💟 SEMBILAN 💟

5K 308 19
                                    

Beberapa hari kemudian..

Ishq menghidupkan I-pad sambil berbaring di sofa ruang tamu rumah keluarganya. I-pad itu diletakkan di atas perut ratanya. Dia baru sahaja menerima panggilan telefon dari Melina sebentar tadi.

Melina memberitahu, rupa-rupanya informasi yang diberikan Ishq kelmarin ternyata benar! Pagi tadi, Melina bersama papa dan mamanya sendiri telah pergi menemui keluarga Mustakim di rumah mereka dan ibu lelaki itu sendiri sudah pun mengakuinya. Terpaksa mengakui, sebenarnya!

Mama Melina marah besar kerana merasa telah ditipu bulat-bulat oleh mereka sekeluarga. Papa Melina pula bertindak membatalkan rancangan pernikahan mereka serta merta.

"Siapa yang tak jadi nikah, Ishq?" Tanya Marlia sambil duduk di sebelah anak bujangnya, membawa segelas jus epal dan sepiring kuih.

"Melina, mommy.. Rupa-rupanya, lelaki yang mama Jaslin pilihkan untuk Mel tu dah beristeri.." Kata Ishq datar. Matanya terus menatap skrin I-pad, mengedit lakaran untuk projek terbaru iklan syarikatnya.

"Ya ALLAH! Iya ke? Kesiannya Mel..! Dah tu Mel macamana? Okey ke tak?" Marlia menyoal penuh prihatin.

"Macamana apanya, mommy? Macam itulah.." Jawab Ishq, tidak pasti sambil mengerut kening.

"Hish, you ni! Tak alert betullah dengan perasaan perempuan!"

Ishq mengerut kening mendengar kata-kata mommy-nya.

"Hmm.. So, now Mel single-lah ya? And you pun single, kan? Why not you two bercinta aje? Atau nikah sajalah terus!" Kata Marlia tiba-tiba.

Ishq menatap mommy-nya, kaget. "Mommy, what are you talking about?! I dengan Mel kan dah lama kenal? Sejak dari kecik lagi. Takkan nak nikah pulak? Nonsense-lah!"

Marlia duduk merapat. "Haa.. Sebab itulah mommy nak you nikah dengan Mel! You berdua dah kenal dari kecik, kan lagi senang macam tu? Dah tahu luar dalamnya. She's a good girl and I love her so much, like my own daughter. You know that, right? Mommy suka kalau dia jadi menantu mommy.

Dari dia terlepas ke tangan lelaki lain, baik dia jadi isteri you aje. Family kita pun dah kenal rapat. Lagi senang cerita. Tak payah susah-susah nak risik-risik dan tunang bagai. Baik nikah aje terus. Cepat-cepat bagi mommy dan daddy cucu!" Sahut Marlia penuh teruja sambil tersenyum berbunga-bunga.

Ishq masih terkedu dan tergamam.

"Besides, sampai bila you nak stay seorang diri di kondo besar gedabak tu? Ajak balik stay sini, you tak nak. Balik rumah pun weekend je. Tak ada privacy-lah konon! Dah tu, baik nikah aje. Senang, ada jugak isteri temankan you! Haa.. Privacy-lah you berdua, tak ada sesiapa nak kacau!" Sambung Marlia lagi.

Ishq meneguk liur sambil mengusap-usap lehernya. Dah sudah..!! Me and Melina.. Get married?! Gosh.. Is this for real, mommy..?!

💟💟💟
Lepas baca, jangan lupa vote dan komen..

From Kawan To KahwinWhere stories live. Discover now