💟 SEMBILAN BELAS 💟

4.6K 259 11
                                    

"Cancel-kan?! It's so easy for you to say that, hmm..?! Nak cancel majlis nikah kita?! Stop doing stupid joke because it's not funny, AT ALL!! Look, Mel! Kita dah berbincang, dah berfikir masak-masak dan dah sepakat sebelum buat keputusan ni! So, you have no rights untuk ubah semua keputusan, sendirian!" Ishq melepas nafas.

"Ishq, please understand.."

"You're making excuses, Mel.." Ishq bersuara curiga, mengecilkan mata sepetnya, seakan mengesyaki ada sesuatu yang sedang disembunyikan Melina.

Melina meneguk liur. "No! Of course I'm not! What is wrong with you, Ishq?! Don't you understand, anyway?!"

"Nothing is wrong with me, Mel! It's you! What is wrong with you?!" Suara Ishq sudah sedikit meninggi.

Melina melepas nafas, merasa sedikit terperangkap.

"You listen here, Melina Aleya! Saya sudah merelakan awak berdiri di depan pintu saya dan cuma tinggal selangkah saja lagi sebelum pintu itu terbuka supaya awak dapat melangkah masuk ke dalam. And now..?! You want me to let you go, just like that?!" Soal Ishq sambil memetik jari.

Melina menatap tepat ke mata Ishq. Dia menarik tangannya sedikit, berusaha melepaskan pegangan Ishq pada lengannya.

"Ya, Ishq! Memang saya sedang berdiri di depan pintu awak sekarang. Saya pun berharap agar dapat melangkah masuk ke dalamnya walaupun kita berdua tahu bukan itu yang kita inginkan. You want someone else, Ishq! Not me! And, kalau awak enggan lepaskan saya hanya kerana ingin menjaga hati, just forget about it! I'm going to be fine! Biarkan saja saya singgah ke pintu lain, pintu yang benar-benar ingin terbuka untuk saya. Dan biarkan Camelia yang masuk ke pintu awak..!"

Ishq menatap kecewa. "No, Melina! This is not just about menjaga hati awak seorang! Ini soal tanggungjawab saya sebagai lelaki! Awak tahu dan sedar, kan? Banyak hati yang akan kecewa jika majlis kita dibatalkan. Family kita! Daddy dan mommy saya serta papa dan mama awak! Dan apa jaminannya yang hubungan kita sekeluarga akan kekal baik macam sediakala kalau pernikahan kita benar-benar dibatalkan?! I can't guarantee it! And sure you can't too! Saya akan diburu rasa bersalah for my entire life! Dan ini sangat-sangat akan menghancurkan hubungan baik family kita! Apalagi kalau lepas saya nikah lain nanti, awak pulak tak nikah-nikah sebab tak laku.."

Melina pantas mencubit lengan Ishq, marah dengan kata-kata lelaki itu. Dia sebenarnya langsung tidak menyalahkan Ishq dengan kata-kata itu kerana dia sendiri masih belum menceritakan tentang kehadiran semula Ilham dalam hidupnya.

"Apa, awak ingat saya ni tak laku sangat ke?!" Balas Melina, menjeling Ishq yang menggosok-gosok lengannya yang dilapisi kemeja.

Ishq meringis dan mengaduh kecil. Walaupun lengannya dilapisi kemeja, namun bisa cubitan gadis itu tetap terasa. Dan dia mula merasakan ketegangan antara mereka sebentar tadi sudah mulai mengendur. Dan seperti biasanya sejak dulu, mereka tidak akan pernah dapat berlama-lama bersikap serius.

Ishq senyum. "Well now, enough of this nonsense! Just remember this, okay! Takkan ada pembatalan apa-apa pun! Never!" Tegas Ishq, disambut anggukan dan senyuman pasrah oleh Melina.

"But, how about Camelia? She still loves you.." Melina masih menyuarakan rasa bimbang.

"It's all just about time, Mel! Believe me, she'll be fine with it! And actually, saya lebih rela menjauhi dia seperti dulu dari terpaksa berpisah dengan bakal isteri saya ni!" Sahut Ishq tersenyum nakal.

Melina turut tersenyum dan mengangguk, rela dan pasrah. Rasanya sedikit janggal kerana tiba-tiba mereka berbicara serius dalam mesra seperti ini.

Dan kelihatannya mereka sekarang ini benar-benar seperti sepasang kekasih yang sedang bertengkar, yang kemudiannya diakhiri dengan senyuman menggoda dan malu-malu.

Aduhh.. Melina lemas dengan tatapan Ishq.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

Hahaha.. Kahwinlah jugak gamaknya diorang berdua ni haa..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now