq tersenyum melirik jelingan isterinya. Manjanya jelingan dia, ya! Geramnya lahai..

"Awak dah makan?" Melina menyoal.

"Belum! Saya tunggu awaklah. Kan saya dah cakap, sekarang ni, kalau buat apa-apa sorang-sorang rasa macam tak best je! Nak berdua dengan awak jugak!"

Ishq mengembangkan senyum menggodanya, membuat Melina tertunduk malu sebelum dia menggamit pelayan kafe dan memesan makan malam.

"Mel, saya rasa, kita kena ada panggilan manjalah!" Kata Ishq ketika mereka mula menikmati makan malam.

"Panggilan manja?! Maksud awak?" Kening Melina berkerut.

"Yelah! Panggilan manja.. Macam abang-sayang, darling-honey! Something like that! Takkanlah dah jadi suami isteri pun still nak panggil nama macam biasa, kan?! Jemu! Tak romantik!" Balas Ishq.

Melina mengernyit hidung. "Perlu ke? Hish.. Dah macam budak-budak sekolah bercinta aje!"

"Hei, haruslah perlu! Malah, panggilan manja tu sangat penting untuk pasangan pengantin baru yang hangat dilamun cinta macam kita ni! Baru romantik! Baru rasa cinta dan kemesraan tu makin bertambah!" Kata Ishq penuh bersemangat.

"Amboii.. Sejak bila awak pandai beromantik-romantik ni?! Sebelum ni, poyo aje!" Melina tidak dapat menahan ketawa mendengar hujah-hujah suaminya.

"Sejak saya dah jadi suami kepada isteri saya yang sepenuhnyalah! Sejak isteri saya asyik mengerang dan merengek manja bila kami make love!" Ishq mengusik.

Wajah Melina sudah merah menahan malu. Mana mungkin dia tidak mengerang dan merengek kalau sentuhan suaminya itu begitu padu menggoda setiap inci tubuhnya. Hmm..

"Kalau budak-budak sekolah yang bercinta monyet tu pun pandai berpapa-mama, bersayang-cinta, kalau dah nikah nanti nak panggil apa? Allahyarham-allahyarhamah?!" Ishq masih meneruskan hujah-hujahnya.

Melina terus ketawa mendengar kata-kata Ishq. "Okey.. Okey.. Kalau macam tu, awak nak guna panggilan manja apa?! Any suggestion?!"

"Hmm.. Abang-adik..?!" Kata Ishq ala kadar.

"Hah?!" Melina menatap seram sejuk. "Seriously?! A-abang-adik..?!"

"Okeylah tu! Adik kan lebih muda 5 tahun dari abang..?"

"Haah..?! Tak nak! Tak nak!" Melina menutup telinga. Seram pula dengan sebutan Ishq sebentar tadi. "Nanti orang ingat kita adik beradik pulak!"

Ishq ketawa lucu melihat penolakan Melina atas gurauannya tadi.

"Please, Ishq! Panggilan lainlah! Abang tu dah okey, tapi adik..?! Yuck! Gelilah yang tu!"

"Dah tu nak panggil apa?"

Melina berfikir sejenak. "Haa.. Macam nilah. Panggilan manja tu kita panggil apa yang terlintas saja. Yang penting, bukan nama masing-masing, bukan juga saya awak! How's that?!"

"Hmm.. Yang terlintas, ya? Macamana tu?!"

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now