💟 DUA BELAS 💟

5.2K 278 5
                                    

Dan seperti yang diduga sejak dari awal, kedua-dua belah pihak keluarga ternyata sangat teruja dengan keputusan Ishq dan Melina untuk menikah. Malah rasa keterujaan mereka dirasakan melebihi dari pasangan itu sendiri.

"Haa, kan mama dah cakap, kalau dah jodoh tu takkan ke mana! Pusing-pusing akhirnya dengan Ishq juga!" Kata mama Melina, Jaslin, yang kelihatan sangat bahagia kerana telah menemui calon menantu pilihan tangga teratasnya.

"Dan mama nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada Ishq sebab selamatkan Mel dari Mustakim dan keluarga penipunya tu!"

"See?! I told you! Macam dah nak jadi jodoh mereka pulak. Tapi kenapa tak dari dulu aje you berdua ni menikah? Tunggu dah tua macam ni baru nak sedar dah terjatuh cinta, ya?!" Kata Marlia, mommy Ishq pula.

"Nak tunggu sama-sama tak laku dululah tu, aunty!" Komen Imran yang paling menyakitkan hati dan tidak boleh blah! Dan Melina lantas menjentik dahi adiknya.

"Yelah.. Dulu bukan main lagi declare, katanya cuma sahabat sejati. Sekarang, tup-tup dah nak jadi hubby and wifey!" Abang sulung Ishq, Alif Firhad pula bersuara.

"Yes! I'm so happy for both of you! You look so cute together. Congrates!" Kata Natalia, kakak ipar Ishq.

Sementara papa Melina dan daddy Ishq yang memang sudah bersahabat sejak dari zaman muda pula nampak begitu senang hati kerana dapat berbesan dan masing-masing sudah sependapat agar segera dilaksanakan akad nikahnya.

Dan Melina hanya menatap lesu pada Ishq yang cuma mengangkat bahu dan tersenyum ringan ketika orang tua mereka mula bercerita tentang cucu.

💟💟💟

"Baju nikah, baju sanding dan make-up, settled. Wedding hall, settled. Catering, settled. Invitation card, esok baru sampai sample-nya. Kalau kita okey dengan design and the colours, barulah akan di print banyak-banyak." Kata Melina, men-checklist semua persiapan majlis nikah mereka pada Ishq ketika mereka lunch bersama, hari itu.

"Okay, good. You did a great job, girl..! Jangan lupa, nanti awak invite semua kawan-kawan kita dari sekolah dan universiti, ya? Rakan sekerja sekali!"

"Okay, yes boss!" Melina senyum, mencatat semua pesanan Ishq di dalam planner-nya.

Semenjak merasmikan hubungan dan sebagai menghormati level hubungan mereka, Ishq dan Melina telah bersepakat untuk mula ber'saya-awak' dan dalam tempoh singkat sahaja mereka berjaya melakukannya.

"Sure ke awak nak bertudung di hari nikah dan sanding kita nanti?" Tanya Ishq, sekadar ingin memastikan tentang keputusan Melina untuk mengenakan persalinan busana muslimah di dua majlis penting mereka nanti.

Seingat Ishq, sepanjang mengenali Melina, gadis itu tidak pernah menunjukkan minat untuk memakai tudung. Meskipun dia tahu, dari segi tingkah laku dan cara berpakaian, Melina tidak kurang baiknya dengan gadis-gadis bertudung yang lain.

Melina angguk, mantap. "Insha ALLAH, Ishq. Dan saya berniat nak terus bertudung lepas nikah nanti. What do you think?"

"Alhamdulillah! I think, it's a great thing to do! Saya sokong asalkan awak buat sebab awak betul-betul nak jaga aurat kerana agama. Bukan sebab awak dah jadi isteri saya, tahu?!"

"Iya, saya tahu! Insha ALLAH, niat saya ni ikhlas kerana ALLAH!" Melina angguk, mantap.

"Alhamdulillah.." Ishq senyum sambil melirik jam di tangan.

"Ada janji lain ke?" Soal Melina.

"Ada meeting. Rezeki bakal pengantin. Sejak-sejak nak nikah ni, banyak pulak job masuk. Alhamdulillah." Ishq tersenyum simpul. "Nak saya hantarkan awak naik office tak?"

"Eii.. Over-nya! Office saya kat atas ni je pun, Ishq!" Melina geleng.

"Ehh, awak tu bakal isteri saya. Bakal jadi tanggungjawab saya. Kenalah jaga elok-elok!"

"Tak apalah. Saya dah biasa.." Melina tersengih.

"Kalau macam tu, saya pergi dulu. You take good care, girl! Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.." Melina baru saja hendak melangkah ketika handphone-nya berbunyi.

Imran? Melina baru ingin menyapa lalu beberapa saat kemudian wajahnya berubah setelah mendengar tujuan adiknya menelefon.

"Okey, okey.. Kau tunggu sana. Kejap lagi kakak sampai!" Setelah dia menelefon rakan sekerjanya di office memberitahu yang dia urgent leave, Melina melangkah ke keretanya.

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now