💟 DUA PULUH ENAM 💟

6.6K 273 10
                                    

Ishq cuma tersenyum ringan apabila diusik oleh para pekerjanya. Menurut mereka sejak beristeri, bos mereka itu selalu pulang tepat waktu dari office. Malah dia juga turut menyarankan agar mereka semua segera pulang setelah tamat waktu kerja.

Dahulu, kebiasaannya Ishq akan merayap seketika sama ada untuk minum-minum di kafe atau sesekali berkunjung ke kelab selepas office hour bagi menghilangkan lelah dan bosan seharian bekerja sebelum pulang ke kondo.

Kini, Ishq mengakui kebenaran kata-kata mereka. Dia kini paling malas diajak keluar minum atau berlama-lama di office dan lebih suka menghabiskan masa bersama Melina di rumah walaupun hanya sekadar untuk berbual-bual kosong, menonton televisyen atau memasak.

Seperti hari ini, mood Ishq sedikit down. Dia terpaksa pulang lewat kerana perlu menghadiri urgent meeting dengan client. Sudahlah siang tadi dia terpaksa membatalkan lunch date dengan Melina dan sekarang tidak dapat pula dinner bersama isterinya di rumah.

Petang tadi dia sudah mengirimkan pesanan Whatsapp memberitahu Melina yang dia terpaksa pulang agak lewat dan meminta isterinya itu makan dahulu.

Jam 8.25 malam, Ishq tiba di kondo. Dapat dilihat dengan jelas kesan airmata di pipi Melina ketika isterinya itu menyambutnya di muka pintu dan mencium tangannya. Tisu bekas pakai kelihatan bertebaran di dalam bakul sampah kecil di tepi kaki sofa.

Ishq menatap televisyen LED 60" lengkap dengan set home theatre di ruang menonton. Drama Korea lagi..?! Ya ALLAH! Kenapalah isteri aku ini suka sangat menangisi televisyen?!

Setelah selesai mandi dan bersolat Isyak, Ishq ikut menonton bersama, sekadar melepaskan penat. Dia duduk di sofa bersebelahan Melina. Di atas meja sudah tersedia kopi 'o' panas dan sebalang kerepek pisang.

"Awak dah makan? Dah solat?" Tanya Ishq sambil meneguk perlahan kopinya. Diperhatikan Melina yang mengenakan baju tidur satin ala kemeja labuh paras lutut.

"Dah.." Melina angguk. Matanya masih fokus menatap skrin. Sepertinya sekarang sudah tiada lagi adegan-adegan sedih, padahal Ishq teringin sangat hendak melihat Melina menangis, yang pastinya akan nampak sangat lucu dan comel di matanya.

"Ni sambungan siri drama yang semalam, kan? Tak habis lagi ke?!" Tanya Ishq. Satu kebiasaannya kini, ikut menonton drama Korea yang ditonton Melina.

"Iya.. Ni dah final episode..!" Sahut Melina.

Drama yang sedang mereka tonton saat ini adalah drama bersiri Korea berjudul 'The Legend of The Blue Sea'. Sedikit sebanyak Ishq dapat menangkap jalan ceritanya walaupun hanya ditonton secara skip-skip.

Mengisahkan cinta si ikan duyung yang begitu menyentuh hati. Yang sanggup menempuh pelbagai dugaan dalam menjejaki lelaki yang menjadi cinta sejatinya. Airmata Melina mengalir lagi menghayati kisah cinta dua dunia berbeza itu.

Kini sampailah ke adegan pelakonnya bermesra di atas katil. Tiba-tiba saja Ishq dan Melina merasa janggal dan tergamam ketika tiba di adegan kedua-dua pelakon itu berciuman bibir, salah satu hal yang selama ini gagal mereka lakukan.

Melina melirik ke sisi dengan ekor mata. Dilihatnya halkum Ishq bergerak dengan mata yang masih menatap skrin. Dan Melina sendiri mula teringat pada perbincangan soal 'bekalan' dengan teman-temannya siang tadi.

"Mel.." Panggil Ishq dengan suara sedikit serak.

"I.. Iya..?!" Pantas Melina menoleh.

"Let's try it, again.."

"Try what?!" Soal Melina, sedikit kebingungan.

"Try that..!" Ishq menunjuk pada aksi berciuman mesra di skrin. "Tapi kali ni, kita kena cuba betul-betul.. Tak nak ketawa-ketawa macam selalu tu.." Perlahan namun nada Ishq terdengar cukup tegas, menatap mata Melina.

Melina menggigit sudut bibirnya, mengangguk pasrah. Ya, walau apa pun, mereka adalah suami isteri yang sah. Yang saling memiliki hak dan tanggungjawab antara satu sama lain yang wajib dilaksanakan.

Mereka harus mencuba untuk melakukannya. Mesti! Tidak mungkin tiada peningkatan langsung dalam hubungan rumahtangga mereka, kan?!

Dan seterusnya, tidak perlu dipanjang ceritakan lagi. Setelah menikmati beberapa 'hidangan pembuka selera' yang luar biasa di sofa, dengan keadaan Melina yang sudah separuh lemah dengan butang pijama yang sudah terbuka seluruhnya, Ishq akhirnya mengangkat tubuh Melina menuju ke bilik tidur mereka untuk menikmati 'menu utama' pula.

Dan yang pasti, malam itu mereka berdua berjaya melalui beberapa tahap selanjutnya. Kemajuan yang cukup signifikan dan menakjubkan terjadi hanya dalam tempoh satu malam setelah melalui hampir tiga bulan pernikahan.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

Alhamdulillah.. Settle dh huhu..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now