💟 TIGA 💟

6.1K 331 10
                                    

Ishq menarik laci meja kerjanya, meraih sebuah frem berisi foto dirinya bersama seorang gadis berambut separas bahu, bermata indah dan berhidung mancung. Kecantikan yang sangat sempurna di mata lelakinya.

"Hmm.." Ishq mengeluh, menghembus nafas berat. Setelah hampir 3 tahun berpisah, dia memang tidak pernah mampu untuk melupakan Camelia, gadis kacukan Indonesia dan Belanda yang menjadi cinta hatinya sejak tahun pertama pengajian di universiti.

Tempoh 4 tahun perkenalan, bukanlah waktu yang singkat untuk menjalin sebuah hubungan serius. Mereka saling mencintai. Dan hubungan mereka itu malah hampir menjengah gerbang pertunangan seandainya Camelia tidak memutuskannya secara tiba-tiba.

Camelia lebih memilih menikahi lelaki pilihan keluarganya berbanding dirinya yang baru mula menapak dalam bidang pekerjaan.

Alasan itu agak cliche mungkin, patuh kepada permintaan orang tua menjadi alasan utamanya. Dan semua itu berlaku 3 tahun lalu, satu tempoh waktu yang cukup panjang.

Tapi yang nyata, sepanjang tempoh itu, Ishq masih belum mampu melupakan Camelia, walaupun dia telah cuba menjalin perhubungan dengan beberapa wanita termasuk yang terakhir ini, dengan seorang gadis remaja berusia 10 tahun lebih muda, Nerina!

Lamunan Ishq mati ketika smartphone-nya yang berada di atas meja kerja kacanya bergetar. Ishq sekadar melirik malas. Dari Nerina!

Hush! Gadis yang satu ini memang paling sukar untuk diputuskan. Tidak seperti ex-nya yang sebelum-sebelum ini. Entahkan mungkin kerana usianya yang masih remaja atau kerana gadis ini tidak mahu kehilangan aset berharga seperti dirinya?

Aset berharga?! Of course-lah! Lelaki muda berusia 29 tahun dengan kerjaya sebagai pengarah pengiklanan dan graphic designer berbakat yang memiliki firma sendiri walaupun kecil dan masih baru bertapak, berparas kacak dan bertubuh tinggi segak sasa begini, gadis mana yang mahu melepaskannya sebegitu mudah?!

Smartphone-nya bergetar lagi. Ini adalah panggilan yang kesekian kalinya sejak beberapa hari lalu. Dan hari ini saja sudah berbelas-belas kali Nerina menelefonnya namun tidak dilayan. Dan tujuan gadis itu pasti sama. Nerina tidak ingin berpisah!

Dari awal lagi, Ishq memang hanya berniat ingin bermain-main dengan gadis itu. Tiada yang serius. Lagipun, dia mengakui kebenaran kata-kata Melina seminggu lalu.

Di usia sekarang, bukan lagi waktunya untuk dia bermain cinta, apalagi dengan gadis remaja begitu. Dia cuma sekadar ingin mengisi waktu lapangnya saja dari kebosanan hidup solo!

Setelah melihat ada 7 missed call, digetaran ke 8, Ishq mencapai smartphone dengan malas.

"Hey, darling! Kenapa baru pick up phone? Tadi you ke mana? Ada meeting, ya, darling?!" Tanya suara manja di hujung talian.

Ya ALLAH! Apakah gadis ini memang tidak ada deria rasa malu walau secuit? Padahal, Ishq sudah menyatakan dengan sangat jelas yang mereka sudah putus sejak lebih seminggu lalu! Tapi kenapa sikap manja Nerina masih sama seperti ketika mereka masih bersama?!

"Apa lagi you nak ni, Nerina?" Tanya Ishq bosan. Tangan kirinya memasukkan kembali frem tadi ke dalam laci meja.

"Darling.. I laparlah.. Let's have lunch together, please..?" Ajak Nerina dengan nada manja tanpa rasa bersalah, seolah-olah kata putus dari Ishq itu hanyalah suara di angin lalu.

"Nerina, just listen here, okay! Kan I dah cakap, kita dah putus. PU-TUS!! So please.. Please jangan call or cari I lagi, okay?!" Tegas Ishq, hampir hilang sabar.

Aduh, susah betul melayani karenah gadis remaja yang satu ini!

"No, darling! I tak nak putus dengan you! I love you so much, dear!" Nerina merayu manja.

Ishq menahan nafas. Aduh.. Agresif betullah budak ni!

"Enough is enough, okay?! Kita memang tak boleh bersama! You patut cari lelaki yang sebaya dengan you! I.. I dah terlalu tua untuk you!" Kata Ishq dalam nada kelat, menyebut perkataan 'tua' itu.

"But darling, I tak kisah pun you lebih tua dari I.. Kan cinta tu tak kenal usia..!" Balas Nerina, bersahaja.

Hamboi ayat dia! Belajar dari mana budak ni?! Mesti suka sangat layan drama slot Akasia pukul 7 malam ni!

"You.. You.. Hallo..? Darling..?!"

"Sorry, Nerina. I ada hal ni. I really got to go!" Segera Ishq mematikan talian.

Aduh! Susah.. Susah.. Menyesal dia bermain cinta dengan budak remaja. Baru sekali mencuba, sudah terkena yang parah begini. Inilah akibatnya kalau test market tidak kena tempat. Aduh.. Serik.. Serik..

Ishq melirik jam tangan Omega-nya. Sudah hampir waktu lunch. Otaknya merakam satu nama. Dan dia tidak ingin menikmati lunch sendirian hari ini.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now